Destinasi G4 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 dibintangi oleh peserta Idola Kecil, iaitu Azzam Sham, Afieq Shazwan, Harris Alif dan Danial Chuer.[2][3] Ia mengisahkan empat anak muda kacak dan berbakat yang bercita-cita ingin memasuki sekolah seni persendirian yang berprestij iaitu Sekolah Seni Bintang.[4] Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Bananana! TV9 dari 10 Januari 2015 hingga 11 April 2015.

Destinasi G4
GenreKomedi remaja
PenciptaWan Hasliza Wan Zainuddin
Ditulis oleh
PengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Destinasi G4" oleh Radhi OAG dan Harris Alif
Lagu penutup"Destinasi G4" oleh Radhi OAG dan Harris Alif
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifRohayah Ibrahim
Penerbit
  • Jamaluddin Karim
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
PenyuntingAzmir Affandi
Lokasi
Sinematografi
  • Jime Ahmad
  • Kamarul Othman
  • Saiful Amee
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran21–22 minit
Syarikat penerbitan
KL Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal10 Januari 2015 – 11 April 2015

Sinopsis

sunting

Azzam, Afeiq, Harris dan Daniel ialah empat remaja yang masing-masing mempunyai bakat tersendiri dan kekuatan dalam bidang nyanyian. Mereka hadir ke sesi ujibakat dengan matlamat tersendiri selain ingin membuktikan kemampuan mereka bergerak secara solo dalam bidang nyanyian.

Namun, apabila pihak sekolah ingin menggabungkan mereka sebagai satu kumpulan nyanyian demi untuk menyertai pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan, empat anak muda ini menunjukkan pelbagai reaksi kerana tidak bersetuju dengan idea tersebut. Masing-masing mempunyai pelbagai ragam yang menimbulkan konflik dan kesukaran mereka untuk bekerjasama sebagai satu kumpulan.

Azzam, seorang yang pemalu dan sering gugup di atas pentas namun dia di antara yang paling rajin. Afeiq pula seorang yang ceria, sukakan cabaran tetapi agak lurus dan mudah ditipu. Harris pula, anak orang berada yang sering dimanjakan selain daripada bapanya menjadi penaung terbesar buat Sekolah Seni Bintang. Daniel pula seorang yang kreatif tetapi mempunyai sikap buruk iaitu sering meninggi diri.

Tetapi bagi Cikgu Lukman, Cikgu Ana dan Cikgu Raqim yang bertanggungjawab dalam pemilihan mereka, percaya kelebihan individu yang mereka miliki dapat menguatkan lagi kumpulan nyanyian mereka sekaligus harapan untuk menjuarai pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan itu semakin cerah.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Siaran

sunting

Destinasi G4 bersiaran di TV9 dari 10 Januari 2015 dan berakhir pada 11 April 2015. Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9[5] dan Drama Sangat.[6]

Muzik dan runut bunyi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Harris Alif [@norharrisalif] (9 Januari 2015). "Harrif Alif on Twitter: "Jangan lupa saksikan drama berjudul Destinasi G4 setiap Sabtu mulai hari ini 10 Jan jam 5:30 ptg di TV9" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ Budiey (8 Januari 2015). "Sinopsis drama bersiri Destinasi G4". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 Februari 2015.
  3. ^ Norhayati Nordin (16 Februari 2015). "Gandingan mantap 4 idola". Harian Metro. Dicapai pada 20 Februari 2015.
  4. ^ "Destinasi G4 kisah pencarian diri empat bintang muda". Utusan Borneo. 9 Januari 2015. Dicapai pada 20 Februari 2015.
  5. ^ "Destinasi G4: Episod Penuh". TV9. Dicapai pada 20 Februari 2020 – melalui YouTube.
  6. ^ "Destinasi G4: Episod Penuh". Drama Sangat. Dicapai pada 20 Februari 2020 – melalui YouTube.