Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Koordinat: 3°9′8.8″N 101°41′39.0″E / 3.152444°N 101.694167°E
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini ialah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan . DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar di dalam dewan bandaraya, yang mana ia dilantik setiap tiga tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam tahun 1970.[1]
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | |
---|---|
ديوان بندراي کوالا لومڤور DBKL | |
![]() | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Datuk Seri Mahadi Che Ngah | |
Struktur | |
![]() | |
Tempat persidangan | |
Menara DBKL 1 di Jalan Raja Laut
Menara DBKL 2 di Jalan Raja Laut Menara DBKL 3 di Kampung Bharu Menara PT80 di Jalan Masjid India | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
SejarahSunting
DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota pada masa itu.
Senarai Datuk Bandar Kuala LumpurSunting
- Lihat juga: Datuk Bandar Kuala Lumpur
Sejak tahun 1972, Kuala Lumpur telah dipimpin oleh 12 orang Datuk Bandar. Jawatan Datuk Bandar diwujudkan bagi menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota selepas ibu kota Malaysia itu menerima penaiktarafan menjadi bandar raya. Datuk Bandar terkini Bandaraya Kuala Lumpur ialah Datuk Seri Mahadi Che Ngah. Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur:[2]
# | Datuk Bandar | Tahun Menjawat |
---|---|---|
1. | Tan Sri Dato' Lokman bin Yusof | 1972 - 1973 |
2. | Tan Sri Yaacob Latiff | 1973 - 1983 |
3. | Tan Sri Dato' Elyas Omar | 1983 - 1992 |
4. | Dato' Dr. Mazlan Ahmad | 1992 - 1995 |
5. | Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff | 1995 - 2001 |
6. | Dato' Mohmad Shaid Mohd Taufek | 2001 - 2004 |
7. | Dato' Ruslin Hasan | 2004 - 2006 |
8. | Dato' Abdul Hakim Borhan | 2006 - 2008 |
9. | Tan Sri Ahmad Fuad Ismail | 2008 - 2012 |
10. | Tan Sri Ahmad Phesal Talib | 2012 - 2015 |
11. | Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz | 2015 - 2018 |
12. | Dato' Nor Hisham Bin A Dahlan | 2018 - 2020 |
13. | Datuk Seri Mahadi Che Ngah | 2020 - kini |
Ahli Lembaga Penasihat BandarayaSunting
Lembaga Penasihat Bandaraya dianggotai oleh seorang wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan, dua orang lantikan negeri Selangor, seorang wakil Kementerian Kewangan, seorang wakil Unit Perancang Ekonomi dan sepuluh orang individu yang tidak memegang jawatan perkhidmatan awam[3].
# | Jawatan | Nama | Catatan |
---|---|---|---|
# | Datuk Bandar | Datuk Seri Mahadi Che Ngah | Pengerusi |
1 | Ahli Lembaga Penasihat | Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar | Wakil Kementerian Wilayah Persekutuan[4] |
2 | Ahli Lembaga Penasihat | Dato' Setia Diraja Dato' Abdul Ghani Bin Haji Pateh Akhir | Wakil Kerajaan Selangor[5] |
3 | Ahli Lembaga Penasihat | Kosong | Wakil Kerajaan Selangor |
4 | Ahli Lembaga Penasihat | Kosong | Wakil Kementerian Kewangan |
5 | Ahli Lembaga Penasihat | Kosong | Wakil Unit Perancang Ekonomi |
6 | Ahli Lembaga Penasihat | Datuk Seri Johari Abdul Ghani | Individu bukan penjawat awam (UMNO) |
7 | Ahli Lembaga Penasihat | Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique | Individu bukan penjawat awam (UMNO) |
8 | Ahli Lembaga Penasihat | Datuk Rajah Symon | Individu bukan penjawat awam (MIC) |
9 | Ahli Lembaga Penasihat | Datuk Nicole Wong Siaw Ting | Individu bukan penjawat awam (MCA) |
10 | Ahli Lembaga Penasihat | Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya | Individu bukan penjawat awam (BERSATU) |
12 | Ahli Lembaga Penasihat | Ustaz Azhar Yahya | Individu bukan penjawat awam (PAS) |
13 | Ahli Lembaga Penasihat | Datuk Jason Lau Beng Wei | Individu bukan penjawat awam[6] |
14 | Ahli Lembaga Penasihat | Dato' Shabaruddin Bin Ibrahim | Individu bukan penjawat awam |
15 | Ahli Lembaga Penasihat | Dato' TPr Dr. Dolbani Mijan | Individu bukan penjawat awam [7] |
16 | Ahli Lembaga Penasihat | Kosong | Individu bukan penjawat awam |
Zon pentadbiranSunting
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "Kuala Lumpur". Columbia Encyclopedia, Sixth Edition 2007. Columbia University Press. Dicapai pada 6 December 2007.
- ^ "Malaysia's towns and cities are governed by appointed mayors". City Mayors. 2006. Dicapai pada 9 October 2006.
- ^ Vijenthi Nair dan Shalini Ravindran (13 Julai 2018). "All political appointees on DBKL advisory board step down". The Star. Dicapai pada 30 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Merupakan Ketiua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan
- ^ Merupakan Orang Besar Daerah Klang
- ^ Merupakan Pengerusi Lembaga Perlesenan Eksais, DBKL
- ^ Merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Desa dan Bandar Semenanjung Malaysia, agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.