Dewan Rakyat Malaysia

dewan peringkat bawahan Parlimen Malaysia


Dewan Rakyat (Tulisan Jawi: ديوان رعيت) merupakan salah satu daripada dua dewan di dalam Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.[5] Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

Dewan Rakyat
ديوان رعيت
Dewan Rakyat
Jata
Parlimen Malaysia Ke-14
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff, Bebas
sejak 16 Julai 2018
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Dato' Mohd Rashid Hasnon, PN–PPBM
sejak 16 Julai 2018
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Tuan Nga Kor Ming, PH-DAP
sejak 16 Julai 2018
Setiausaha
Nizam Mydin, Bebas
sejak 13 Mei 2020
Perdana Menteri
Ketua Dewan
TSMY APP 2020.png
Tan Sri Muhyiddin Yassin, PNPPBM
sejak 1 Mac 2020
Anwar Ibrahim, PH-PKR
sejak 18 Mei 2020
Struktur
Ahli222 Ahli Parlimen
Quorum: 26[1]
Majoriti mudah: 112
Majoriti dua per tiga: 148
{{{Struktur1}}}
Kumpulan politik
Kerajaan (113)
  •      Perikatan Nasional (113)[2][3]

  • Keyakinan dan pembekalan (1)
  •      Ahli politik bebas (1)

  • Pembangkang (108)
  •      Pakatan Harapan (91)
  •      WARISAN (9)
  •      PSB (2)
  •      UPKO (1)
  •      Ahli politik bebas (5)
  • Jawatankuasa5
    Pilihan raya
    Sistem pengundian
    Pilihan raya terakhir
    9 Mei 2018
    Pilihan raya seterusnya
    16 September 2023 atau lebih awal
    Tempat persidangan
    Insidedewanrakyat.jpg
    Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, Malaysia
    www.parlimen.gov.my
    sunting
    Lihat pendokumenan templat ini

    Tugas

    Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: "Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat."[6] Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya.[7]

    Pembubaran

    Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan kemudian terbubar sendiri melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu.[8] Kuasa pembubaran ini terletak di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong.[9] Baginda boleh membubarkan parlimen walaupun sesi perkhidmatannya masih lagi awal ataupun jika Perdana Menteri tidak lagi memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan kerana tewas samada melalui undi tidak percaya atau meluluskan belanjawan. Namun begitu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh melantik seorang ahli parlimen lain yang menurut budi bicaranya boleh memiliki keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli dewan lain.[10][11]

    Perdana Menteri, yang lazimnya mengetuai parti politik atau kumpulan parlimen yang memiliki jumlah kerusi terbanyak bertanggungjawab mengetuai badan eksekutif yang mentadbir negara ini. Beliau turut berhak melantik ahli daripada kedua-dua dewan di parlimen untuk menganggotai Jemaah Menteri.[12] Badan eksekutif ini berperanan membawa atau mencadangkan satu-satu undang-undang untuk dibahas, dikaji dan diluluskan oleh parlimen.

    Hak istimewa

    Ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk memperkatakan sesuatu perkara tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan;[13] satu-satunya badan yang boleh mengecam seseorang ahli parlimen ialah Jawatankuasa Parlimen bagi Hak dan Kebebasan. Kekebalan parlimen ini berkuatkuasa serta-merta setelah seseorang itu mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen dan hanya boleh digunapakai ketika ahli tersebut dibenarkan bersuara. Kekebalan ini tidak boleh dipakai ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat di luar dewan. Satu pindaan telah dibuat di bawah Perkara 63 Perlembagaan berikutan Peristiwa 13 Mei dengan penambahan Perenggan 4 yang menidakkan Fasal 2 Perlembagaan yang secara amnya memberikan hak-hak kebebasan asasi. Perenggan 4 itu menerangkan bahawa sesiapapun termasuk ahli Parlimen yang berucap di Dewan Rakyat boleh didakwa jika melakukan kesalahan di bawah Fasal 4 Perkara 10 atau di bawah Akta Hasutan 1948.[14] Selain itu ahli-ahli Parlimen juga kehilangan hak-hak istimewanya jika menganjurkan penghapusan kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja di negeri-negeri.[15]

