Dewan Negara Negeri Perak

Dewan Negara Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Negara ini mempunyai peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam sistem hierarki. Dewan Negara ini tiada perkaitan dengan dewan perwakilan rakyat yang merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen bagi negara Malaysia.

Objektif sunting

Objektif utama penubuhan Dewan Negara ini bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan Bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.

Persidangan sunting

Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.

Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu menganggap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Bergelar.

Keanggotaan sunting

Dewan Negara Perak dipengerusikan oleh Sultan Perak. Ia dianggotai oleh Raja Muda, Raja Di Hilir, empat Raja Bergelar, empat Orang Besar Empat,[1] lapan Orang Besar Delapan dan dua belas orang tua-tua (seorang daripadanya dari bukan Melayu) yang dilantik oleh Sultan; berserta Menteri Besar dan Mufti Kerajaan Negeri sebagai ahli kerana jawatan.

Penjawat semasa sunting

Kemaskini pada 2 Oktober 2022

Keanggotaan semasa Dewan Negara Negeri Perak
Jawatan Penyandang
Yang di-Pertua
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Ahli kerana jawatan
Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah
Menteri Besar Perak Dato' Seri Saarani Mohamad
Mufti Kerajaan Negeri Dato' Wan Zahidi Wan Teh
Raja Bergelar Raja Kecil Besar Perak Raja Azlan Muzzaffar Shah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Raja Kecil Sulong Perak Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah
Raja Kecil Tengah Perak Raja Iskandar Raja Zaid
Raja Kecil Bongsu Perak Raja Izuddin Chulan Raja Zainal Azman Shah (mangkat)
Ahli rasmi
Orang Besar Empat Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Zainuddin (Bersara)
Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja Dato’ Seri Abd. Rahman Zainuddin
Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Dato’ Seri Wan Mohd Fathir Wan Hussain
Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato’ Wan Mohd Isa Wan Mohd Razalli
Orang Besar Lapan Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato' Haji (Dr.) Meor Redwan Mahayudin
Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato’ Seri Ir. Mohamad Othman Zainal Azim
Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan
Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja Profesor Madya Dr Ahmad Ruslan Mohd Ridzuan
Orang Kaya-Kaya Shahbandar Paduka Indera Ahmad Raziff Mohamad Zulkifli
Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya DiRaja Dato’ Seri Mohd Ghazali Abd. Rahman (meninggal dunia)
Orang Kaya-Kaya Seri Agar DiRaja Tan Sri Ramli Ngah Talib
Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr. Muhammad Afifi al-Akiti (meletakkan jawatan)
Ahli tidak rasmi
Orang Besar Enam Belas Toh Seri Maharaja Lela Dato’ Seri Zainal Adzam Abd Ghani
Toh Seri Bijaya Leftenan Kolonel Dato’ Shaharudin Nazari (Bersara)
Toh Paduka Raja Kapten Dato’ Mohd Daud Samsuddin (Bersara)
Toh Raja DiRaja Kolonel Dato’ Abd Rahim Mohamad Nor (Bersara)
Toh Seri Wangsa Tuan Haji Ahmad Suhaili Md Hashim
Tan Sri Mohd Annuar Zaini
Jeneral Tan Sri Mohd. Azumi Mohamed (Bersara)
Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (meninggal dunia)
Dato’ Ir Md Shabrizan Ahmad
Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan
Tan Sri Lee Oi Hian
Kosong

Pautan luar sunting

Lihat juga sunting