Buka menu utama

Dennis Aogo (lahir 14 Januari 1987) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab VfB Stuttgart di posisi bek kiri ataupun pemain tengah.

Dennis Aogo
Dennis Aogo, Germany national football team (05).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhDennis Aogo[1]
Tarikh lahir (1987-01-14) 14 Januari 1987 (umur 32)
Tempat lahirKarlsruhe, Jerman Barat
Ketinggian1.84 m (6 ka +38 in)
Posisi permainanBek kiri, Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniVfB Stuttgart
Nombor3
Kerjaya remaja
1991–1993FV Grünwinkel
1993–1994Bulacher SC
1994–2000Karlsruher SC
2000–2002Waldhof Mannheim
2002–2004SC Freiburg
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2004–2008SC Freiburg94(11)
2008–2013Hamburger SV133(2)
2013–2017Schalke 0465(0)
2017–VfB Stuttgart2(0)
Pasukan kebangsaan
2002–2003Jerman B1614(2)
2007–2009Jerman B2125(4)
2010–2013Jerman12(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 28 Ogos 2017.
† Kemunculan (Gol).

Kehidupan awalSunting

Bapa Aogo ialah orang Nigeria dan ibunya merupakan orang Jerman. Aogo dibesarkan di Oberreut, sebuah kawasan di tenggara Baden-Württemberg. Pada tahun 2000, beliau berpindah bersama bapanya ke Bruchsal dan meninggalkan Karlsruher SC untuk menyertai Waldhof Mannheim. Pada tahun 2002 iaitu ketika berusia 15 tahun, beliau menyertai kelab SC Freiburg.

Kerjaya kelabSunting

Aogo telah bermain untuk akademi Karlsruher SC dalam peringkat bawah-15 dan bawah-16. Sejak 2004, beliau sebahagian daripada ahli akademi SC Freiburg dan membuat debut Bundesliga pada usia 17 tahun dan pada masa itu, beliau diletakkan di posisi pemain tengah.

Aogo sertai kelab Hamburger SV pada thaun 2008 dan telah diletakkan di posisi bek kiri. Pada 29 Ogos 2013, Aogo dipinjam ke Schalke 04. Schalke 04 kemudian bersetuju perpindahan Aogo pada Jun 2014 denga bayaran 2 juta euro. Aogo menandatangani kontrak baru bersama Schalke sehingga 30 Jun 2017.

Pada 9 Ogos 2017, Aogo melakukan perpindahan ke kelab VfB Stuttgart.

Kerjaya antarabangsaSunting

Aogo merupakan sebahagian daripada ahli pasukan bawah-21 Jerman. Oleh kerana peraturan-peraturan FIFA pada masa itu, beliau dihalang untuk mewakili Nigeria kerana telah mewakili pasukan remaja Jerman. Tetapi pada peraturan yang baru dikeluarkan FIFA, badan ini telah mengeluarkan had umur bagi penukaran pasukan kebangsaan yang bermaksud Aogo boleh menukar Jerman kepada Nigeria. Walau bagaimanapun, selepas menolak beberapa jemputan oleh Persatuan Bola Sepak Nigeria, beliau merasakan dirinya lebih baik mewakili Jerman dan mempunyai peluang baik untuk merebut tempat di skuad senior Jerman. Pasukan Nigeria telah memanggil beliau untuk skuad Piala Dunia FIFA 2010 namun pada Januari 2010, Aogo mengumumkan bahawa beliau akan tetap bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman. Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa untuk Jerman pada perlawanan persiapan Piala Dunia menentang Malta, Jerman menang 3-0 pada 13 Mei 2010. Beliau bermain selama 79 minit sebelum digantikan oleh Jérôme Boateng.

StatistikSunting

Sehingga 2 Jun 2013
Pasukan Tahun Kmncln Gol
Jerman 2010 3 0
2011 6 0
2012 1 0
2013 2 0
Jumlah 12 0

PenghargaanSunting

CatatanSunting

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 12 June 2010. m/s. 11. Dicapai 8 December 2013. 

Pautan luarSunting

Templat:Skuad VfB Stuttgart