    Proses menggubal undang-undang

    Sesebuah undang-undang yang ingin dicadangkan mestilah disediakan rangkanya terlebih dahulu - kebiasaannya oleh Jemaah Menteri atau sesebuah kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Peguam Negara. Rangka tersebut yang dikenali sebaga rang undang-undang kemudiannya dikaji dan dibincang bersama-sama oleh Jemaah Menteri. Jika diputuskan untuk dicadangkan ke parlimen, rang itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada semua ahli-ahli dewan rakyat.

    Rang ini akan melalui tiga bacaan dalam persidangan Dewan Rakyat.

    1. Bacaan pertama adalah untuk memperkenalkan rang undang-undang tersebut.
    2. Bacaan kedua untuk dibincang dan dibahas oleh ahli-ahli yang berhormat.
    3. Bacaan ketiga akan dicadangkan oleh menteri atau timbalannya untuk dibuat satu undian ke atas rang undang-undang ini.

    Kebanyakan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah untuk diluluskan. Namun, dalam beberapa keadaan, majorit dua pertiga adalah diperlukan, seperti dalam hal-hal berkaitan meminda perlembagaan. Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat rang undang-undang itu kemudiannya dihantar ke Dewan Negara dan tiga bacaan yang diterangkan sebelum ini akan dilakukan sekali lagi. Dewan Negara boleh bertindak untuk tidak meluluskan satu-satu rang undang-undang. Walau bagaimanapun, langkah ini hanya melambat-lambatkan kelulusan dibuat selalunya selama sebulan dan kadang-kadang setahun. Setelah tempoh ini tamat, rang undang-undang in dianggap telah diluluskan oleh Dewan Negara.

     
    Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur yang menempatkan Dewan Rakyat.

    Jika diluluskan, rang undang-undang itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan dalam tempoh 30 hari. Jika baginda tidak bersetuju, rang undang-undang itu akan dikembalikan ke parlimen bersama-sama dengan beberapa cadangan pindaan. Parlimen kemudiannya harus mengkaji semula rang undang-undang tersebut dan pindaanya dan mengembalikannya semula kepada Yang di-Pertuan Agong jika rang undang-undang itu diluluskan semula. Yang di-Pertuan Agong mempunyai 30 hari lagi untuk memberikan perkenan diraja. Setelah tempoh itu, rang undang-undang tersebut dianggap telah diluluskan sebagai undang-undang yang boleh berkuatkuasa. Undang-undang ini hanya akan berkuatkuasa setelah dimasyhurkan di dalam Warta Kerajaan.[16]

    Kerajaan sering memelihara kerahsiaan sesebuah rang undang-undang yang akan dibahaskan. Ahli-ahli parlimen sering menerima salinan rang undang-undang beberapa hari sebelum dibahaskan dan akhbar-akhbar tempatan jarang menerima salinan tersebut. Dalam sesetengah kes, ahli-ahli dewan pernah diberikan salinan pada hari yang sama sesebuah rang undang-undang itu dibentang di parlimen. Contoh terbaik adalah sewaktu Pindaan Perlembagaan 1968 yang dilakukan tiga bacaan pada hari yang sama. Dalam kes yang agak jarang berlaku, kerajaan pernah mengeluarkan satu Kertas Putih yang mengandungi cadangan-cadangan kerajaan yang akhirnya diluluskan sebagai undang-undang. Kes ini merujuk kepada penggubalan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

