Detasmen Ketumbukan Steiner

Detasmen Ketumbukan Steiner (Armeeabteilung Steiner), juga dirujuk sebagai Ketumbukan Kumpulan Steiner[1](p12) (Armeegruppe Steiner) atau Kumpulan Steiner[2] (Gruppe Steiner), adalah sebuah unit sementara tentera, berkekuatan antara kor dan tentera darat medan, dicipta atas kertas oleh diktator Jerman Adolf Hitler pada 21 April 1945 semasa Pertempuran Berlin, dan diletakkan dibawah perintah SS-Obergruppenführer Felix Steiner.

Detasmen Ketumbukan Steiner
Aktif21 – 22 April 1945
Kesetiaan Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
Waffen-SS
SaizBesar sikit dari Kor tetapi kecil sedikit dari tentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Obergruppenführer Felix Steiner

Hitler berharap bahawa unit-unit yang ditugaskan ke Steiner akan dapat melakukan serangan balas yang efektif terhadap serangan kacip utara Soviet ke atas Berlin, tetapi Steiner enggan menyerang kerana menyedari unit itu tidak mencukupi, yang terdiri daripada beberapa askar, remaja Belia Hitler, anggota darat kecemasan Tentera Udara, dan anggota limbungan Tentera Laut. Satu-satunya kereta kebal yang ada ialah sedozen kereta kebal Perancis yang ditawan pada tahun 1940. Kegagalan serangan ini menyebabkan Hitler buat pertama kalinya mengaku bahawa Jerman telah kalah peperangan.

Sejarah sunting

Pada hari kedua Pertempuran Berlin, 17 April, Generaloberst Gotthard Heinrici, Panglima Kumpulan Tentera Darat Vistula, mengambil dua divisyen terkuat Kor III (Germanik) Panzer SS Steiner (Simpanan Kumpulan Tentera Darat), iaitu Divisyen Nordland SS dan Divisyen Nederland SS. Beliau meletakkannya dibawah pemerintahan General der Infanterie Theodor Busse, Panglima Tentera Darat Ke-9, kerana Busse mempunyai kebanyakan unit lain dalam Kor III. Divisyen Nordland telah dihantar ke Kor LVI Panzer Helmuth Weidling untuk mempertahankan Bukit Seelow, untuk menguatkan sektor yang dipegang oleh Divisyen Ke-9 Paracut. Divisyen Nederland telah dihantar ke barat daya Frankfurt an der Oder dan ditugaskan dengan Kor V Gunung SS, dimana ia ditakdirkan untuk musnah dalam Pertempuran Halbe.[3]

Heinrici mengarahkan Kor III SS Panzer, dikurangkan kepada tiga batalion dan sedikit kereta kebal, untuk mengumpul apa saja pasukan yang ada bagi mendirikan garis saringan di sepanjang Terusan Finow untuk melindungi rusuk selatan Tentera Darat Ke-3 Panzer dari di serang oleh Barisan Pertama Belorussia Marsyal Soviet Zhukov, yang telah memecah masuk pertahanan Bukit Seelow dan sedang mengepung Berlin.[4][5]

Pada 21 April Adolf Hitler, tanpa menghiraukan fakta, mula memanggil unit-unit rakyat yang berada dibawah pemerintahan "Detasmen Ketumbukan Steiner". Beliau mengarahkan Steiner menyerang rusuk utara sesusuh besar yang dicipta oleh serangan Barisan Pertama Belorussia. Serentak itu Tentera Darat Ke-9, yang telah ditolak ke selatan dari sesusuh itu, akan menyerang arah utara dalam serangan gerakan kacip. Untuk memudahkan serangan ini Steiner telah menugaskan tiga divisyen daripada Kor CI (Wehrmacht) Tentera Darat Ke-9, Divisyen Ke-4 Polizei SS, Divisyen Ke-5 Jäger, Divisyen Ke-25 Panzergrenadier — semua berada di utara Terusan Finow[note 1] — dan Kor LVI Panzer Weidling, yang masih berada di timur Berlin dengan rusuk utaranya dibawah Werneuchen.[4][5]

