Till Death: Azalea's Wrath

(Dilencongkan dari Dendam Azalea)

Till Death: Azalea's Wrath atau Dendam Azalea merupakan filem seram Malaysia 2019 arahan Sein Qudsi lakonan Vanidah Imran, Khir Rahman, Namron, Zain Hamid dan Kodi Rasheed.[1] Dalam filem ini, suami isteri berpindah ke rumah baru untuk memulakan kehidupan baru selepas bayi mereka mati ketika bersalin, namun rumah itu ada sesuatu. Ia merupakan filem pertama Malaysia yang dikeluarkan oleh Netflix tanpa ditayangkan di pawagam,[2][3] ia ditayangkan pada 8 Ogos 2019.[4][5]

Till Death: Azalea's Wrath
Dendam Azalea
PengarahSein Qudsi
PenulisSein Qudsi
Dihasilkan olehSein Qudsi
Dibintangi
Diedarkan olehNetflix
Tarikh tayangan
8 Ogos 2019 (2019-08-08) (internet)
Masa tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Pasangan suami isteri Suraya dan Azman kehilangan bayi mereka kerana komplikasi ketika bersalin. Mereka ingin memulakan kehidupan baru, jadi mereka mengambil seorang anak angkat lelaki dan berpindah ke sebuah rumah bar. Tetapi, rumah baru itu tersimpan sejarah hitam dan ketakutan dalam hidup mereka baru sahaja bermula.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Till Death: Azalea's Wrath diarahkan oleh Sein Qudsi yang sebelum ini mengarahkan filem Langgar (2013) dan Bangunan (2015). Ia menjadi filem seram kedua beliau selepas Bangunan. Menurut beliau: "Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan buat filem seram lain selepas Bangunan pada tahun 2015. Saya menganggap diri ini lebih daripada satu filem aksi, drama dan pencetus filem thriler,".[6] Vanidah Imran mencurahkan penglaman silamnya bagi menjayakan watak Suraya, beliau mengakui: "Saya hampir melalui kemurungan selepas bersalin selepas melahirkan anak pertama saya,". Sein berkongsi inspirasi di sebalik filem itu yang berdasarkan kepada realiti. "Saya tahu pasangan yang mengalami kehilangan bayi ketika dilahirkan. Sangat sukar, terutamanya untuk ibu. Dia membawa bayi selama sembilan bulan. Saya nampak sokongan yang diperolehnya daripada keluarganya. Dan saya melihat apa yang dia harus lakukan untuk kembali ke kehidupan seharian, dan saya ingin memberitahu semua ini dalam filem itu. Jadi ibu adalah tema utama dalam filem ini".[7]

Keluaran dan sambutan sunting

Till Death: Azalea's Wrath dikeluarkan pada 8 Ogos 2019. Ia menjadi filem Malaysia pertama yang tidak ditayangkan di pawagam apabila ia ditayangkan secara eksklusif di Netflix.[8] Menurut Sein dalam temuramah di Harian Metro:

"Sewaktu hasilkan filem ini, saya tidak tetapkan naskhah ini kena keluar wayang atau tayang di mana-mana. Apabila sudah tayang, saya mahu Netflix menjadi platform buat filem ini ditonton di seluruh dunia dan meluas. Apabila sudah masuk Netflix, semestinya impaknya berbeza. Filem ini kandungan pertama eksklusif yang diambil untuk masuk ke dalam platform itu."[9]

Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik. Nina Syahira daripada The Technivore memuji hasil arahan dan lakonan filem ini dan berkata: "...filem itu menjadi periuk indah unsur gabungan dari ketegangan, seram dan dendam yang membuat semua orang menontonnya berpuas hati".[10]

Rujukan sunting

  1. ^ Till Death Azalea's Wrath (Netflix) My Info Taip (13 Ogos 2019). Dicapai pada 14 Ogos 2019.
  2. ^ Samantha Khor (9 Ogos 2019). Malaysia's First Netflix-Exclusive Movie Is Now Streaming In Over 190 Countries Worldwide SAYS. Dicapai pada 22 September 2019.
  3. ^ Nur Syamimi (13 Ogos 2019). ‘Till Death: Azalea’s Wrath’, Filem Tempatan Pertama Eksklusif Di Netflix The Vocket. Dicapai pada 14 Ogos 2019.
  4. ^ "Till Death: Azalea's Wrath - Official Trailer - Netflix". YouTube. Dicapai pada August 9, 2019.
  5. ^ "Child loss trauma a key theme in first Malaysian film debuting exclusively on Netflix". Malay Mail. Dicapai pada August 9, 2019.
  6. ^ Jessica Chua (9 Ogos 2019). Here's Why You Need To Watch The Latest Malaysian Horror 'Till Death: Azalea's Wrath' Premiering On Netflix Rojak Daily. Dicapai pada 22 September 2019.
  7. ^ Kenneth Chaw (14 Ogos 2019). Vanidah Imran draws from personal pains for role as mum in Till Death: Azalea's Wrath Star2. Dicapai pada 22 September 2019.
  8. ^ Aref Omar (9 Ogos 2019). #Showbiz: A chilling Malaysian tale on Netflix New Straits Times. Dicapai pada 15 September 2019.
  9. ^ Georgie Joseph (11 Ogos 2019). Till Death: Azalea's Wrath perintis filem tempatan di Netflix Harian Metro. Dicapai pada 15 September 2019.
  10. ^ Nina Syahira (14 Ogos 2019). ‘Till Death: Azalea’s Wrath’ Movie Review: Gripping, Spooky and Fresh The Technivore. Dicapai pada 15 September 2019.

Pautan luar sunting