    Rang Undang-undang Persendirian

    Proses sebelum ini hanya menerangkan langkah-langkah sesebuah undang-undang itu dibawa oleh pihak kerajaan. Namun begitu, wujud satu lagi proses yang dipanggil Rang Undang-undang Persendirian yang memberi peluang kepada ahli-ahli dewan mencadangkan undang-undang baru untuk dibahas di parlimen. Walaupunbegitu, sebagaimana yang sering menjadi amalan di dalam sistem parlimen ala Westminster, hanya sedikit bilangan ahli parlimen yang pernah memperkenalkan rang undang-undang. Proses ini dimulakan dengan ahli yang terbabit memohon dewan untuk berhenti daripada meneruskan persidangan bagi membahaskan rang undang-undang yang ingin dibawanya sebelum diputuskan dalam undian. Senator dari Dewan Negara juga dibenarkan untuk mencadangkan rang undang-undang di parlimen. Tetapi hanya wakil kerajaan sahaja dibenarkan mencadangkan rang undang-undang berkaitan hal-ehwal kewangan dan ini perlu dilakukan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.[17]

    Seringkali sesebuah rang undang-undang yang dicadangkan oleh wakil pembangkang, yang harus menggunakan Rang undang-undang Persendirian, sering dipandang remeh oleh parlimen. Sesetengahnya sampai pernah mendakwa bahawa hak-hak ahli parlimen untuk mencadangkan rang undang-undang telah dihalang melalui pindaan terhadap Aturan Urusan Mesyuarat yang membenarkan Yang di-Pertua dewan meminda cetakan ucapan ahli parlimen sebelum ianya dapat diucapkan.

    Keahlian

    Setiap ahli Dewan Rakyat dipilih untuk mewakili satu kawasan parlimen melalui pilihanraya pelbagai parti. Kawasan ini ditentukan melalui pensempadanan kawasan pilihanraya yang dijalankan setiap lapan tahun sekali setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.[18] Pensempadanan semula kawasan parlimen ini hanya boleh diluluskan di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan daripada sekurang-kurang dua pertiga ahli-ahli dewan.

    Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:

    • warga negara Malaysia[19]
    • tidak kurang dari 21 tahun[20]
    • waras fikiran[21]
    • bukan seorang muflis[22]
    • tidak memegang jawatan berpendapatan[23]
    • telah menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya sebelum ini, jika pernah bertanding[24]
    • tidak mempunyai rekod jenayah[25]

    Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.[26]

    Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[27] Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.[28]

    Yang di-Pertua

    Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain.[29] Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan.

    Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-14 ialah Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof (Bebas). Timbalan-timbalannya ialah Yang Berhormat Dato' Mohd Rashid Hasnon (Batu Pahat-PN) dan Yang Berhormat David Nga Kor Ming (Teluk Intan-PH).

    Komposisi terkini

     
    Gabungan Pemimpin di dalam Parlimen Status Kerusi
    Pilihan raya umum 2018 Terkini
    Barisan Nasional Ismail Sabri Yaakob Kerajaan gabungan 79 43
    Parti Pribumi Bersatu Malaysia Muhyiddin Yassin 13 (sebahagian daripada PH) 32
    Parti Islam Se-Malaysia Tuan Ibrahim Tuan Man 18 18
    Gabungan Parti Sarawak Fadillah Yusof 19 (sebahagian daripada BN) 18
    Parti Bersatu Sabah Maximus Ongkili 1 (sebahagian daripada BN) 1
    Parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan 1 1
    Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Pembangkang 113 92
    Parti Warisan Sabah Shafie Apdal 8 9
    Parti Sarawak Bersatu Masir Anak Kujat 0 2
    Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu Wilfred Madius Tangau 1 (sebahagian daripada BN) 1
    Ahli politik bebas 3 6
    Jumlah 222 222

