Dewan Himpunan Pendukung PAS

sayap bukan Islam bagi Parti Islam Se-Malaysia
(Dilencongkan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS)

Dewan Himpunan Pendukung PAS atau DHPP (Jawi: ديوان همڤونن ڤندوکوڠ ڤاس, Inggeris: PAS Supporter's Assembly) merupakan salah sebuah sayap daripada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ia dianggotai oleh ahli parti tersebut yang bukan beragama Islam. Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat kini adalah N. Balasubramaniam. DHPP dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS, sebelum dinaik taraf sebagai Dewan pada 23 Mei 2010.

Dewan Himpunan Pendukung PAS
Kerangka
KependekanDHPP
Jenis/bentuk sahPertubuhan politik Sunting ini di Wikidata
Sejarah
PendahuluMajlis Perundingan Cina Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan23 Mei 2010; 13 tahun yang lalu (2010-05-23)
Pengurusan
KetuaBalasubramaniam Nachiappan
Timbalan KetuaLim Guan Seng
Ketua PemudaBalendran Balasubramaniam
Organisasi indukParti Islam Se-Malaysia
Maklumat lain
Dahulunya dikenali sebagai
  • Dewan Himpunan Penyokong PAS (2010-2020)
  • Kelab Penyokong PAS (2004-2010)
Lokasi
Ibu pejabatPejabat Agung PAS, Kuala Lumpur
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah penubuhan sunting

Ahli Bersekutu sunting

Cadangan Awal Bukan Islam sebagai Ahli Bersekutu

Isu keahlian bukan Islam dalam PAS telah dibincangkan sejak 3 Oktober 1956 lagi dan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Zulkifli Muhammad pernah mencadangkan pada 3 Disember 1961 supaya PAS menerima bukan Islam sebagai ahli bersekutu. Namun begitu, atas faktor politik Melayu ketika itu, cadangan ini ditangguhkan.

Masyarakat Bukan Islam sebagai sasaran dakwah dan politik

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-27 pada 17-19 April 1981 memutuskan supaya PAS mendekati bukan Islam sebagai strategi dakwah dan politiknya. Hasilnya, pada 1985, PAS telah menubuhkan Chinese Consultative Council (CCC) sebagai wasilah PAS dengan masyarakat Cina, tetapi selepas Pilihan Raya Umum 1986, CCC telah berakhir.

Mendepani gelombang kebangkitan rakyat

Perubahan politik yang berlaku pada 1998 telah membawa kepada permintaan orang bukan Islam untuk menyertai PAS dan Presiden PAS, Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor berjanji untuk PAS mengkaji semula kedudukan ahli bersekutu. Sebagai langkah awal, mulai 1999 telah ditubuhkan Jabatan Antara Budaya yang kemudiannya diserapkan dalam Lajnah Perpaduan Nasional. Ekoran tindakan DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) pada 2001, PAS mengambil langkah mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan orang Cina.

Kelab Penyokong PAS sunting

Penubuhan Kelab Penyokong PAS

Selepas pelancaran Dokumen Negara Islam (DNI) pada 12 November 2003, PAS telah mengadakan siri-siri penerangan tentang DNI yang turut melibatkan orang bukan Islam di Kelantan (12 Disember 2003), Terengganu (19 Disember 2003), Pahang (21 Disember 2003), Kedah (25 Disember 2003), Selangor (4 Januari 2004), Johor (25 Januari 2004) dan Perak (Februari 2004) sehingga akhirnya tertubuhnya Kelab Penyokong PAS (KPP). Antara program terawal melibatkan KPP ialah Majlis Muhibbah bersama Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Seremban pada 23 Februari 2004. Menjelang Pilihan Raya Umum 2004, Presiden PAS telah secara rasmi melancarkan KPP di Taman Melewar pada 11 Mac 2004. Ketika KPP dilancarkan ini, kebanyakkan pendukung KPP adalah orang Cina. Kemudian, KPP berjaya diperluaskan kepada bangsa lain apabila KPP India ditubuhkan pada 2005 oleh Yb Gobalakrishnan Nagapan dengan tema dari bumi ke bulan, diikuti oleh KPP Iban (2006) dan KPP Siam (2007).

Pada 11 September 2007, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melancarkan logo KPP dengan Tema "PAS for All".

Konvensyen KPP

KPP melalui Lajnah Perpaduan Nasional telah berjaya mengadakan dua konvensyen, Pertama ialah pada bulan Disember 2007 di mana Pulau Pinang menjadi tuan rumah. Konvensyen yang diadakan di Red Rock Hotel itu telah menarik minat seluruh ahli KPP khususnya dari Kelantan. Bertemakan “Kerajaan berkebajikan untuk Semua”, konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden dan menjadi sepak mula pada kehangatan PRU yang bakal diadakan pada awal tahun 2008.

