Devan Nair

Presiden Singapura ketiga, ahli politik Malaysia

Chengara Veetil Devan Nair (juga dikenali juga sebagai C. V. Devan Nair, (5 Ogos 19236 Disember 2005) adalah Presiden Singapura yang ketiga dan dilantik oleh Parlimen pada 23 Oktober 1981. Beliau berkhidmat sebagai presiden hingga 1985. Beliau juga pengasas Parti Tindakan Demokratik , Malaysia.


C. V. Devan Nair
ദേവൻ നായർ
Presiden Singapura ke-3
Dalam jawatan
23 Oktober 1981 – 27 Mac 1985
Perdana MenteriLee Kuan Yew (1959–1990)
Didahului olehBenjamin Henry Sheares
Digantikan olehWee Kim Wee
Anggota Parlimen
untuk Anson
Dalam jawatan
1979–1981
Didahului olehP. Govindaswamy
Digantikan olehJ.B. Jeyaretnam
Butiran peribadi
LahirDevan Nair Chengara Veetil
(1923-08-05)5 Ogos 1923
Melaka, Malaysia
Meninggal dunia6 Disember 2005(2005-12-06) (umur 82)
Hamilton, Ontario, Canada
KerakyatanSingapura
Parti politikParti Tindakan Rakyat
PasanganAvadai Dhanam
Anak-anak4
ProfesionAhli kesatuan sekerja

Masa muda sunting

Dilahirkan di Melaka, Malaysia, Nair adalah anak lelaki kepada P.K. Nambiar, seorang Malayalam yang datang dari Palghat, India ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1910. Nair berpindah ke Singapura bersama keluarganya sewaktu beliau berumur 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Rendah Rangoon Road. Selepas itu, beliau mencapai kelulusan Senior Cambridge dari Victoria School pada 1940.

Kerjaya politik sunting

Seorang ahli kepada Liga Anti-British yang pro-komunis, Nair menyertai Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Kuan Yew pada tahun 1954. Beliau merupakan ahli PAP yang tunggal untuk memenangi Pilihan raya umum Malaysia pada tahun 1964 melalui kerusi Bangsar yang berhampiran Kuala Lumpur.

Nair tinggal di Malaysia selepas pemisahan Singapura dari Malaysia untuk mengasaskan Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi balik ke Singapura untuk mengetuai pergerakan kesatuan pekerja dan mengasaskan Kongres Kesatuan-Kesatuan Pekerja Nasional (National Trades Union Congress). Beliau memenangi kerusi Anson dalam Pilihan raya Parlimen Singapura pada tahun 1979 dan menerima jawatan Presiden Singapura pada tahun 1981.

Pada 28 Mac 1985, Nair meletak jawatan dengan sebab yang tidak begitu jelas. Lee Kuan Yew, Perdana Menteri pada waktu itu, telah mengatakan dalam parlimen bahawa Nair meletak jawatan untuk mendapatkan rawatan bagi masalah alkoholisme yang dihadapinya, sebuah tuduhan yang dinafikan oleh Nair. Menurut Nair, beliau meletak jawatan kerana Lee Kuan Yew mengugutnya dengan pemecatan jawatannya sebagai Presiden disebabkan konflik pandangan politik dengan Lee. Nair juga mengatakan bahawa beliau telah diberikan drug yang mengelirukan pikirannya dan khabar angin mengenai kehidupan peribadinya telah disebarkan semata-mata untuk mencemarkan nama baiknya. Bagaimanapun, M.G.G. Pillai, seorang kolumnis terkenal Malaysia, telah mengesahkan kebenaran khabar angin sewaktu dia menemu duga isteri Menteri Sarawak yang telah mengesahkan bahawa Nair telah memerah buah dadanya sewaktu beliau membuat lawatan rasmi di sana. [1] Diarkibkan 2011-09-04 di Wayback Machine

Nair berpindah ke Hamilton, Ontario, Kanada pada 1995. Pada tahun 1999, sebuah rencana mengenai kes tersebut dalam Globe and Mail, sebuah surat khabar Kanada, telah mengakibatkan tindakan guaman libel daripada Lee. [2] Diarkibkan 2017-01-02 di Wayback Machine. Bagaimanapun, guaman tersebut dibuang oleh makhamah sewaktu Nair membuat tuntutan balas. [3] Diarkibkan 2004-08-22 di Wayback Machine

Nair meninggal dunia di Hamilton, 10 tahun kemudian, sekitar 12 tengahari WSS pada 6 Disember 2005. Nair meninggalkan empat orang anak dan lima orang cucu. Anak sulungnya, Janadas Devan, adalah seorang penyunting kanan suratkhabar The Straits Times di Singapura.

Sumber sunting


Penyandang Terdahulu Presiden Singapura
1981–1985
Penyandang Kemudian
Benjamin Sheares Wee Kim Wee