    Keputusan pilihan raya terkini

    s • b Ringkasan Keputusan pilihan raya Dewan Rakyat 9 Mei 2018
    Parti Undi Kerusi
    Undi % Menang % +/–
      Pakatan Harapan[a] PH 5,518,638[30] 45.68 113 50.90 45
      Parti Keadilan Rakyat PKR 2,046,394 16.94 47 21.17 17
      Parti Tindakan Demokratik[b] DAP 2,098,068 18.92 42 18.92 4
      Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU 718,648 5.95 13 5.86 13
      Parti Amanah Negara [c] AMANAH 655,528 5.43 11 4.95 11
      Parti Warisan Sabah (parti bersekutu) WARISAN 280,520 2.32 8 3.61 8
      Barisan Nasional[d] BN 4,080,797 33.77 79 35.59 54
      Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO 2,525,713 20.90 54 24.32 34
    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak PBB 220,479 1.83 13 5.86 1
    Parti Rakyat Sarawak PRS 59,218 0.49 3 1.35 3
      Kongres India Malaysia MIC 167,061 1.38 2 1.35 2
    Parti Demokratik Progresif PDP 59,853 0.50 2 0.90 2
      Persatuan Cina Malaysia MCA 653,346 5.41 1 0.45 6
      Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP 122,540 1.01 1 0.45
    Parti Bersatu Sabah PBS 58,351 0.48 1 0.45 3
      Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu UPKO 57,062 0.47 1 0.45 2
    Parti Bersatu Rakyat Sabah PBRS 11,783 0.10 1 0.45
      Parti Gerakan Rakyat Malaysia GERAKAN 128,973 1.07 0 0 1
    Parti Liberal Demokratik Sabah LDP 8,996 0.07 0 0
      Parti Progresif Penduduk myPPP 7,422 0.06 0 0
    Gagasan Sejahtera GS 2,041,186 16.90 18 8.11 3
      Parti Islam Se-Malaysia PAS 2,032,080 16.82 18 8.11 3
      Parti Ikatan Bangsa Malaysia [e] IKATAN 9,025 0.08 0 0
      Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia BERJASA 81 0.00 0 0
      Parti Cinta Malaysia PCM 502 0.00 0 0
    Gabungan Bersatu Sabah GBS 67,175 0.56 1 0.45 1
      Parti Solidariti Tanah Airku STAR (Sabah) 21,361 0.18 1 0.45 1
    Parti Harapan Rakyat Sabah PHRS 37,708 0.31 0 0
      Parti Maju Sabah SAPP 6,090 0.05 0 0
    Parti Perpaduan Rakyat Sabah PPRS 2,016 0.02 0 0
    Parti Cinta Sabah PCS 8,603 0.07 0 0
      Parti Sosialis Malaysia PSM 3,782 0.03 0 0 1
      Parti Rakyat Malaysia PRM 2,372 0.02 0 0
    Parti Bersama Malaysia MUP 2,102 0.02 0 0
    Parti Reformasi Negeri STAR (Sarawak) 1,299 0.01 0 0
    Parti Kerjasama Anak Negeri ANAK NEGERI 1,173 0.01 0 0
    Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai PEACE 1,005 0.01 0 0
    Parti Barisan Pulau Pinang PFP 892 0.00 0 0
    Parti Bansa Dayak Sarawak Baru PBDSB 538 0.00 0 0
    Parti Bumi Kenyalang PBK 392 0.00 0 0
      Parti Alternatif Rakyat PAP 302 0.00 0 0
    Bebas IND 71,153 0.59 3 1.35 3
    Undi sah 12,082,431[30]
    Undi rosak / kertas undi tidak dipulangkan 217,083[30]
    Jumlah undi (turnout: 82.32%) 12,299,514 100.00 222 100.00 -
    Tidak keluar mengundi 2,641,110
    Pengundi berdaftar[f] 14,940,624
    Keluar mengundi [f] 14,636,716
    Undi awal [f] 300,255
    Undi pos [f] 3,653
    Had umur pengundi [g] (berumur 21 tahun dan ke atas) 18,359,670
    Populasi Malaysia [h] 32,258,900

    Source: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)[31]

