Devamany S. Krishnasamy

(Dilencongkan dari Devamamy S. Krishnasamy)

Dato' Sri Devamany S. Krishnasamy (lahir 10 September 1957) juga dikenali sebagai S.K. Devamany adalah seorang ahli politik Malaysia dan kini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi Cameron Highlands di Pahang.

Dato' Sri

S.K. Devamany

SSAP, DIMP, SMP, PPT (Pahang)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
28 Jun 2016 – 6 April 2018
Berkhidmat dengan Razali Ibrahim dan Asyraf Wajdi Dusuki
Perdana MenteriNajib Razak
Kawasan pilihan rayaSenator
Dalam jawatan
9 April 2009 – 3 April 2013
Berkhidmat dengan Liew Vui Keong, Mashitah Ibrahim, Ahmad Maslan dan Murugiah Thopasamy
Perdana MenteriNajib Razak
Kawasan pilihan rayaCameron Highlands
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Berkhidmat dengan Mohd Johari Baharom, Mashitah Ibrahim dan Hasan Malek
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Kawasan pilihan rayaCameron Highlands
Ahli Dewan Negara Malaysia
Senator
Dalam jawatan
27 Jun 2016 – 26 Jun 2019
LantikanYang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak
Dalam jawatan
28 Jun 2013 – 9 Ogos 2016
Didahului olehGanesan Retanam
Digantikan olehThangasvari Suppiah
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Cameron Highlands
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 5 Mei 2013
Didahului olehKerusi diwujudkan
Digantikan olehPalanivel Govindasamy
Majoriti
  • 3,117 (2008)
  • 6,260 (2004)
Butiran peribadi
LahirDevamany a/l S. Krishnasamy
(1957-09-10) 10 September 1957 (umur 66)
Simpang Empat, Semanggol, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Kongres India Malaysia
PasanganSaraswathy Nallaiah
PekerjaanAhli politik

Kehidupan peribadi sunting

Devamany telah dilahirkan di Simpang Empat, Semanggol, Perak dan menerima pendidikan awalnya di King Edward VII School di Taiping, Perak.[1] Pada 1978, beliau layak sebagai seorang guru daripada Institut Perguruan Pendidikan Khas di Cheras, Kuala Lumpur. Beliau kemudian melanjutkan pendidikannya dan telah lulus dengan ijazah di dalam Kesusasteraan Melayu daripada Universiti Malaya pada 1982.[2]

Kerjaya politik sunting

Devamany adalah seorang ahli Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen BN dan sebagai Timbalan Presiden kini setelah memenangi pilihan parti semula pada 2015[3][4] apabila ROS membatalkan pemilihan parti lebih awal pada 1 Disember 2013 di mana beliau telah gagal jawatan Naib President yang beliau pegang semenjak 2009.[5][6] Beliau juga pernah menjadi Bendahari Kehormat MIC menggantikan Tan Sri Mahalingam pada 2008.[7]

Timbalan Menteri sunting

Devamany buat kali pertama dipilih ke Parlimen Malaysia di dalam pilihan raya 2004 untuk kerusi Cameron Highlands, Pahang.[7] Beliau memegang kerusinya pilihan raya 2008 meskipun kekalahan teruk MIC yang meyeluruh, meninggalkan beliau merupakan salah seorang daripada hanya tiga ahli MIC di Dewan Rakyat. Selepas pilihan raya 2008, Devamany telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.[8][9]

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Devamany dipilih untuk bertanding di kerusi Sungai Siput, Perak. Tetapi, beliau telah dikalahkan oleh calon terdahulu Michael Jeyakumar.

Pada 28 Jun 2013, beliau telah diundi sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, dengan mendapat 31 undi berbanding dengan 28 undi calon lawannya.[10]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[11][12][13]
Tahun Kawasan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 P078 Cameron Highlands, Pahang S.K. Devamany (MIC) 10,226 67.27% Apalasamy Jataliah (DAP) 3,966 26.09% 15,202 6,260 65.92%
2008 S.K. Devamany (MIC) 9,164 55.69% Apalasamy Jataliah (DAP) 6,047 37% 16,456 3,117 70.14%
2013 P062 Sungai Siput, Perak S.K. Devamany (MIC) 18,800 45.17% Michael Jeyakumar (PKR) 21,593 51.89% 41,617 2,793 80.70%
Nagalingam a/l Singaravelloo (BEBAS) 197 0.47%
2018 S.K. Devamany (MIC) 15,210 35.60% Kesavan a/l Subramaniam (PKR) 20,817 48.72% 42,726 5,607 77.68%
Ishak bin Ibrahim (PAS) 5,194 13.84%
Michael Jeyakumar Devaraj 1,505 3.52%

Rujukan sunting

  1. ^ "DEVAMANY, S.K." SAIEE DRISS. BIODATA TOKOH. 2 March 2008. Dicapai pada 7 September 2017.
  2. ^ SANTHA OORJITHAM (21 February 2010). "Interview with SK Devamany : I REMEMBER WHEN… There was no toilet in school". New Straits Times. SwarnaBumiputran of Malaysia - poobalan.com. Dicapai pada 7 September 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ KHOO, SIMON (6 November 2015). "Devamany is new MIC deputy president". The Star (Malaysia). Dicapai pada 28 May 2016.
  4. ^ "Devamany beats Saravanan in race for MIC deputy president". The Malay Mail. 6 November 2015. Dicapai pada 28 May 2016.
  5. ^ http://www.nst.com.my/latest/devamany-to-defend-vp-post-1.394430
  6. ^ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/02/Sothinathan-is-top-MIC-VP-Saravanan-and-Balakrishnan-take-second-and-third-spot/
  7. ^ a b "Devamany new MIC treasurer-general". The Star. Star Publications. 28 December 2008. Dicapai pada 10 July 2010.
  8. ^ "Devamany a/l S.Krishnasamy, Y.B. Dato'" (dalam bahasa Malay). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 10 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Joe, Hakim (8 October 2009). "Wake up fellas!". Malaysia Today. Dicapai pada 8 January 2010.
  10. ^ http://www.nst.com.my/latest/devamany-voted-in-as-perak-state-assembly-speaker-1.309372
  11. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 11 July 2010. Percentage figures based on total turnout.
  12. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen 2013" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 6 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  13. ^ "2013 Malaysia General Election NEGERI PERAK P62 Sungai Siput". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 5 May 2013. Results only available for the 2013 election.

Lihat juga sunting