Dewan Diraja Selangor

Lambang Ahli Dewan Diraja Selangor

Dewan Diraja Selangor bermula dari 1959 dan berfungsi sebagai majlis penasihat kepada kerajaan negeri Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Tarikh kuatkuasa dari 1 Disember 2016 hingga 30 November 2019.[1] Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor mempunyai 22 orang daripada kerabat diraja Selangor dan ahli Kerajaan Selangor.

Ahli Dewan Diraja Selangor 2016-2019

Ahli Dewan Diraja SelangorSunting

Pengerusi: Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj

Ex-officio (Ahli Kerana Jawatan ):

  1. Raja Muda Selangor - Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
  2. Tengku Bendahara Selangor - Almarhum Tengku Azman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj (Kosong atas faktor Kemangkatan)
  3. Tengku Laksamana Selangor - Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  4. Menteri Besar Selangor - Tuan Amirudin Shari
  5. Pengerusi MAIS - Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa
  6. Mufti Selangor - Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid

Ahli Waris Yang Lain:

  1. Tengku Aris Temenggong Selangor - Almarhum Tengku Muhamad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’eddin Sulaiman Shah (Kosong atas faktor Kemangkatan)
  2. Tengku Panglima Besar Selangor - Tengku Abdul Samad Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj
  3. Tengku Indera Setia Selangor - Tengku Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj
  4. Tengku Indera Pahlawan Diraja Selangor - Tengku Dato' Setia Putra Alhaj Ibni Almarhum Tengku Bendahara Azman Shah Al Haj

Orang-Orang Besar:

  1. Tengku Seri Wangsa Diraja - Tengku Datuk Ramli bin Tengku Sri Andika Diraja Sharuddin Shah
  2. Engku Setia Lela Bestari - Raja Tan Sri Arshad bin Raja Sir Tun Uda
  3. Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Gombak - Dato' Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood bin Pa’wan Teh
  4. Datuk Jugra Kurnia Diraja - Tan Sri Syed Mohd Yusof bin Tun Syed Nasir
  5. Datuk Salehuddin Saidin

Orang Tua-Tua :

  1. Datuk Abdul Halim bin Datuk Abdul Rauf
  2. Tan Sri Ambrin Buang
  3. Jen Tan Sri Mohd Hashim bin Mohd Ali
  4. Tan Sri Ismail bin Adam
  5. Datuk Ramli bin Mahmud
  6. Datuk Mohammad Khusrin bin Munawi
  7. Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Klang - Dato' Setia Diraja Abdul Ghani bin Pateh Akhir

IsuSunting

Pada 6 Mei 2008, Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam laporan akhbar The Malay Mail mengatakan baginda Sultan Selangor telah mencampuri urusan para eksekutif negeri Selangor. Pada 13 Mei 2008, Dewan Diraja Selangor membidas komen itu.[2] Sultan berhak memberi pandangan, menasihati dan memberi peringatan kepada kerajaan negeri berkenaan hal ehwal rakyat.

RujukanSunting

  1. ^ TheStar- Advisory body to the state Ruler (Selangor)[1]
  2. ^ Dewan Diraja Selangor bidas Karpal