Derhaka Cinta Jebat

Derhaka Cinta Jebat merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Ejump Mohd di bintangi oleh Azlee Khairi, Elvina Mohamad dan Ikmal Amry. [1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 3 Januari 2022 menggantikan Maryam Eliana.[2]

Derhaka Cinta Jebat
Genre
  • Drama
  • Cinta
  • Dendam
  • Keluarga
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik Tet
Ditulis olehSyed Mohaamaad Taufik Syed Abdul
PengarahEjump Mohd
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Yang Benar" - Floor 88
Lagu penutup"Yang Benar" - Floor 88
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 Januari 2022 – 15 Februari 2022
Kronologi
MengikutiMaryam Eliana
Diikuti olehNurlaila

SinopsisSunting

Semua berpunca kerana rasa dendam, salah faham dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit, sanggup Jebat Zulkarnain menzalimi Aisyah Humaira isterinya sendiri. Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar.

Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya. Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu.

Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka. Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ Drama Derhaka Cinta Jebat. MyInfoTaip. Dicapai 2 Januari 2022
  2. ^ Budiey (31 Disember 2021). "Derhaka Cinta Jebat buka tirai Drama Adaptasi 2022 di RTM". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Januari 2022.