    1. ^ Gunakan logo PKR diatas kertas undi
    2. ^ Gunakan logo DAP diatas kertas undi (kawasan Timur Malaysia sahaja)
    3. ^ Gunakan logo AMANAH diatas kertas undi (kawasan Timur Malaysia sahaja) Parlimen Batu Sapi, Sabah.
    4. ^ Gunakan logo BN diatas kertas undi
    5. ^ Gunakan logo PAS diatas kertas undi
    6. ^ a b c d Abdullah, Mohd. Hashim (10 April 2018). Urusan Pilihan Raya Umum ke-14 (in Malay). SPR Media Statement. Retrieved on 8 May 2018.
    7. ^ The estimates are correct as at February 2018. See Zulkipli, Nur Lela (12 February 2018). 3.6 juta orang muda belum daftar pengundi (in Malay). Berita Harian. Retrieved on 9 May 2018.
    8. ^ Malaysia (6 February 2018). Perangkaan Demografi Suku Tahun Keempat (ST4) 2017, Malaysia (in Malay). Department of Statistics Malaysia Media Statement. Retrieved on 9 May 2018.


    Jawatankuasa

    Senarai jawatankuasa dalam Dewan Rakyat Parlimen Malaysia ke-14[32]

    Jawatankuasa Pemilih Parlimen ke-14

    Yang Berhormat Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof
    Yang di-Pertua Dewan Rakyat - (Pengerusi)

    Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
    Ahli Parlimen Pandan / Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

    Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin
    Ahli Parlimen Pagoh / Menteri Dalam Negeri

    Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu
    Ahli Parlimen Kota Raja / Menteri Pertahanan

    Yang Berhormat Datuk Ignatius Dorell Leiking
    Ahli Parlimen Penampang / Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

    Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai
    Ahli Parlimen Cheras

    Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
    Ahli Parlimen Bagan Datuk.

    Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen ke-14

    Sedang dikemaskini

    Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen ke-14

    Yang Berhormat Dato' Mohamad Ariff Md Yusof
    Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Pengerusi)

    Yang Berhormat Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh
    Ahli Parlimen Sri Gading / Timbalan Menteri Wilayah

    Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
    Ahli Parlimen Segambut / Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

    Yang Berhormat Dr. Azman Ismail
    Ahli Parlimen Kuala Kedah

    Yang Berhormat Dato' Mansor Othman
    Ahli Parlimen Nibong Tebal

    Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Haji Ismail Mohamed Said
    Ahli Parlimen Kuala Krau

    Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
    Ahli Parlimen Kuala Terengganu

    Jawatankuasa Dewan Parlimen ke-14

    Yang Berhormat Dato' Mohamad Ariff Md Yusof
    Yang Di Pertua Dewan Rakyat (Pengerusi)

    Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa Maidin
    Ahli Parlimen Sepang / Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)

    Yang Berhormat Dato' Johari Abdul
    Ahli Parlimen Sungai Petani

    Yang Berhormat Puan Nurul Izzah Anwar
    Ahli Parlimen Permatang Pauh

    Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng
    Ahli Parlimen Lanang

    Yang Berhormat Dato' Sri Azalina Othman Said
    Ahli Parlimen Pengerang

    Yang Berhormat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
    Ahli Parlimen Kubang Kerian

    Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ke-14

    Yang Berhormat Dato' Mohamad Ariff Md Yusof
    Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Pengerusi)

    Yang Berhormat Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid
    Ahli Parlimen Kapar

    Yang Berhormat Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu
    Ahli Parlimen Batu Gajah

    Yang Berhormat Tuan Ahmad Hassan
    Ahli Parlimen Papar

    Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
    Ahli Parlimen Bera

    Yang Berhormat Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
    Ahli Parlimen Kuala Nerus

    Jawatankuasa Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen Ke-14

    Yang Berhomat Dato' Seri Anwar Ibrahim
    Ahli Parlimen Port Dickson (Pengerusi)

    Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang
    Ahli Parlimen Iskandar Puteri (Timbalan Pengerusi)

    Pilihan raya

    Ahli-ahli Dewan Rakyat berkhidmat selama maksimum lima tahun bagi satu-satu sesi parlimen. Selepas itu pilihanraya mesti diadakan bagi memilih ahli-ahli baru. Pembubaran parlimen hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.

