Buka menu utama
Roti tradisional Tunisia dibuat.

Sedangkan kebanyakan orang Tunisia moden menganggap diri sebagai orang Arab, kebanyakan mereka sebenarnya berketurunan daripada kaum Barbar yang asli: kurang daripada 20% takung gen berasal dari Timur Tengah. [1] Banyak peradaban telah menyerang, berhijrah, dan diserap ke dalam masyarakat Tunisia pada sepanjang alaf-alaf yang lalu. Pemasukan penduduk yang banyaknya telah disebabkan oleh penaklukan oleh Phoenicia, Rom, Vandal, Arab, Turki Uthmaniyyah, dan Perancis. Banyak orang Moor dan Yahudi Sepanyol juga tiba pada akhir abad ke-15.

Hampir semua orang Tunisia (98% daripada jumlah penduduknya) adalah orang Muslim. [2] Terdapat sebuah masyarakat Yahudi di pulau Djerba di selatan sejak dari 2,500 tahun lagi. Walaupun jumlahnya telah berkurangan secara ketara, masih terdapat sebuah masyarakat Yahudi yang kecil di Tunis yang berketurunan daripada pelarian Sepanyol pada akhir abad ke-15. Adanya juga sebuah masyarakat Kristian asli yang kecil. [3] Kebanyakan golongan minoriti nomad asli yang kecil telah diserap ke dalam masyarakat yang lebih besar.

RujukanSunting

  1. ^ "Kajian DNA mendedahkan hubungan Phoenicia-Malta". National Geographic. 1 Oktober 2004. Dicapai 9 September 2006. 
  2. ^ "Buku Fakta Dunia CIA — Tunisia". Dicapai 13 Januari 2007. 
  3. ^ "TUNISIE — Ils ont choisi le christianisme[[Category:Rencana yang mengandungi teks bahasa Perancis]]" (dalam bahasa Perancis). 7 Julai 2005. Dicapai 9 September 2006.  Konflik URL–wikilink (bantuan)