Demi Rindumu (novel)

Demi Rindumu ialah novel 2016 oleh penulis novel Malaysia, Diya Jamal. Novel ini dikeluarkan pada 2016 oleh Love Novel.[1] Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk sama pada 2019.

Demi Rindumu
Umum
PengarangDiya Jamal
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitLove Novel
Tarikh penerbitan
Oktober 2016
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman657
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670907413

Sinopsis sunting

Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya?

“Ada apa-apa ke kat muka saya ni?” - Nurhana. “Takde apa-apa.” - Haznik. “Habis tu, kenapa tenung muka saya?” - Nurhana. “Kat dalam mata awak, ada saya.” – Haznik. “Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah.” – Nurhana. “Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik.”

Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari.

Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut.

“Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?” - Nurhana. Tetapi hati Nasrul begitu keras sehingga Nurhana menemui jalan buntu. Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Haznik.

“Na jangan mengarut!” - Nasrul. Mahukah Haznik, jejaka yang penuh dengan misteri itu memenuhi permintaan karut Nurhana? Apakah permintaan karut itu?

Siapa pula Suraya dalam hidup Haznik? Tragedi demi tragedi. Siapakah dalangnya? Mampukah dua hati bersatu, menjejaki cinta yang berlari menjauh? Sejauh mana berlari, mampukah hati menipu diri?

Adaptasi drama sunting

Demi Rindumu telah diadaptasi sebaagai sebuah siri drama bertajuk sama yang memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 9 Oktober 2019, dibintangi oleh Sean Lee dan Janna Nick.

Rujukan sunting

  1. ^ Demi Rindumu by Diya Zainal Goodreads. Dicapai pada 22 Mac 2020.