Tiga divisyen ke utara akan menyerang selatan dari Eberswalde (pada Terusan Finow dan 24 km (15 batu) timur Berlin) ke arah Kor LVI Panzer, jadi membelah susuh Barisan Pertama Belorussia kepada dua. Steiner menelefon Heinrici dan memaklumkan bahawa rancangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana Divisyen Ke-5 Jäger dan Divisyen Ke-25 Panzergrenadier dikerahkan untuk bertahan dan tidak boleh ditempatkan semula sehingga Divisyen Ke-2 Marin tiba dari pantai untuk membebaskan mereka. Yang tinggal hanya 2 batalion dari Divisyen Ke-4 Polis SS, dan mereka tiada senjata tempur. Heinrici menelefon Hans Krebs, Ketua Staf Am (OKH), memberitahunya bahawa rancangan itu tidak dapat dilaksanakan dan meminta untuk bercakap dengan Hitler, tetapi diberitahu yang Hitler terlalu sibuk untuk menjawab panggilannya.[4][5]

Pada 22 April, dalam mesyuarat petangnya Hitler mengetahui yang Steiner tidak akan menyerang, menurut keterangan setiausahanya, beliau "terdiam seketika", dan kemudian menegaskan bahawa kaum wanita (setiausaha dan Eva Braun) harus meninggalkan Berlin dengan segera (tetapi mereka enggan). Beliau mengisytiharkan bahawa peperangan telah kalah, menyalahkan para jeneral dan mengumumkan beliau mahu tinggal di Berlin sehingga akhir dan kemudian membunuh dirinya.[6][7] Selepas 22 April "Detasmen Ketumbukan Steiner" tidak banyak disebut dalam Führerbunker.[8]

Senarai tempur sunting

Dalam budaya popular sunting

Kemarahan Hitler atas kegagalan Steiner melancarkan serangan menjadi terkenal dengan penggambarannya dalam satu babak dari filem 2004 Downfall. Babak itu telah dijadikan pelbagai video parodi dan Meme Internet di mana sari kata baru ditambah yang tipikal tidak ada kaitan dengan apa yang sebenarnya diperkatakan oleh watak dalam bahasa Jerman dan biasanya topikal, menyindir sebarang isu atau trend semasa.

Lihat juga sunting

  • Tentera Darat Ke-11 Panzer SS, adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Vistula dan dibawah pemerintahan Steiner sewaktu ia bertempur di timur sungai Oder pada Februari 1945. Panzer Ke-11 telah ditugaskan ke OB West dan disusun semula (dan diberi memerintah unit-unit baru) untuk berperang dengan Pihak Bersekutu pada Mac 1945. Steiner kekal memerintah Kor III (Germanik) Panzer SS dan ia kekal dalam Kumpulan Tentera Darat Vistula, dipindahkan dari Panzer Ke-11 ke Tentera Darat Ke-3 Panzer. Disebabkan Steiner juga memerintah Panzer Ke-11 pada 1945, ia boleh terkeliru dengan Detasmen Ketumbukan Steiner.

Rujukan sunting

Nota

  1. ^ To assign units on the far side of an enemy salient from their own command to that of the local command is not unusual. For example in the Battle of the Bulge General Eisenhower reassigned the US First and US Ninth armies on the north side of the salient to the 21st Army Group (also on the north side), because it was now fighting side by side with the armies of the 21st Army Group, while its parent army group (the 12th) was on the south side of the salient with the rest of the 12th's armies.

Nota kaki

  1. ^ Tessin, Georg (1977). Die Waffengattungen - Gesamtübersicht. Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS im Zweiten Weltkrieg 1939-1945 (dalam bahasa Jerman). 1. Osnabrück: Biblio Verlag. ISBN 3764810971.
  2. ^ OKW War Diary, 27 April 1945
  3. ^ Beevor p. 141
  4. ^ a b c Beevor pp. 267–268
  5. ^ a b c Ziemke pp. 87–88
  6. ^ Beevor p. 275
  7. ^ Ziemke p. 89
  8. ^ Beevor p. 298

Bibliografi

  • Beevor, Antony. Berlin: The Downfall 1945, Penguin Books, 2002, ISBN 0-670-88695-5
  • Ziemke, Earl F. Battle For Berlin: End Of The Third Reich, NY:Ballantine Books, London:Macdomald & Co, 1969.