Pada tahun 2006 populasi Iran mencecah 70 juta[1][2], dan suku daripada populasinya berumur kurang daripada 15 tahun[3]. Penduduk Iran juga merupakan sebuah penduduk yang berbilang suku dan bahasa. Lebih kurang 70 peratus daripada populasinya adalah bangsa Iran[4], sebuah kumpulan etnik yang menggunakan bahasa Iran. Suku-suku yang tergolong dalam bangsa ini ialah suku Parsi, suku Kurdis, suku Gilaki, suku Mazandarani, suku Lur, dan suku Balochi. Kumpulan etnik lain ialah Bangsa Turki seperti suku Azeri, Turkmen dan Qashqai. Selebihnya adalah orang Semitik seperti Arab, Assyria dan Yahudi dan juga Indo-Eropah seperti Armenia.

Agama di Iran sunting

Majoriti penduduk Iran beragama Islam. 89 peratus daripada penganut Islam tergolong dalam mazhab Syiah manakala selebihnya adalah Sunah Waljamaah. Agama-agama lain yang dianuti penduduk Iran ialah Agama Majusi, agama Yahudi, agama Bahai, agama Mandean dan agama Kristian.

Statistik lain sunting

Populasi: 68,688,433 (anggaran pada Julai 2006.)

Etnik: Parsi 51%, Azeri 24%, Gilaki-Mazandarani 8%, Kurdis 7%, Arab 3%, Balochi 2%, Turkmen 2%, Lur 2%, lain lain 1% (berdasarkan data Agensi Perisikan Pusat atau CIA)

Bahasa: Bahasa Parsi 58%, Bahasa Turki 26%, Bahasa Kurdis 9%, Bahasa Balochi 1%, Bahasa Arab 1%, lain lain 2%

Agama: Syiah Islam 89%, Sunah Waljamaah Islam 9%, Majusi, Yahudi, Kristian, and Bahá'í 2%

Celik Huruf:
definisi: umur 15 tahun dan ke atas yang celik huruf
peratusan: 80%
lelaki: 86%
perempuan: 73.0% (anggaran 2003.)

Kumpulan Umur:
0-14 tahun: 26% (lelaki 9,204,785; perempuan 8,731,429)
15-64 tahun: 69% (lelaki 24,133,919; perempuan 23,245,255)
65 years and over: 5% (lelaki 1,653,827; perempuan 1,719,218) (anggaran 2006)

Umur (median):
jumlah: 25 tahun
lelaki: 25 tahun
perempuan: 25 tahun (anggaran 2006)

Kadar pertumbuhan penduduk: 1.1% (anggaran 2006)

Kadar kelahiran: 17 kelahiran/1,000 penduduk (anggaran 2006)

Kadar kematian: 5.55 kematian/1,000 penduduk (anggaran 2006)

Migrasi: -0.48 migran/1,000 penduduk (anggaran 2006)

Nisbah jantina:
ketika kelahiran: 1.05 lelaki/perempuan
bawah 15 tahun: 1.05 lelaki/perempuan
15-64 tahun: 1.04 lelaki/perepuan
65 tahun dan keatas: 0.96 lelaki/perempuan
Jumlah penduduk: 1.04 lelaki/perempuan (anggaran 2006)

Kadar mortaliti bayi: 40.3 kematian/1,000 kelahiran (anggaran 2006)

Jangka umur ketika kelahiran:
Jumlah: 70 tahun
lelaki: 69 tahun
perempuan: 72 tahun (anggaran 2006)

Kadar kesuburan wanita: 1.8 kelahiran bayi/wanita (anggaran 2006)

Pautan luar sunting

Nota sunting

  1. ^ Pusat perangkaan Iran
  2. ^ Dari laman web www.Irna.ir
  3. ^ "CIA Factbook Demografi Iran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-29. Dicapai pada 2007-03-16.
  4. ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-29. Dicapai pada 2007-03-16.