Demografi Kelantan

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama sebanyak 0.2%.

No Kaum Jumlah (orang) Peratus
1 Melayu 2,008,391 96.6%
2 Cina 32,661 1.6%
3 India 9,773 0.5 %
4 Lain-lain 17.665 1.3 %
Jumlah 2,078,490 100 %


Berdasarkan anggaran penduduk Jabatan Perangkaan Malaysia (tahun 2005), Kota Bharu mempunyai jumlah penduduk yang terbesar iaitu seramai 425,294 orang manakala Jeli mempunyai jumlah penduduk terkecil iaitu seramai 38,185 orang. Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (1991 - 2000) bagi negeri Kelantan ialah 0.9%. Kepadatan penduduk ialah seramai 87 orang setiap kilometer persegi. Hanya 34.2% dari populasi Kelantan adalah penduduk bandar.


Taburan Penduduk sunting

Taburan penduduk (anggaran 2005*) bagi 11 jajahan di Negeri Kelantan adalah seperti berikut :

Kota Bharu 425,294 orang

Pasir Mas 172,692 orang

Tumpat 140,989 orang

Bachok 116,128 orang

Pasir Puteh 111,001 orang

Tanah Merah 108,228 orang

Kuala Krai 97,836 orang

Machang 82,653 orang

Gua Musang 80,167 orang

Jeli 38,185 orang

Jajahan kecil lojing

Jumlah 1,373,173 orang

  • Anggaran berasaskan banci penduduk atas kadar pertumbuhan Tahunan Purata Penduduk sebanyak 0.9%.


Purata Saiz Isi Rumah sunting

Purata saiz isi rumah mengikut jajahan negeri Kelantan adalah seperti berikut : (Sumber : Kerajaan Negeri Kelantan)

Kota Bharu 5.11 orang

Pasir Mas 4.99 orang

Tumpat 5.35 orang

Bachok 5.33 orang

Pasir Puteh 5.06 orang

Tanah Merah 5.09 orang

Kuala Krai 4.91 orang

Machang 5.11 orang

Gua Musang 5.03 orang

Jeli 5.07 orang

Purata 5.10 orang