Bahasa-bahasa di Xinjang.

Xinjiang menempatkan sebilagan kelompok Turkik Muslim termasuk orang Uyghur dan Kazakh. Kelompok etnik minoriti yang lain termasuk orang Cina Hui, Kyrgyz, Mongol, Rusia, Xibe, Tajik, Uzbek, Tatar, dan Manchu.

Peratusan bangsa Han di Xinjiang berkembang dari 6% pada tahun 1949[perlu rujukan] kepada lebih 40% hari ini menurut perangkaan rasmi. Perangkaan ini tidak termasuk anggota tentera atau keluarga mereka, atau ramai pekerja pendatang asing yang bleum berdaftar. Kebanyakan perubahan wajah ini dianggap sebagai hasil Kor Pembuatan dan Pembinaan Xinjiang (XPCC), sebuah pertubuhan separa ketenteraan yang dianggotai peneroka yang mendirikan ladang, pekan dan bandaraya di merata-rata wilayah Xinjiang. Transformasi demografik ini dipandang oleh pendukung kemerdekaan Uyghur sebagai ancaman kepada kaum Uyghur dan kaum-kaum bukan Han yang lain dalam mengekalkan budaya mereka, serupa dengan apa yang berlaku di Tibet. Sementara kaum-kaum minioriti Xinjiang dikecualikan daripada Dasar Seorang Anak dan kebanyakan orang Uyghur berhijrah keluar dari Xinjiang ke bahagian-bahagian lain di China, pada masa yang sama peratusan orang Uyghur dalam jumlah populasi China banyak meningkat.

Kelompok etnik di Xinjiang, banci 2000[1]
Bangsa Populasi Peratusan
Uyghur 8,345,622 45.21
Han 7,489,919 40.58
Kazakh 1,245,023 6.74
Hui 839,837 4.55
Kirghiz 158,775 0.86
Mongol 149,857 0.81
Dongxiang 55,841 0.30
Tajik 39,493 0.21
Xibe 34,566 0.19
Manchu 19,493 0.11
Tujia 15,787 0.086
Uzbek 12,096 0.066
Rusia 8935 0.048
Miao 7006 0.038
Tibet 6153 0.033
Zhuang 5642 0.031
Daur 5541 0.030
Tatar 4501 0.024
Tuvan 3260
Salar 3762 0.020
Peta Xinjiang yang menandakan bangsa utama dalam setiap bahagian peringkat prefektur.

Secara amnya, orang Uyghur membentuk kaum majoriti di Xinjiang barat, termasuk prefektur Kashgar, Khotan, Kizilsu, dan Aksu, serta prefektur Turpan di Xinjiang timur. Bangsa Han pula menjadi kaum majoriti di Xinjiang timur dan utara, termasuk bandaraya-bandaraya Urumqi, Karamay, Shihezi dan prefektur-prefektur Changji, Bortala, Bayin'gholin, Ili (terutamanya bandaraya Kuitun), dan Kumul. Orang Kazakh banyak tertumpu di prefektur Ili di Xinjiang utara.

Kelompok etnik utama di Xinjiang mengikut rantau, banci 2000
Uyghur Cina Han Kazakh lain-lain
Xinjiang 45.2% 40.6% 6.7% 7.5%
Ürümqi 12.8% 75.3% 2.3% 9.6%
Karamay 13.8% 78.1% 3.7% 4.5%
Turpan 70.0% 23.3% <0.1% 6.6%
Kumul 18.4% 68.9% 8.8% 3.9%
Changji + Wujiaqu 3.9% 75.1% 8.0% 13.0%
Bortala 12.5% 67.2% 9.1% 11.1%
Bayin'gholin 32.7% 57.5% <0.1% 9.7%
Prefektur Aksu + Alar 71.9% 26.6% <0.1% 1.4%
Kizilsu 64.0% 6.4% <0.1% 29.6%
Kashgar + Tumushuke 89.3% 9.2% <0.1% 1.5%
Khotan 96.4% 3.3% <0.1% 0.2%
Ili1 16.1% 44.4% 25.6% 13.9%
- Kuitun 0.5% 94.6% 1.8% 3.1%
- bekas Prefektur Ili 27.2% 32.4% 22.6% 17.8%
- Prefektur Tacheng 4.1% 58.6% 24.2% 13.1%
- Prefektur Altay 1.8% 40.9% 51.4% 5.9%
Shihezi 1.2% 94.5% 0.6% 3.7%
Nota

1Prefektur Autonomi Ili AP terdiri daripada Kuitun, prefektur Tacheng, Aletai, serta bekas Prefektur Ili. Prefektur Ili sudah dibubarkan dan bekas kawasannya kini ditadbir secara langsung oleh Prefektur Autonomi Ili. Sumber: 2000年人口普查中国民族人口资料,民族出版社,2003/9 (ISBN 7-105-05425-5) Tidak termasuk anggota-anggota Tentera Pembebasan Rakyat yang sedang berkhidmat.

RujukanSunting

  1. ^ Tidak termasuk anggota Tentera Pembebasan Rakyat yang sedang berkhidmat.
    Sumber: Jabatan Statistik Populasi, Sosial, Sains dan Teknologi di Biro Statistik Kebangsaan China dan Jabatan Pemajuan Ekonomi di Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Negara China, eds. Penjadualan Bangsa-bangsa Banci Populasi 2000 China. 2 jilid. Beijing: Nationalities Publishing House, 2003. (ISBN 7-105-05425-5)