Derita Untuk Bahagia

Derita Untuk Bahagia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2021 arahan Ejump Mohd iaitu naskah asal terbitan MIG Production. Dibintangi oleh Amar Baharin, Azar Azmi dan Hafreez Adam. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima bermula 7 Jun 2021 menggantikan Hati Yang Dikhianati yang terpaksa ditangguhkan sementara akibat PKP. [1] [2]

Derita Untuk Bahagia
Genre
Ditulis olehPanel MIG
PengarahEjump Mohd
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanBangkit Semula - Khai Bahar
Lagu penutupBangkit Semula - Khai Bahar
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Lim
PenerbitDavid Teo
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
MIG Productions Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (Slot Tiara)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal7 Jun 2021 – 16 Julai 2021
Kronologi
MengikutiHati Yang Dikhianati
Diikuti olehSuara Hati (drama)

SinopsisSunting

Alisha ialah gadis yang rajin dan yang membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran, bapanya kaki pukul manakala ibunya membanting tulang membesarkannya.

Alisha bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang. Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar yang dia bukanlah anak kandung ibunya. Pergolakkan berterusan apabila Alisha cuba mahu mencari keluarga kandungnya.

Pertemuan Alisha dengan Danial dan Raif juga telah membibitkan situasi cinta tiga segi antara mereka semua, namun hubungan cinta Alisha ditentang sehingga dia menemui kebenaran.

Berjayakah Alisha menemui bahagia dan cinta selepas melalui kehidupan yang sukar, ditambah dengan masa silam keluarganya yang kini menghantuinya?

PelakonSunting

Watak UtamaSunting

Watak pembantuSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Drama Derita Untuk Bahagia". MyInfoTaip.com. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  2. ^ "Derita Untuk Bahagia Ambil Alih Tayangan HYD Mulai 7 Jun Ini". Utusan Borneo Online. Dicapai pada 7 Jun 2021.
  3. ^ Haryati Karim (19 Jun 2021). "Bahaya Derita Azar Azmi". Kosmo!. Dicapai pada 19 Jun 2021.