Dewan Sultan Ibrahim UTHM

Dewan Sultan Ismail (DSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merupakan dewan utama yang terdapat di kampus UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Pembinaan sunting

Projek pembinaan dewan ini telah bermula pada 20 September 2010 dan siap pada 30 Ogos 2012. Dewan ini mula beroperasi pada 2 September 2012.

Seni bina sunting

Konsep bangunan berbentuk objek aerodinamik dengan mengambil kira ciri-ciri bangunan Perpustakaan yang terletak bersebelahan dengannya sekaligus memberikan kesan yang baik terhadap rintangan laluan angin. Konsep ini turut dipadankan kepada rupa jata Universiti jika ianya dilihat daripada kedudukan ‘birds eye view’ berdasarkan pelan lantai bangunan .

Selain daripada itu, fasad bangunan ini turut dihiasi dengan rupabentuk senibina Islam dengan wujudnya struktur-struktur berupa gerbang ‘ arches’ yang mencerminkan kesederhanaan dan sekaligus memberikan kesan harmoni bangunan ini terhadap masjid universiti yang terletak bertentangan dengannya.

Bentuk ukiran daun sireh dan bunga lada hitam turut menghiasi ruang dalaman bangunan ini dimana ianya boleh didapati pada ruang lantai dewan serta menjadi hiasan dinding. Corak ini di ambil daripada konsep ukiran eksklusif yang kebanyakkannya digunakan sebagai motif ukiran / corak di negeri Johor.

Pemasyhuran sunting

Istiadat pemasyhuran dewan konvokesyen ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim selaku Canselor UTHM pada 5 Oktober 2013, sempena Majlis Konvokesyen Ke-13 UTHM. Sejak dari tarikh tersebut dewan ini telah dikenali sebagai Dewan Sultan Ibrahim (DSI).

Kemudahan sunting

Kapasiti dewan utama mampu menampung seramai 3,000 pada satu-satu masa.

A. Aras Bawah i. Dewan utama ii. Dewan banquet iii. Ruang menunggu pelajar iv. Bilik tetamu v. Lobi utama vi. Pentas utama vii. Ruang belakang pentas viii. Tandas ix. Pantri x. Bilik audio visual xi. Tempat letak kenderaan xii. Ruang solat

B. Aras Satu i. Bilik diraja ii. Royal box iii. Tandas iv. Pantri v. Ruang solat

Majlis Konvokesyen sunting

Sebelum terbinanya DSI, Majlis Konvokesyen UTHM telah diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) yang hanya mampu menampung kapasiti 1,000 orang pada satu-satu masa. Majlis Konvokesyen pertama yang berlangsung di DSI adalah Majlis Konvokesyen Ke-12 yang telah diadakan pada 3 dan 4 November 2012. DSI juga menjadi tempat untuk acara serta aktiviti lain seperti majlis-majlis rasmi, peperiksaan akhir semester, seminar, pameran dan persembahan.

Rujukan sunting

http://www.uthm.edu.my