Desyret (Jawi: دشرت, daripada bahasa Mesir Purba) ialah nama rasmi bagi Mahkota Merah dari Mesir Hilir dan juga Tanah Merah di kedua-dua belah Kemet (Tanah Hitam), lembangan subur Sungai Nil. Apabila digabungkan denga Hedjet (Mahkota Putih) dari Mesir Hulu, ia dinamai Sekhemti (Mahkota Berganda), yang juga dipanggil dengan nama Yunaninya pskent.

Desyret, mahkota merah Mesir Hilir
Desyret, Mahkota Merah
(mahkota sebagai
penentu)
dalam hieroglif
D46
N37
D21
X1S3

Mahkota merah dalam hieroglif bahasa Mesir juga digunakan sebagai huruf "n" menegak. Hieroglif asal "n" dari Zaman Prawangsa, dan Kerajaan Lama ialah tanda ombak.

Kepentingan sunting

Dalam hikayat Mesir purbakala, tuhan Bumi bernama Geb, pemerintah asal Mesir, memberikan Horus kuasa memerintah di Mesir Hilir.[1] Firaun-firaun Mesir, yang menganggap diri mereka sebagai pemangku Horus, pakai mahkota desyret sebagai lambang kuasa mereka ke atas Mesir Hilir.[2] Dewa-dewi lain turut memakai desyret, atau ada kaitan dengannya, seperti dewi ular pelindung bernama Wadjet dan dewi pencipta negeri Sais, Nit, yang biasanya digambarkan memakai Mahkota Merah.

Mahkota Merah kemudiannya digabungkan dengan Mahkota Putih dari Mesir Hulu yang menjadi Dwimahkota, melambangkan kuasa untuk memerintah kedua-dua negeri, atau menurut apa yang orang Mesir dahulukala sebutkan, "Dua Benua".

Berkenaan tanah desyret, Tanah Merah yang merupakan tanah asing dan gurun yang mengelilingi Mesir, Dewa Set dikatakan pemerintahnya. Ia dianggap daerah yang kacau-balau, tanpa sebarang hukum alam dan penuh bahaya.

Rekod sunting

Tiada satu pun mahkota merah yang dapat ditemui. Beberapa gambaran purba menunjukkan bahawa ia dianyam seperti bakul daripada serat tumbuhan seperti rumbut, jerami, flaks, daun pelepah atau mensiang.

Mahkota Merah banyak disebut dalam teks -teks dan juga digambarkan dalam ukiran dan patung. Salah satu cuntoh ialah dalam gambaran seorang firaun yang berjaya memakai desyret pada Palet Narmer. Sebuah label daripada zaman pemerintahan Djer melaporkan suatu lawatan ke kuil Desyret yang mungkin terletak di Buto di delta Nil.

Oleh kerana tiada satu pun mahkota dijumpa, walaupun dalam makam diraja yang tidak pernah dimasuk atau diusik, mahkota-mahkota ini barangkali telah diturunkan sebagai harta pusaka kepada satu pemerintah ke yang seterusnya, seperti raja-raja zaman sekarang.

Fonogram sunting

1 Mahkota Merah, Desyret
2 juga, "N"
menegak
dalam hieroglif
N

Mahkota Merah Mesir purba merupakan salah satu daripada hieroglif Mesir yang tertua sekali. Sebagai suatu lembaga ikonograf, ia digunakan pada Palet Narmer milik Raja Narmer sebagai "Mahkota Merah Delta", Delta ini merujuk kepada Mesir Hilir.

Mahkota Merah lama-kelamaan digunakan sebagai huruf n menegak, fonogram, berbanding huruf 'n' mengufuk, tandaGardiner no. 35,
N35
. Kedua-dua ialah sama dari segi aksara depan, cuma huruf 'n' mengufuk, ombak-N (hieroglif n) lebih digunakan, juga lebih biasa digunakan untuk untuk menerbit perkataan Mesir purba yang mengandungi fonem 'n'.

