Denise Perrier ialah pelakon dan model Perancis yang memenangi pertandingan kecantikan Miss World pada 1953,[1][2] mewakili Perancis; dan pada tahun yang sama, Perancis juga memenangi pertandingan kecantikan lain Miss Universe melalui Christiane Martel.

Denise Perrier
Miss World 1953, Denise Perrier, Frankrijk.jpg
Kelahiran1935 (umur 84–85)
Lyon, Perancis
PekerjaanPelakon, model
GelaranMiss World 1953
(Pemenang)
Pemenang pertandingan kecantikan
Pertandingan
utama
Miss World (1953)

BiografiSunting

Miss World 1953Sunting

Pada tahun 1953, Miss France memilih Sylviane Carpentier sebagai pemenang, tetapi, beliau digantikan oleh Christiane Martel untuk bersaing di pertandingan Miss Universe dan Denise Perrier untuk Miss World. Keduanya memenangi gelaran.[3][4]

Kemenangan Perrier sebagai Miss World mencetuskan kritikan dan kekecewaan daripada beberapa peserta, termasuk Miss Egypt, Marina Papaelia yang hanya meraih kedudukan sebagai pemenang tempat ke-2. Dalam sebuah foto yang diterbitkan dalam Daily Mirror menunjukkan foto Perrier yang dinobatkan sebagai Miss World, dengan Miss Egypt yang keihatan berpaling terhadap Perrier. Dalam salah satu wawancara dengan wartawan selepas pertandingan tamat, ketika ditanya mengenai kemenangan Perrier, Papaelia menjawab "I theenk she steenk". Menanggap komen ini, Perrier, ketika diwawancara pada tahun 1976 untuk buku Don Short bertajuk Miss World The Naked Truth, beliau menjawab, "Tentu saja saya sangat malu pada saat itu, tetapi sudah sejak lama saya memaafkannya. Marina hanya tidak terfikir bahawa dia akan kalah."[5]

KerjayaSunting

Pada awalnya ingin menjadi ahli arkeologi, tetapi akhirnya memutuskan untuk memulakan kerjaya sebagai model dan pelakon. Perrier membuat penampilan sebagai pelakon dalam filem James Bond, Diamonds Are Forever (1971) di mana beliau digandingkan bersama Sean Connery dalam satu adegan tanpa kredit.[6] Dalam adegan tersebut, setelah sedikit pujukan dari James Bond, yang mula mencekiknya dengan bahagian atas bikini, dia menyerah dan mengatakan lokasi penjahat dalam filem tersebut.

Sebaik sahaja meninggalkan kerjaya modelingnya, Perrier aktif di negara asalnya, Perancis. Beliau menjadi salah seorag juri Miss World pada 2005, 2010 dan 2011.[7][8]

Pada malam pemilihan Miss France 2013, Marine Lorphelin, Miss France 2013 memberikan penghormatan kepada Denise Perrier 60 tahun setelah kemenangannya. Beliau akhirnya menjadi pemenang tempat pertama pada Miss World 2013, menyamai rekord, kerana tiada Miss France yang berada di kedudukan tiga besar pertandinga tersebut selama dua puluh tahun terakhir.[9]

Denise Perrier kini menetap di Falicon, di kawasan bukit Nice.[10]

FilemografiSunting

RujukanSunting

  1. ^ Rose, David (2 Februari 2010). Sexually, I'm More of a Switzerland: More Personal Ads from the London Review of Books (dalam bahasa Inggeris). Simon and Schuster. halaman 149–. ISBN 9781439125649. Dicapai pada 24 September 2011.
  2. ^ "Miss Egypt Says Crown Should Go To American". Windsor Daily Star (dalam bahasa Inggeris). 20 Oktober 1953. Dicapai pada 24 September 2011.
  3. ^ "C'est notre seule Miss Monde". le Parisien (dalam bahasa Perancis). 18 Ogos 2012. Dicapai pada 2 Februari 2017..
  4. ^ "Élue miss Monde en 1953, Denise Perrier se souvient". my TF1 (dalam bahasa Perancis). 26 September 2012. Dicapai pada 2 Februari 2017.
  5. ^ Fawcett, Sally-Ann (2014). Misdemeanours: Beauty Queen Scandals (dalam bahasa Inggeris). Lulu.com. m/s. 43. ISBN 9-781291906363.
  6. ^ Fox, Alistair; Marie, Michel; Moine, Raphaëlle; Radner, Hilary (2014). A Companion to Contemporary French Cinema (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, NJ: John Wiley & Sons. m/s. 196. ISBN 9-781118585429.
  7. ^ "Miss Philippines is runner-up in Miss World in London". GMA News Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2016.
  8. ^ "Miss USA Alexandria Mills is Miss World 2010". Life's So Beautiful (dalam bahasa Inggeris). 31 Oktober 2010. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  9. ^ "Miss Monde 2010 : Denise Perrier, la Française élue Miss Monde 1953, fait partie du jury". Première (dalam bahasa Perancis). 28 Oktober 2010. Dicapai pada 2 Februari 2017.
  10. ^ "Quand la Niçoise Denise Perrier était la plus belle femme du monde…". Nice-Matin (dalam bahasa Perancis). 31 Januari 2017. Dicapai pada 2 Februari 2017.

Pautan luarSunting

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
  May-Louise Flodin
Miss World
1953
Diikuti oleh:
  Antigone Costanda