Konvensyen kedua ialah pada bulan Mei tahun 2009 diadakan di Kompleks Pejabat Tanah Kelang dengan tema “Stay United , Brave the Challenges" telah dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS. Hampir 1000 perwakilan hadir dan resolusi telah disepakati oleh semua perwakilan antaranya ialah. Menstrukturkan Semula Kepimpinan KPP, Mengemaskan Data Keahlian dan Memperkukuhkan KPP untuk dipertingkatkan peranannya dalam PAS.

Resolusi Konvensyen telah diadaptasikan dengan bantuan seluruh LPN negeri sehingga usaha-usaha tersebut terus dijalankan bagi membuka ruang kepada proses penyerapan KPP menjadi entiti sebuah Dewan dalam parti.

Perangkaan KPP menjadi Dewan

Melihat kesungguhan orang bukan Islam mendukung perjuangan PAS ini, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 12 Oktober 2008 telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang diketuai oleh Ustaz Hassan Shukri untuk menggubal peraturan KPP sebagai sebuah Dewan[1]. Dalam Retreat Pimpinan PAS Pusat di Langkawi pada 7-8 November 2008, sebuah cadangan dari Jawatankuasa Teknikal bertajuk "Keahlian Bukan Islam Dalam Organisasi PAS" telah diterima sebagai panduan, sebelum Jawatankuasa Kerja PAS Pusat meluluskan Aturan dan Peraturan DHPP pada 10 Januari 2010.

Dewan Himpunan Penyokong PAS sunting

Perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melancarkan secara rasmi penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Dewan Pejabat Tanah Klang, Klang sebagai sebuah sayap baru PAS yang dianggotai oleh para penyokong yang bukan Islam pada 23 Mei 2010[2].

Konvensyen Nasional DHPP Pertama

DHPP telah mengadakan Konvensyen Nasional DHPP kali pertama bertemakan ‘Memimpin Perpaduan’ sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak. Konvensyen itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam majlis itu, Pengerusi DHPP, N. Balasubramaniam turut menyampaikan ucapan dasar sebelum memberi laluan kepada Presiden PAS untuk berucap merasmikan konvensyen tersebut. N. Balasubramaniam juga sempat mengalungkan bunga malai kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad.

Dewan Himpunan Pendukung PAS sunting

Penjenamaan Dewan

DHPP telah dijenamakan semula daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS kepada Dewan Himpunan Pendukung PAS dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 di Kelantan[3]. Ia dirasmikan oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang.

Penyertaan politik sunting

Penglibatan dalam kerajaan sunting

Terdapat beberapa wakil DHPP yang dilantik di beberapa posisi dalam kerajaan dan pentadbiran Malaysia.

Bil Nama Jawatan Tempoh
1 Balasubramaniam Nachiappan[n 1] Ahli Dewan Negara 2020-2023
2 Lau Chin Chua Pegawai khas Menteri Besar Kelantan bagi hal ehwal bukan Islam 2018-2023
3 Balachandran Gopal Krishnan Pegawai khas Menteri Besar Terengganu bagi hal ehwal bukan Islam 2018-2023
4 Kumaresan Baby Kalidawson Pegawai khas Menteri Besar Kedah bagi masyarakat India 2020-2023
5 Kuan Kok Siang Pegawai khas Menteri Besar Kedah bagi masyarakat Cina dan Siam 2020-2023
6 Yougan Mahalingam[n 2] Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Perak 2020
7 Jefri Chua @ Chua Kim Huat Pegawai hal ehwal bukan Islam Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Pengerusi MPKK Kampung Cina, Kuala Terengganu

2018-2023

2018-2023

8 Kumutha Raman[4] Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2020-2021
9 Herman Obi[5] Pegawai Khas ADUN Sabah (Dilantik) bagi hubungan antara kaum. 2020-kini
10 Thilak Raj Gunasekaran[6] Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Perak 2020-2021
11 Deepakaran Karuppiah Ahli Majlis Perbandaran Klang, Selangor 2010
12 Low Hock Khieng Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Selangor 2010
13 S. Lakshmanan Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Selangor 2010
14 S. Arun Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Selangor 2010
15 Deepakaran Karuppiah Ahli Majlis Perbandaran Klang, Selangor 2016
16 Anandan Damodaran Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor 2016
17 Rajesweri Palakrishnan Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor 2016
18 Kong Tuch Wah Ahli Majlis Perbandaran Sepang 2016
19 Rajan Manekesan Ahli Majlis Daerah Kuala Langat 2016
20 Ng Kok Chuan Ahli Majlis Perbandaran Selayang 2016

Penyertaan pilihan raya sunting

Sejak Pilihan raya umum Malaysia 2008, wakil bukan Islam dari PAS telah bertanding. Disebabkan kekangan perlembagaan parti, PAS membenarkan wakil bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat, rakan komponen Barisan Alternatif ketika itu. Sejak Pilihan raya umum Malaysia 2013 hingga kini, anggota DHPP bertanding atas tiket parti mereka sendiri iaitu PAS.

