Buka menu utama

Perspektif Islam terhadap Pemindahan dan Pendermaan OrganSunting

Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW. kerana kaedah ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia perubatan. Satu daripada maqassid al-syariah (matlamat syariah) adalah untuk memelihara nyawa. Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan, memilih jalan yang paling kurang mudarat dan mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar. Di Malaysia, fatwa mengenai keharusan pendermaan dan pemindahan organ telah dikeluarkan semenjak bulan Jun 1970 lagi.

Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawatan ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT. dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor. Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai suatu perkara yang haram. Pendermaan organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa.

Fatwa-fatwa di Malaysia Berkaitan Pendermaan OrganSunting

  • 1965 Fatwa negeri Perlis mengharuskan pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal dunia.
  • 1970 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup.
  • 1989 Majlis Fatwa Kebangsaan menerima diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian.
  • 1995 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit.
  • 1997 Fatwa negeri Sarawak mengharuskan pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma yang telah meninggal dunia.


RujukanSunting

Beberapa Fatwa dari Dunia Islam Mengenai Pemindahan Organ:

SUMBER TAHUN FATWA

  • Sheikh H. Makhluf (Mufti Besar, Mesir) 1952 Pemindahan kornea diharuskan
  • Sheikh H. Maamun (Mufti Besar, Mesir) 1959 Pemindahan kornea diharuskan
  • Sheikh Hureidi (Mufti Besar, Mesir) 1966 Pemindahan kornea diharuskan
  • Persidangan Pertama OIC 1969 Pemindahan kornea diharuskan
  • Majlis Agung Islam Algeria 1972 Pemindahan organ diharuskan
  • Sheikh Khater (Mufti Besar, Mesir) 1973 Pemindahan kulit dari mayat yang tidak dikenali diharuskan
  • Majlis Agung Fatwa Jordan 1977 Pemindahan organ diharuskan
  • Ulama Besar Arab Saudi 1978 Pemindahan organ diharuskan
  • Sheikh Gad al-Haq (Mufti Besar, Mesir) 1979 Organ boleh diambil dari penderma hidup atau penderma kadaverik
  • Fatwa Kuwait 1979 Pemindahan organ diharuskan termasuk dari kadaver
  • Ulama Besar Arab Saudi 1982 Pemindahan kornea diharuskan
  • Fatwa Liga Dunia Islam 1985 Pemindahan kornea diharuskan
  • Persidangan Ketiga OIC 1986 Kematian otak diterima sebagai kematian
  • Persidangan Keempat OIC 1988 Pemindahan organ diharuskan tetapi jual beli dan penyeludupan organ diharamkan