Derma darah terbahagi kepada dua iaitu pendermaan darah penuh (‘whole blood’) dan pendermaan aferesis [1].

Pictogram derma darah

Derma darah berlaku apabila seseorang secara sukarela telah membenarkan darahnya diambil dan digunakan untuk pemindahan dan / atau dijadikan ubat biofarmaseutikal melalui proses yang dipanggil pemeringkatan (pengasingan komponen seluruh darah). Derma darah mungkin darah keseluruhan (WB), atau komponen khusus secara terus (dipanggil apheresis kedua). Bank darah sering mengambil bahagian dalam proses pengumpulan serta prosedur yang mengikutinya.

Hari ini di negara maju, penderma darah kebiasaannya merupakan sukarelawan yang tidak dibayar yang menderma darah untuk bekalan masyarakat. Di negara-negara yang lebih miskin, bekalan ditubuhkan adalah terhad dan penderma biasanya memberikan darah apabila keluarga atau rakan memerlukan pemindahan (derma diarahkan). Banyak penderma menderma sebagai tindakan amal, tetapi di negara-negara yang membolehkan derma dibayar beberapa penderma dibayar, dan dalam beberapa kes terdapat insentif selain wang seperti masa rehat dari kerja. Penderma juga boleh diambil darahnya untuk kegunaan masa depan mereka sendiri (derma autologous). Menderma adalah agak selamat, tetapi beberapa penderma mungkin memdapat tanda lebam di mana jarum dimasukkan atau mungkin merasa letih.

Jenis-jenis pendermaan darah sunting

Pendermaan darah penuh sunting

Pendermaan darah penuh ialah pendermaan kesemua komponen darah. Darah penderma yang dikeluarkan tidak dikembalikan ke dalam badan penderma.

Pendermaan aferesis sunting

 
Jarum yang digunakan bagi menderma darah.

Darah penderma yang dikeluarkan diasingkan mengikut komponen darah di mana pendermaan aferesis ialah pendermaan komponen darah iaitu plasma darah atau platelet atau kedua-duanya sekali [1]. Komponen darah yang tidak diperlukan akan dikembalikan semula ke dalam badan penderma.

Kriteria penderma darah sunting

Kriteria penderma darah yang digariskan oleh Pusat Darah Negara :

 
Maklumat untuk penderma kali pertama.
 
Maklumat yang perlu diketahui sebelum mendaftar untuk menderma darah.
 
Kriteria untuk menderma darah.
 
Kriteria penderma darah.
  1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
  2. Penderma berumur
    • 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.[A 1]
    • di antara 18 hingga 60 tahun untuk penderma yang kali pertama menderma.[A 1]
    • di antara 18 hingga 70 tahun untuk penderma yang pernah menderma (penderma berulang).[A 1]
    • Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.[perlu rujukan]
  3. Berat badan melebihi 45 kg.
  4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
  5. Tiada masalah kesihatan.
  6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
    • Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan.
    • Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
  7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa).
  8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
    • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
    • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
    • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur.
    • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis.
    • Mengambil dadah secara suntikan.
    • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
  9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
  10. Untuk penderma wanita:
    • Tidak mengandung.
    • Tidak datang haid.
    • Tidak menyusukan anak.
  11. Bagi penderma bukan warganegara Malaysia, penderma telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun.[A 1]
  12. Jangan menderma darah jika anda:

Proses menderma darah sunting

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sunting

Pusat Darah Negara (PDN) sunting

Keistimewaan penderma darah sunting

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sunting

Hak-hak istimewa yang diberikan kepada penderma darah di Tabung Darah Hospital Universiti adalah seperti berikut [3]:

Bilangan Keistimewaan
Derma darah 15 kali ke bawah Kecualian penuh dari caj rawatan dan caj wad dalam tempoh 4 bulan selepas derma terakhir dan rawatan pesakit luar percuma dalam tempoh masa yang sama.
16 ~ 40 kali Kecualian penuh dari caj rawatan dan caj wad dalam tempoh 4 bulan selepas derma terakhir dan selepas itu, separuh daripada caj rawatan dan separuh daripada caj wad dan rawatan pesakit luar percuma dalam tempoh 3 tahun selepas derma terakhir.
41 kali ke atas Kecualian penuh daripada caj rawatan dan caj wad dan rawatan pesakit luar percuma pada bila-bila masa.

Pusat Darah Negara (PDN) sunting

Keistimewaan yang diberikan oleh PDN kepada penderma darah dinyatakan dalam:

Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005 [4].

Keistimewaan ini diberikan kepada penderma yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan.

Kekerapan menderma Keistimewaan rawatan
1 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan) Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
6 ~ 10 kali Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
11 ~ 15 kali Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 ~ 20 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 ~ 30 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 ~ 40 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 ~ 50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma darah penuh) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

Nota kaki sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Pusat Darah Negara. Jenis-Jenis Pendermaan[pautan mati kekal]. Diperoleh 15 Mei 2011.
  2. ^ Kunjungi Pusat Darah Negara Donation Suite untuk menderma darah
  3. ^ Sijil Penderma Darah. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.
  4. ^ Pusat Darah Negara. Keistimewaan Penderma Darah Diarkibkan 2009-10-28 di Wayback Machine. Diperoleh 15 Mei 2011.

Pautan Luar sunting