Dewan Merdeka (Terengganu)

(Dilencongkan dari Dewan Merdeka)

Dewan Merdeka terletak di Kuala Dungun, Terengganu.

Dewan Merdeka
ديوان مرديك
JenisBangunan bersejarah
LokasiKuala Dungun, Dungun, Terengganu, Malaysia
Bandar terdekatKuala Dungun
Luas(?)
Aras Ketinggian(?)
Tinggi(?)
Dibina padasekitar tahun 1957
BDibina untukLokasi Pengisytiharan Kemerdekaan Negara
Arkitek(?)
Majlis perbandaranMajlis Perbandaran Dungun
Pemilik(?)
Dirasmikan olehAlmarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Dirasmikan padaSeptember 1957
Dibina olehEastern Mining & Metal Company (EMMCO)

Sejarah sunting

Pembinaan Dewan Merdeka berlaku pada sekitar tahun 1957 oleh sebuah syarikat perlombongan bijih besi iaitu Eastern Mining & Metal Company (EMMCO). Ianya dibina untuk dijadikan sebagai tempat pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Namun, bangunan tersebut tidak dapat disiapkan mengikut tarikh asal lalu diubah lokasi pengisytiharan ke Padang Astaka di Kuala Dungun. Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah merasmikan Dewan Merdeka selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu pada bulan September 1957.

Pada sekitar tahun 1990an, pertunjukan Bigfoot Pall Mall Action Gear pernah diadakan di sekitar Dewan Merdeka tersebut.[1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting