Deodoran (Jawi: ديودورن) dipakai pada badan untuk mencegah penularan bau badan hasil pemguraian perpeluhan oleh bakteria di lipatan ketiak, kaki, dan bahagian badan yang lain. Produk ini datang dalam pelbagai jenis bergantung dari negara ke negara - deodoran berasaskan krim, gosokan mahupun semburan aerosol digemari di Eropah manakala deodoran berasaskan pepejal atau gel lebih didapati di Amerika Utara.[perlu rujukan]

Deodoran

Komposisi sunting

Deodoran sering berasaskan alkohol yang berperanan menyingkirkan bakteria selama tempoh tertentu. Bahan-bahan aktif lain termasuk natrium stearat, natrium klorida dan alkohol stearil. Ia juga boleh dirumuskan dengabn bahan antimikroba lain seperti triklosan yang merencatkan pertumbuhan bakteria atau sebatian seperti EDTA. Wangian atau minyak pati semulajadi juga ditambah bagi menyembunyikan bauan hasil perpeluhan.

Produk deodoran dahulu dirumuskan dengan bahan kimia seperti zink oksida, asid-asid, ammonium klorida, natrium bikarbonat and formaldehid namun proses sebahagian bahan ini menjadi sukar dikendalikan, merengsakan badan malah ada yang turut bersifat karsinogenik.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Everts, Sarah (2 Julai 2012). "Deodorants & Antiperspirants". cen.acs.org. 90 (27). Dicapai pada 3 April 2018. More than one of |work= dan |website= specified (bantuan)