Dewan Undangan Negeri di Malaysia
Dewan Undangan Negeri di Malaysia ialah badan perundangan tertinggi peringkat negeri di Malaysia. Ia terdiri daripada ketua negeri (Yang di-Pertuan Besar, Sultan, Raja dan Yang di-Pertua Negeri), seorang pengerusi dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (atau kebiasannya disingkatkan kepada ADUN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini terdiri daripada orang yang dilantik mengikut undang-undang negeri masing-masing.
Ketua Negeri akan mengadakan persidangan dari semasa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut. Ketua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran di negeri Melayu, (90) hari dari tarikh pembubaran di Sarawak dan Sabah.
Senarai dewan
sunting- Dewan Negeri Johor[1]
- Dewan Negeri Pahang[1]
- Dewan Negeri Perak[1]
- Dewan Negeri Selangor[1]
- Dewan Undangan Negeri Kedah
- Dewan Undangan Negeri Kelantan
- Dewan Undangan Negeri Melaka
- Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan
- Dewan Undangan Negeri Perlis
- Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
- Dewan Undangan Negeri Terengganu
- Dewan Undangan Negeri Sarawak
- Dewan Undangan Negeri Sabah
Keanggotaan
suntingPengerusi
suntingPengerusi bagi sesebuah dewan undangan ialah Yang di-Pertua Dewan (atau juga disebut Speaker ataupun Pengerusi DUN). Ia dibantu oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan. Pelantikan Yang di-Pertua Dewan dibuat dengan pencalonan daripada ahli dewan[2]. Calon Yang di-Pertua Dewan boleh dalam kalangan ahli Dewan, bekas ahli Dewan atau calon bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik di Malaysia.
Berikut ialah senarai penjawat Yang di-Pertua Dewan semasa mengikut tarikh perlantikan paling terkini:
Negeri | Penyandang | Parti | Mula khidmat |
---|---|---|---|
Negeri Sembilan | MK Ibrahim Abd Rahman | PH (AMANAH) | 26 September 2023 |
Kedah | Zubir Ahmad | PN (PAS) | 25 September 2023 |
Terengganu | Mohd Nor Hamzah | PN (PAS) | 24 September 2023 |
Selangor | Lau Weng San | PH (DAP) | 19 September 2023 |
Kelantan | Nik Mohd Amar Abdullah | PN (PAS) | 5 September 2023 |
Pahang | Mohd Sharkar Shamsudin | BN (UMNO) | 29 Disember 2022 |
Perlis | Rus'sele Eizan | BN (UMNO) | 19 Disember 2022 |
Johor | Mohd Puad Zarkashi | BN (UMNO) | 21 April 2022 |
Melaka | Ibrahim Durum | BN (UMNO) | 27 Disember 2021 |
Sabah | Kadzim M. Yahya | BN (UMNO) | 8 Oktober 2020 |
Perak | Mohammad Zahir Abdul Khalid | BN (UMNO) | 12 Mei 2020 |
Pulau Pinang | Law Choo Kiang | PH (Keadilan) | 28 Jun 2013 |
Sarawak | Mohamad Asfia Awang Nassar | GPS (PBB) | 15 November 2000 |
Ahli
suntingSebelum memegang sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan[3]. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan.
Seorang ahli DUN boleh memegang jawatan sebagai ahli Parlimen Malaysia (sama ada Dewan Negara atau Dewan Rakyat) serentak.
Ahli Dipilih
suntingADUN (atau ADN di sesetengah negeri) secara lazimnya dipilih melalui pilihan raya untuk satu sesi perkhidmatan. Ia dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Sebilangan ADUN di pihak parti pemerintah akan dilantik menganggotai badan eksekutif negeri iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Kabinet Negeri (bagi Sabah[4] dan Sarawak).
Berikut ialah senarai ADUN dipilih semasa:
Ahli Dilantik
suntingTerdapat beberapa negeri yang dibenarkan oleh undang-undang negeri masing-masing untuk melantik sebilangan individu menjadi ADUN tanpa melalui pilihan raya, iaitu Sabah yang memperuntukkan enam orang ADUN dilantik[5], Terengganu yang memperuntukkan empat orang;[6] iaitu dua wanita dan dua bukan Muslim,[7] dan Pahang yang memperuntukkan lima orang[8].
Berikut ialah senarai ADUN dilantik semasa:
Negeri | Penyandang | Parti | Catatan |
---|---|---|---|
Pahang | Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari | Bebas (agamawan) | |
Wong Tat Chee | BN (MCA) | ||
Haris Salleh Hamzah | BN (UMNO) | ||
Mohd Fadzli Mohd Ramly | PH (Amanah) | ||
Rizal Jamin | PH (Keadilan) | ||
Sabah | Aliakbar Gulasan | PN (PAS) | |
Raime Unggi | BN (UMNO) | ||
Suhaimi Nasir | BN (UMNO) | ||
Jaffari Waliam | GRS (Gagasan Rakyat) | ||
Amisah Yassin | GRS (Gagasan Rakyat) | ||
Yong Teck Lee | GRS (SAPP) | ||
Terengganu | Tidak terpakai[Nota 1][7] | Tidak terpakai[Nota 1][7] | Kuota Wanita |
Tidak terpakai[Nota 1][7] | Tidak terpakai[Nota 1][7] | Kuota Wanita | |
Kosong | Kosong | Kuota Bukan Muslim | |
Kosong | Kosong | Kuota Bukan Muslim |
Nota
suntingRujukan
sunting- ^ a b c d Badan perundangan negeri di Johor, Pahang, Perak dan Selangor menggunakan istilah Dewan Negeri sebagai nama rasmi, tidak seperti negeri-negeri lain yang menggunakan istilah Dewan Undangan Negeri.
- ^ NOR FARHANA YAACOB (11 Mei 2020). "Pelantikan speaker baharu ikut peraturan". Sinar Harian. Dicapai pada 30 Disember 2021.
- ^ "Adun DAP tiba lambat, terlepas sesi angkat sumpah DUN Melaka". Malaysiakini. Disember 27, 2021. Dicapai pada 30 Disember 2021.
- ^ Yun Mikail (September 29, 2020). "Hajiji Ketua Menteri Sabah ke-16". Harian Metro. Dicapai pada 30 Disember 2021.
- ^ "Setiausaha PAS Sabah dilantik jadi Adun". Malaysiakini. 2020-10-08. Dicapai pada 2024-09-27.
- ^ YATIM, NORHASPIDA (2023-10-09). "Terengganu masih pertimbang lantik ADUN lantikan". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-09-27.
- ^ a b c d e YATIM, NORHASPIDA (2024-01-27). "Belum ada keperluan wujudkan ADUN lantikan di Terengganu - Exco". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-09-27.
- ^ NORSHAHZURA MAT ZUKI (21 November 2020). "Pelantikan ADUN tanpa pilihan raya bukan perkara baharu". Sinar Harian. Dicapai pada 30 Disember 2021.