Kegunaan Mahkota Merah kali pertama sebagai ikon ialah sebagai simbol Mesir Hilir dan Delta Nil. Kemudian ia digunakan dalam bahasa Mesir – sebagai abjad ekaliteral, bentuk depan untuk huruf "n" sebagai fonem atau kata sendi nama. Ia amat berguna dalam teks hieroglif yang berjela-jela, kerana ia dapat diguna mengikut betapa besarnya atau sedikitnya ruang yang ada.

Mahkota Merah juga digunakan sebagai penentu, terutama sekali untuk perkataan desyret. Ia uga digunakan dalam perkataan lain dan nama dewa-dewi.

Salah satu kegunaan hieroglif mahkota merah yang lama ialah untuk membuat perkataan: 'in'!, (dahulunya an-(a-dengan titik)-(hieroglif a "bulu menegak", juga dengan mahkota merah). Perkataan "in" Mesir digunakan dalam permulaan teks dan diterjemahkan sebagai: Saksikanlah!, or Nah!, dan merupakan kata penegas.

Dalam Batu Rosetta dari 198 SM , hieroglif Mahkota Merah digunakan biasanya untuk bentuk menegak kata sendi nama "n". Dalam teks yang panjang, penghujung perkataan tidak semestiya berada di hujung blok hieroglif (segugus hieroglif hasilkan satu blok); apabila sampai di hujung perkataan, peralihan ke perkataan lain yang mudah ke blok seterusnya ialah dengan menggunakan pemisah yang menegak, dalam kes ini kata depan, n menegak.

 
Kegunaan Mahkota Merah dalam Batu Rosetta, bukan sebagai kata sendi nama: 1-bahagian Dwimahkota, dan 2-bahagian "Taui", nama untuk Mesir Hulu dan Hilir-(menggunakan hieroglif simpang bergabung).

Oleh kerana permulaan blok hieroglif seterusnya boleh bermula dengan "n" mengufuk di dasar blok sebelumnya, mungkin sahaja "n" menegak digunakan untuk tujuan kesan visual; yakni, ia meratakan teks yang panjang itu supaya kemas, daripada menggunakan kata sendi nama mengufuk yang membuatkan teks nampak berlubang. Secara visualnya, hieroglif ini memakan lebih banyak ruang berbangding simbol ombak mengufuk; jadi ia mungkin digunakan untuk dua tujuan iaitu untuk membuatkan teks nampak lebih kemas dan peralihan dari perkataan ke perkataan yang lebih cantik.

Hieroglif Mahkota Merah digunakan 35 kali pada Batu Rosett; 4 kali sahaja dengan peranan yang bukan sendi nama. Purata ia digunakan ialah satu setiap baris dalam Perisytiharan Memphis (Ptolemy V) yang mempunyai 36 baris.

Lihat juga sunting

  • Atef – mahkota putih dengan bulu di sisinya yang digunakan untuk Osiris
  • Senarai Tanda Gardiner
  • Hedjet – mahkota putih bagi Mesir Hulu
  • Khepresh – mahkota biru atau mahkota perang, juga dikenali sebagai mahkota diraja
  • Sekhemti – Dwimahkota Mesir Hulu dan Hilir
  • Iaret – Ular kebesaran diraja

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ewa Wasilewska, Creation Stories of the Middle East, Jessica Kingsley Publishers 2000, h.128
  2. ^ Toby A. H. Wilkinson, Early Dynastic Egypt, Routledge 1999, h.194
Sumber utama
  • Budge. An Egyptian Hieroglyphic Dictionary, E.A.Wallace Budge, (Dover Publications), c 1978, (c 1920), Dover edition, 1978. (Dalam dua jilid) (kulit lembut, ISBN 0-486-23615-3)
  • Budge. The Rosetta Stone, E.A.Wallace Budge, (Dover Publications), c 1929, Edisi Dover (lengkap), 1989. (kulit lembut, ISBN 0-486-26163-8)