Destinasi Ukhuwah ialah drama road movie bersiri Malaysia 2018. Drama ini mula bersiaran pada 31 Disember 2018, setiap Isnin hingga Khamis, 11.30 pagi mengisi slot Kejora di TV1.[1]

Destinasi Ukhuwah
GenreDrama
Pengembaraan
Ditulis oleh
  • Ikhwan Shah
  • Shuhaimi Zulkefli
PengarahShuhaimi Zulkefli
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Duniaku Dakwahku" oleh Ayai Illusi feat. Altimet
Lagu penutup"Duniaku Dakwahku" oleh Ayai Illusi feat. Altimet
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
Penerbit
  • Azlina Hj. Abd Wahid
  • Osman Ali (eksekutif)
  • Julian Jayaseela (eksekutif)
Penyunting
  • Fariha Johari
  • Zyra Abdillah
Tempoh siaran40–42 minit
Syarikat penerbitan
Nuansa Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1
Siaran asal31 Disember 2018 – 22 Januari 2019

Sinopsis sunting

Mengisahkan empat sahabat yang terpisah selama 10 tahun dan bertemu semula secara tidak sengaja. Bagi mengatasi tekanan kehidupan masing-masing, mereka merancang untuk mengembara menimba pengalaman sambil melakukan kerja-kerja amal. Pengembaraan empat sahabat yang merentasi Semenanjung Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke Thailand, melawat setiap inci tanah Islam ini dan menemui pelbagai keindahan dan kerosakannya.

Mereka bermukim di setiap negeri dan berkongsi jiwa secara bernasyid di kaki lima menyampaikan lagu-lagu ketuhanan yang telah lama 'diam' di tanah ini. Suburkan kembali lagu nasyid seperti 'Buta Mata, Pondok Kecil' dan lain-lain. Pelbagai kemaslahatan umum ditemui mereka di setiap negeri yang disinggah seperti kisah kasih terpisah, kisah khalwat & arak, misteri ahli sufi, alam bunian & jin, perkahwinan & cerai, kehancuran rumah tangga, kehebatan pancaindera serta pelbagai lagi.

Pelakon dan watak sunting

Pelakon utama sunting

  • Amerul Affendi sebagai Suhaimi, berkelulusan dalam bidang perfileman, tapi disebabkan tiada kerja dia menjadi jurufoto pelancong.
  • Fendy Bakry sebagai Hakimie, penuntut bidang agama daripada universiti timur tengah namun tidak dapat habiskan pelajaran.
  • Zalif Sidek sebagai Erwan, graduan berkelulusan sains makanan namun hanya bekerja di kedai makan.[2]
  • Adam Shahz sebagai Hasif, seorang lulusan kejuruteraan tetapi terpaksa menjadi nelayan kerana menggantikan ayahnya yang sakit.

Penampilan khas sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Amerul Affendi, Fendy Bakry, Zalif Sidek dan Adam Shahz dalam drama Destinasi Ukhuwah". URTV. 27 Disember 2018.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Zalif nekad urus sendiri kerjaya". Berita Harian. 5 Ogos 2017.