    Pengundi-pengundi akan memilih seorang wakil rakyat daripada setiap 222 bahagian pilihan raya.[33][34] Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang keahliannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.[35] Pemenang pilihanraya selalunya ditentukan menggunakan prinsip majoriti tertinggi - calon yang mendapat undi terbanyak berbanding calon-calon lain - yang turut diamalkan di dalam sistem berparlimen ala Westminster.[36]

    Pilihanraya umum terakhir yang telah diadakan di Malaysia ialah pada 5 Mei 2013.

    Pembentukan kerajaan

    Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang memenangi kerusi terbanyak di Dewan Rakyat berhak untuk membentuk kerajaan yang baru. Kerajaan akan diketuai oleh seorang ahli parlimen yang memiliki sokongan majoriti dewan dan beliau dipanggil Perdana Menteri. Namun begitu, Perdana Menteri Malaysia tidak dilantik oleh ahli-ahli parlimen. Jawatan ini hanya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan mengikut budi bicara baginda unuk memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dirasakan mendapat sokongan terbanyak ahli-ahli di Dewan Rakyat. Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak (Pekan-BN).

    Lihat juga: Perdana Menteri Malaysia untuk senarai Perdana Menteri Malaysia.

    Mengikut tradisi berparlimen Westminster, seorang ahli Dewan Rakyat yang memiliki sokongan terbanyak golongan minoriti di parlimen akan memain peranan sebagai Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia Ke-12 ialah Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh-PKR). Beliau telah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Beliau menggantikan Ketua Pembangkang terdahulu, Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai 2008. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan wanita pertama di Malaysia yang diberi penghormatan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang.[37] Selepas Pilihan Raya ke-13 iaitu pada 5 Mei 2013, sekali lagi Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang apabila Pakatan Rakyat (Gabungan PKR-DAP-PAS) berjaya memegang 89 daripada 222 kerusi parlimen, iaitu sebanyak 40.09%.

    Pilihan raya kecil

    Mengikut Undang-undang Pilihanraya, jika seseorang Ahli Parlimen terpaksa mengosongkan kerusinya dengan apa jua sebab sekalipun sewaktu Dewan Rakyat berada di awal sesi perkhidmatannya dan tidak kurang daripada dua tahun sebelum dewan terbubar, satu pilihan raya kecil perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut. Jika kekosongan itu berlaku kurang dari dua tahun sebelum dewan terbubar pula, pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memastikan bahawa sokongan majoriti terhadap parti kerajaan telah terjejas.[38] Proses dan penganjuran satu pilihan raya kecil adalah sama seperti pilihan raya umum dijalankan. Kebanyakan pilihan raya kecil adalah kurang penting kerana kerajaan seringkali memiliki majoriti stabil di Dewan Rakyat. Namun begitu, pilihan raya kecil boleh dijadikan kayu pengukur terhadap prestasi semasa kerajaan.

