Dendam Orang Mati
Dendam Orang Mati (digayakan pada poster sebagai Dendam Orang M4ti) merupakan sebuah filem seram Malaysia 2014 yang diarahkan oleh Jason Chong dan dibintangi oleh Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Miera Leyana. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 23 Oktober 2014.
Dendam Orang Mati | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Jason Chong |
Penulis | Nizam Zakaria Jason Chong |
Dihasilkan oleh | KRU |
Dibintangi | |
Sinematografi | Mohd Shaufie A. Wahid |
Disunting oleh | Muhammad Hafizan Abdul Malek |
Muzik oleh | Edry Abdul Halim |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | TGV Cinemas[1][2] |
Tarikh tayangan | 23 Oktober 2014 |
Masa tayangan | 81 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 750,000[3] |
Sinopsis Sunting
Lena (Lisa Surihani) tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan.
Keadaan bertambah mengelirukan apabila diperkenalkan kepada isteri baru Shahrul (Fizz Fairuz), Min (Miera Leyana) di flat lamanya di tingkat 4 yang kini menjadi tingkat 3A.
Lena mula mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku flat tersebut dan mula berdepan dengan kejadian-kejadian aneh yang menyeramkan.
Gangguan seram ini memberikan lebih tekanan terhadap Lena yang terasa diabaikan oleh suaminya, Shahrul yang berbelah bahagi antara isteri mudanya dan Lena.
Pelakon Sunting
- Lisa Surihani sebagai Lena
- Fizz Fairuz sebagai Shahrul
- Miera Leyana sebagai Mia
- Mustapha Kamal sebagai Tan Sri Zamani
- Ramli Hassan sebagai Zali
- Hamidah Wahab sebagai Mak Cik Zahara
- Naim Daniel sebagai Halim
Penerbitan Sunting
Filem ini dihasilkan berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina tempatan yang menghindari nombor empat (4) kerana sebutan angka tersebut di dialam bahasa Cina yang seakan serupa dengan sebutan mati.[4] Filem ini merupakan filem seram kedua terbitan KRU Studios selepas filem Karak pada tahun 2011.[5][6][7] Tajuk asal filem ini ialah "Tingkat Empat".[8]Lisa Surihani mengakui bahawa dirinya tertekan ketika berlakon di dalam filem ini.[9][10][11] Sebelum penggambaran dimulakan, Lisa Surihani telah menjalani bengkel lakonan terlebih dahulu dengan Fauziah Nawi.[12] Fizz Fairuz mendedahkan bahawa di dalam filem ini, beliau terpaksa berjalan di atas api.[13][14] Miera Leyana pula mencipta kontroversi apabila dirinya tidak kisah dilihat oleh Fizz Fairuz dalam keadaan berbikini.[15]
Ulasan kritis Sunting
Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif, dengan rata-ratanya memuji lakonan dari Lisa Surihani. Kritikan pula ialah tertumpu kepada CGI filem ini yang tidak realistik.Mohd Al Qayum Azizi dari mStar memuji kebijaksanaan pengarah, Jason Chong mengadunkan kisah misteri disebalik kepercayaan angka empat dikalangan masyarakat Cina dengan kisah Lena lakonan Lisa iaitu seorang pesakit mental yang menghuni di tingkat empat di sebuah flat usang.Beliau turut meluahkan rasa kagumnya akan lakonan Lisa dan tidak terkejut sekirannya dia memenangi anugerah Pelakon Terbaik selepas ini.[16]Aqmar Mustaza dari Sinar Harian pula mengulas filem ini sebagai "Seram dan mendebarkan".[17]Izwan Mohd Isa dari Kosmo memuji sinematografi filem dan lakonan para pelakon.[18] Portal hiburan, Astrogempak.com.my pula mengangkat filem ini sebagai "...filem seram terbaik setakat ini."[19]
Anugerah dan pencapaian Sunting
Anugerah | Kategori | Penerima | Hasil |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-27[20] | Pelakon Wanita Terbaik | Lisa Surihani | Tercalon |
Penataan Bunyi Terbaik | Ilya Syazran Lukman | Tercalon | |
Pelakon Kanak-kanak Terbaik | Eunos Madeonus | Tercalon | |
Anugerah Skrin 2015 | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Lisa Surihani | Menang |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) | Ilya Syazran Lukman | Tercalon |
Lihat juga Sunting
Rujukan Sunting
- ^ http://www.backstage.my/index.php/filem-dendam-orang-mati-1302/
- ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140430/hi_05/Kerjasama-KRU-dan-TGV
- ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2014
- ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/seram-dan-penuh-teka-teki-1.16149
- ^ http://ishakhasimi.com/2014/10/apa-ada-dengan-filem-dendam-orang-mati.html
- ^ http://www.ohbulan.com/lisa-surihani-atau-fizz-fairuz-yang-psycho/
- ^ http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-news/2014/10/26/fizz-fairuz-tackles-psychological-genre-with-dendam-orang-mati/
- ^ http://www.cinemaonline.sg/articles/News_Details.aspx?search=2014.i_dendamorangati_21626
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-07-12.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-16. Dicapai pada 2015-07-12.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-23. Dicapai pada 2015-07-12.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2015-07-12.
- ^ http://www.astroawani.com/video-hiburan/watak-rumit-dalam-dendam-orang-mati-42712
- ^ http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Movies/News/2014/10/27/Fizz-Fairuz-tackles-psychological-genre-with-Dendam-Orang-Mati/
- ^ http://beautifulnara.com/tag/dendam-orang-mati/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-11. Dicapai pada 2015-01-01.
- ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/dendam-orang-mati-seram-mendebarkan-1.327411
- ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
- ^ http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/137235/Dendam-Orang-Mati-Nafas-Baru-Kepada-Filem-Seram-Tempatan.aspx
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-06. Dicapai pada 2015-08-05.