Tahun Negeri Kawasan Nama Calon
Calon Ahli Parlimen
2022 Pulau Pinang[7] Bukit Mertajam Steven Koh Tien Yew
2018 Pulau Pinang Batu Kawan Jay Kumar Balakrishna[8]
Perak Kampar Yougan Mahalingam[9]
Pahang Bentong Balasubramaniam Nachiappan[10]
2013 Johor Ayer Hitam Hu Pang Chaw[11]
Calon Ahli Dewan Undangan Negeri
2023 Pulau Pinang[12] Sungai Puyu Andrew Teoh Chin Siang
Bagan Dalam Jayaraman K Kunchu Kannu
Jawi Steven Koh Tien Yew
Negeri Sembilan[13] Bahau Kumar S Paramasivam
Mambau Sathes Kumar Nilammeham
Lukut Ragu Subramaniam
2022 Perak[14] Jelapang Kalidass Maharajah
Sungkai Thilak Raj Gunasekaran
Pasir Bedamar Suriyanarayanan Sannasy Naidu
Johor Paloh Selvendran Velu[15]
2018 Pulau Pinang Bukit Tambun Kumaravelu Arumugam[8]
Batu Uban Vikneswaran Muniandy[8]
Perak Pasir Bedamar Kumaresan Shanmugam[9]
Sungkai Appalasamy Jetakiah[9]
Pahang Tanah Rata Kumar Silambaran[10][n 3]
Tras Chin Choy Hee[16]
Selangor Rawang Kong Tuck Wah[17]
Sentosa Rajan Manikesavan[17]
Negeri Sembilan Temiang Yaw Con Seng[18]
Johor Johor Jaya Kumutha Raman[19]
Sabah Kadamaian Satail Majungkat[20]
2016 Sarawak Kakus Clement Bayang[21]
2013 Johor Tiram Kumutha Raman[11][19]
Melaka Asahan Wong Chee Chew[22]
2008 Johor Tiram Kumutha Raman[23][n 4]

Lihat Juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Senator bukan Islam pertama daripada PAS
  2. ^ Meninggal dunia dalam jawatan, pada 15 Julai 2020
  3. ^ Merupakan Presiden Parti Generasi Baru, bertanding atas tiket PAS
  4. ^ Bertanding atas lambang Parti Keadilan Rakyat

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.malaysiakini.com/news/93139
  2. ^ http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41273-sejarah-dhpp-dilancar-secara-rasmi[pautan mati kekal]
  3. ^ "Penjenamaan baharu DHPP bukti bukan Islam sayap penting PAS". The Malaysian Insight. 13 September 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (12 Ogos 2020). "Ucapan Tahniah Diatas Perlantikan Sebagai Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat". Berita PAS.
  5. ^ Aliakbar Gulasan (11 Oktober 2020). "Pelantikan Pegawai Khas (Hubungan Antara Kaum)". Harakahdaily.
  6. ^ "MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLIMAJLIS | Official Portal of Ipoh City Council (MBI)". www.mbi.perak.my. Dicapai pada 2023-08-04.
  7. ^ Mohamad, Nur Hasmira (2022-11-05). "PAS tampil tiga calon tanding di Pulau Pinang". HarakahDaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-04.
  8. ^ a b c https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/334247/pas-pp-umum-calon-dhpp-gagasan-sejahtera
  9. ^ a b c https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/332170/pas-perak-pertaruh-3-calon-india
  10. ^ a b https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/414399/bekas-setiausaha-agung-mic-antara-calon-pas-di-pahang
  11. ^ a b http://www.astroawani.com/berita-pilihanraya/dua-calon-bukan-islam-diumum-bertanding-tiket-pas-12157
  12. ^ "Senarai calon PN bagi PRN di Pulau Pinang". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-27. Dicapai pada 2023-08-04.
  13. ^ "Senarai calon PN Negeri Sembilan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-28. Dicapai pada 2023-08-04.
  14. ^ "Senarai Penuh Calon Perikatan Nasional (PN) Bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) | Suara Merdeka" (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-08. Dicapai pada 2023-08-04.
  15. ^ YUSOF, AZMI (2022-03-09). "Gerak kerja kempen DHPP Kelantan di DUN Paloh lancar". HarakahDaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-04.
  16. ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/04/24/ge14-ex-raub-dap-vice-chairman-choy-hee-to-run-under-pas-ticket-in-tras/1623717
  17. ^ a b https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/332175/3-ustaz-popular-calon-pas-selangor
  18. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-25. Dicapai pada 2019-04-25.
  19. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-25. Dicapai pada 2019-04-25.
  20. ^ https://says.com/my/news/a-non-muslim-man-will-be-representing-pas-in-sabah-for-ge14
  21. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-25. Dicapai pada 2019-04-25.
  22. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-05-24. Dicapai pada 2019-05-24.
  23. ^ https://uk.reuters.com/article/businessproco-malaysia-election-islam-dc/malaysian-hindu-woman-embraces-islamic-party-idUKKLR9598820080306