Demi Lovato: Simply Complicated

Demi Lovato: Simply Complicated ialah filem dokumentari 2017 tentang kehidupan dan kerjaya penyanyi, penulis lagu dan pelakon Amerika Syarikat, Demi Lovato, dikeluarkan di YouTube pada 17 Oktober 2017 untuk mempromosikan album studio keenamnya Tell Me You Love Me.[2][3][4] Versi director's cut filem ini menambah 10 minit tangkapan layar tambahan kemudian dikeluarkan di YouTube Premium pada Disember 2017.

Demi Lovato: Simply Complicated
PengarahHannah Lux Davis
Dihasilkan oleh
  • Sean Cooley
  • Jamee Ranta
DibintangiDemi Lovato
SinematografiCarlos Veron
Disunting olehGrant MacDowell
Muzik oleh
  • Demitri Lerios
  • Michael Lerios
Syarikat
penerbitan
Philymack Productions
Diedarkan olehYouTube
Tarikh tayangan
  • 17 Oktober 2017 (2017-10-17)
Masa tayangan
  • 78 mknit
  • 88 minit (director's cut)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Beberapa tahun terakhir ini telah menjadi tahun-tahun paling transformatif dalam hidup saya, dan saya berharap dapat membawa peminat saya dalam perjalanan perkembangan dan jati diri ini melalui muzik dan pengalaman peribadi saya.”

— Lovato di dokumentari.[1]

Simply Complicated menceritakan proses rakaman Tell Me You Love Me, mahupun peristiwa dalam kehidupan dan kerjaya Lovato yang sebelum ini tidak pernah didedahkan atau dihebahkan secara meluas, termasuk awal kerjayanya di Disney Channel dan berbagai masalah peribadi dengan gangguan bipolar dan ketagihan. Lovato juga mengaku tidak jujur ​​tentang pemulihannya dalam filem dokumentari sebelumnya, Demi Lovato: Stay Strong (2012), dan mendedahkan beliau sebenarnya menggunakan kokain semasa ditemuramah mengenai pemulihannya untuk filem itu.[5][6][7][8]

Sinopsis sunting

Simply Complicated menceritakan proses rakaman album studio keenam Lovato, Tell Me You Love Me dan menampilkan penampilan dan komen oleh beberapa penerbit muzik, termasuk Mitch Allan dan Oak Felder. Filem dokumentari ini juga mengisahkan kehidupan dan kerjaya Lovato hingga 2017, termasuk tempoh pemulihan dan kerjaya awal sebagai bintang cilik di Barney & Friends dan kemudian sebagai remaja di Disney Channel, serta saat dihantar ke pusat pemulihan pada tahun 2010 untuk gangguan makan dan masalah emosional kemudian perjuangannya dengan gangguan bipolar dan ketagihan. Ibu Lovato, Dianna De La Garza dan adik-beradiknya, Dallas Lovato dan Madison De La Garza juga muncul, membicarakan bakat Lovato sejak usia kecil serta bapa kandungnya, yang kasar dan menderita akibat alkoholisme dan penyalahgunaan zat. Filem ini juga menampilkan penampilan dan komen dari pengurus Lovato dan pelatihnya pada ketika itu, Phil McIntyre dan Mike Bayer.[5]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2018 MTV Movie & TV Awards Best Music Documentary Tercalon [9]
2019 Realscreen Awards Non-Fiction: Arts & Culture Tercalon [10]

Rujukan sunting

  1. ^ Fernandez, Alexia (4 Mei 2017). "Demi Lovato to Star in YouTube Documentary I Am: Demi Lovato". People. Dicapai pada 5 Mei 2017.
  2. ^ Tenreyro, Tatiana (26 September 2017). "Demi Lovato Announces 'Simply Complicated' Documentary Release Date". Billboard. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  3. ^ Rodulfo, Kristina (5 Mei 2017). "Demi Lovato Is Getting Her Own Documentary". Elle. Dicapai pada 5 Mei 2017.
  4. ^ Richford, Rhonda (19 Jun 2017). "Cannes Lions: Demi Lovato Touts New YouTube Show 'Simply Complicated'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 20 Jun 2017.
  5. ^ a b "Demi Lovato: Simply Complicated - Official Documentary". YouTube. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  6. ^ Armstrong, Megan (18 Oktober 2017). "The 10 Most Honest Confessions From Demi Lovato's 'Simply Complicated' YouTube Documentary". Billboard. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  7. ^ "Demi Lovato Talks About Casual Sex and Cocaine Addiction in Her Revealing 'Simply Complicated'". Maxim. 22 Oktober 2017. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  8. ^ Fowler, Brandi (17 Oktober 2017). "Demi Lovato's Childhood Bullies Were So Intense They Petitioned for Her Suicide". InStyle. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  9. ^ "MTV Movie & TV Awards: 'Black Panther', 'Stranger Things' Lead Pack In Nominations". deadline.com. Dicapai pada 8 Januari 2019.
  10. ^ "Realscreen Awards reveals nominees for 2019 edition". realscreen.com. Dicapai pada 8 Januari 2019.

Pautan luar sunting