    Senarai sesi Parlimen

    No.
    Tahun
    Pilihan raya
    Kerajaan*
    Pembangkang
    Jumlah
    Kerusi
    Bil. Kerusi
    % Kerusi
    % Undi
    Bil. Kerusi
    % Kerusi
    % Undi
    1   1959** 74 71.15 51.7 30 28.85 48.3 104
    2   1964** 89 85.58 58.5 15 14.42 41.5 104
    3 1969 95 66.00 49.3 49 34.00 50.7 144
    4 1974 135 87.66 60.7 19 12.34 39.3 154
    5 1978 130 84.42 57.2 24 15.58 42.8 154
    6 1982 132 85.71 60.5 22 14.29 39.5 154
    7 1986 148 83.62 55.8 29 16.38 41.5 177
    8 1990 127 70.55 53.4 53 29.45 46.6 180
    9 1995 162 84.38 65.2 30 15.62 34.8 192
    10 1999 148 76.68 56.5 45 23.32 43.5 193
    11 2004 198 90.41 63.9 21 9.59 36.1 219
    12 2008 140 63.1 50.27 82 36.9 46.75 222
    13 2013 132 59.46 48.55 90 40.54 51.45 222
    14 2018 *140
    (122)
    *63.06
    (54.95)
    50.1 *82
    (100)
    *36.94
    (45.05)
    49.9 222
    * "Kerajaan" bermaksud Parti Perikatan bagi tahun 1959 dan 1964; Parti Perikatan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi tahun 1969; dan Barisan Nasional sejak 1974.
    ** Perkiraan adalah untuk tahun 1959 serta 1964 kerana Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya parlimen pada tahun 1964.
    Sumber: Arah Aliran Malaysia: Penilaian Pilihan Raya (PDF)

    Rujukan

    1. ^ Peraturan mesyuarat 13 (1) Dewan Rakyat
    2. ^ Ar, Zurairi (17 Mei 2020). "BN, Bersatu, PAS and three others agree to form Perikatan Nasional". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 30 Mei 2020.
    3. ^ "PN announces content of its MoU". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 17 Mei 2020. Diarkib daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 30 Mei 2020.
    4. ^ Aling, Yusmizal Dolah (14 Mei 2020). "PBRS kekal komponen BN". Harian Metro. Diarkib daripada yang asal pada 20 Mei 2020. Dicapai pada 30 Mei 2020.
    5. ^ Perkara 66, Perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan.
    6. ^ Perkara 44, ibid.
    7. ^ Perkara 55, Perenggan 1, ibid.
    8. ^ Perkara 55, Perenggan 3, ibid.
    9. ^ Perkara 55, Perenggan 2, ibid.
    10. ^ Perkara 40, ibid.
    11. ^ Perkara 43, Perenggan 2 (a), ibid.
    12. ^ Perkara 43, Perenggan 2 (b), ibid.
    13. ^ Perkara 63 Perenggan 1-3, ibid.
    14. ^ Perkara 63, Perenggan 4, ibid.
    15. ^ Perkara 63, Perenggan 5, ibid.
    16. ^ Perkara 66, Perenggan 5, ibid,
    17. ^ Perkara 67, Perenggan 1, ibid.
    18. ^ Perkara 113, Perenggan 2, ibid.
    19. ^ Perkara 47, ibid.
    20. ^ Perkara 47 (b), ibid.
    21. ^ Perkara 48, Perenggan 1(a), ibid.
    22. ^ Perkara 48, Perenggan 1(b), ibid.
    23. ^ Perkara 48, Perenggan 1(c), ibid.
    24. ^ Perkara 48, Perenggan 1(d), ibid.
    25. ^ Perkara 48, Perenggan 1(e), ibid.
    26. ^ Perkara 49, ibid.
    27. ^ Perkara 59, Perenggan 1, ibid.
    28. ^ Jadual Ke-6, Perkara 2, ibid.
    29. ^ Perkara 57, Perenggan 1, ibid.
    30. ^ a b c Koh, Aun Qi (15 Mei 2018). "Discrepancies in media reports of GE14 popular vote". Malaysiakini. Dicapai pada 15 Mei 2018.
    31. ^ "Dashboard PRU 14". Pilihan Raya Umum Malaysia 14. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 11 Mei 2018.
    32. ^ Senarai jawatankuasa Dewan Rakyat
    33. ^ Perkara 116, ibid.
    34. ^ Perkara 46, ibid.
    35. ^ Perkara 114, ibid.
    36. ^ Perkara 13, Perenggan 1, Akta Pilihan Raya 1958.
    37. ^ "PKR president poised to make history as first woman Opposition Leader", The Star, 20 Mac 2008. Dicapai pada 21-03-2008.
    38. ^ Perkara 54, Perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    Lihat juga

    Pautan luar