Denai Alam adalah kawasan perumahan baru yang terletak di.Kawasan Subang, Petaling Jaya, Selangor.Denai Alam merupakan kawasan tanah pamah yang landai

Denai Alam

Antara lokasi berhampiran ialah Subang Bestari, Kota Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Subang, Tropicana, Alam Budiman, Damansara Utama, Bukit Damansara, Ara Damansara, Bukit Jelutong, Alam Nusantara, Setia Eco-Park, Bandar Nusa Rhu, Setia Alam, Setia Damai, Petaling Jaya dan lain-lain.

Pengangkutan sunting

 
Bas Rapid KL laluan T772 di Stesen MRT Kwasa Sentral pada tahun 2024

Denai Alam dapat dicapai dengan menggunakan perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh Rapid KL; iaitu laluan T772 dalam Koridor Lebuhraya Persekutuan. Perkhidmatan bas laluan T772 bermula di hentian bas Stesen MRT Kwasa Sentral (kod hentian bas – SA1020) di Persiaran Kwasa Puteri dalam kawasan Kwasa Damansara menuju ke Taman Bukit Subang dengan melewati Denai Alam, Taman Subang Perdana (Seksyen U3 Shah Alam), Subang, dan Seksyen U6 Shah Alam.[1] Laluan bas T772 merupakan laluan bas peranatara MRT Laluan Kajang dan merupakan satu daripada lima laluan bas yang berkhidmat di hentian bas Stesen MRT Kwasa Sental.[1][2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | T722" [MyRapid - Hentian Bas | T772]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  2. ^ "Rapid KL - Bus Info: Feeder Bus For MRT Kajang Line" [Rapid KL - Maklumat Bas: Bas Perantara untuk MRT Laluan Kajang]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 28 Januari 2024.