Dewan Persuratan Melayu Pahang
Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) merupakan sebuah organisasi penulisan Negeri Pahang yang berfungsi bukan sahaja sebagai pemangkin lahirnya seniman dalam dunia penulisan Negeri Pahang malah Malaysia amnya tetapi juga wadah pengembangan penulisan di Pahang. Ia ditubuhkan pada tahun 1957 oleh Sahmad Ahmad bersama Arman Sani dan Abdul Karim Abdullah.[1]