Dewan Undangan Negeri Sarawak
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Dewan Undangan Negeri Sarawak (Tulisan Jawi: ديوان اوندڠن نڬري سراوق) terdiri daripada 82 kawasan DUN. Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. DUN ini bersidang di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Dewan Undangan Negeri Sarawak | |
---|---|
ديوان اوندڠن نڬري سراوق | |
Jenis | |
Jenis | Satu dewan |
Dewan | Dewan undangan negeri |
Kepimpinan | |
يڠ دڤرتوا نڬري Yang di-Pertua Negeri | |
يڠ دڤرتوا Yang di-Pertua | داتوق امر محمد اسفيا اوڠ نسسر YBhg YBhg Mohamad Asfia Awang Nassar, GPS - PBB sejak 19 Sya'aban 1421H / 15 November 2000M |
تيمبالن يڠ دڤرتوا Timbalan Yang di-Pertua | داتوء ڬراوت ڬالا YB YB Dato' Gerawat Gala, GPS - PBB sejak 12 Sya'aban 1437H / 19 Mei 2016M |
ڤريميير سراوق Premier Sarawak | داتوق ڤتيڠڬي دوكتور ابڠ حاج عبدالرحمن ذوهري تون ابڠ حاج اوڤڠ YAB YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, GPS - PBB sejak 14 Rabi'ulakhir 1438H / 13 Januari 2017M |
كتوا ڤمبڠكڠ Ketua Pembangkang | |
ستياءوسها Setiausaha | سماوي محمد YBhg YBhg Semawi Mohamad |
Struktur | |
Ahli | 82 |
Kumpulan politik | |
80 / 82
| |
2 / 82 | |
Pilihan raya | |
Pilihan raya terakhir | 18 Disember 2021 |
Tempat persidangan | |
Laman sesawang | |
dun | |
sunting |
Sejarah
Dewan Undangan Negeri Sarawak dianggap sebagai badan pengubal undang-undang tertua di Malaysia kerana ia diwujudkan selepas mesyuarat julung kali yang pertama di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu, Sarawak pada 8 September 1867. Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke.
Dewan Undangan Negeri Sarawak pada mulanya dikenali sebagai Majlis Umum (General Council) dengan jumlah ahli yang dipilih seramai 21 orang. Ahli-ahli dipilih dari kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran.
Pada 1903, Majlis Umum Sarawak dinamakan sebagai Majlis Negeri Sarawak.
Pada 1941, anak lelaki Brooke, Vyner, mewujudkan perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai "Constitution Order in Council" sempena sambutan ulang tahun ke-100 pemerintahan Brooke di Sarawak. Berikutan itu, keanggotaan Majlis Negeri ditambah kepada 24. Bagaimanapun, Ketua Setiausaha telah dilantik untuk mempengerusikan Majlis Negri dan bukannya Vyner Brookes (dalam peranannya sebagai Raja).
Pada 1963, keanggotaan Majlis Negeri ditingkatkan kepada 42. Sejak itu, keanggotaannya telah meningkat secara berperingkat kepada 48 pada 1968, 56 pada 1989, 62 pada 1996 dan 71 pada 2006.
Pada 1976, Majlis Negeri Sarawak diberi nama baru iaitu Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Kronologi
Dewan telah menempuh tiga zaman yang penting. Zaman Rajah Putih Keluarga Brooke, diikuti dengan zaman koloni atau zaman penjajahan British dan ketiga, zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia.
Tiga orang anggota keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1946. Dari 1 Julai 1946 sehingga merdeka, Sarawak di bawah pemerintahan koloni Inggeris.
Dari 1946 hingga saat-saat sebelum merdeka, Dewan terus bergerak menempuh arus-arus perubahan yang banyak seiring dengan kedudukan negeri ditadbir oleh pejabat tanah jajahan yang berpusat di London melalui wakil-wakilnya di Sarawak.
Zaman kegemilangannya ialah pada 16 September 1963 apabila Sarawak mencapai kemerdekaan apabila rakyatnya memilih untuk bersama membentuk Malaysia. Dewan Undangan Negeri turut berubah wajah dengan ahli-ahlinya dipilih melalui pilihan raya. ADUN kini dipilih oleh rakyat melalui amalan demokrasi pilihan raya secara langsung.
Sebagai mengenang jasa Ai-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama yang menghasilkan cadangan pembentukan Malaysia dengan Sarawak memperolehi kemerdekaan melaluinya, Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26 Mei 1971 telah meluluskan usul menyampaikan ucapan terima kasih kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Usul terima kasih bagi Dewan kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 26 Mei 1971 adalah seperti berikut:
Bahawasanya Dewan ini meluluskan untuk merakamkan penghargaan yang berkekalan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada negara terutama kepada Sarawak yang telah mendapatkan kemerdekaan kami menerusi Malaysia. Semoga Allah akan melimpahkan YTM Tunku dengan sihat afiat dan kebahagiaan serta kejayaan dalam usaha-usaha selanjutnya bagi mencapai persefahaman, persaudaraan dan keamanan yang lebih besar di antara umat manusia
SPR mengadakan pilihan raya negeri Sarawak secara berasingan dari negeri-negeri lain.
Keanggotaan
Terdapat 82 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dipilih oleh rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak. Setiap penggal DUN Sarawak adalah selama lima tahun. Pilihan raya terakhir yang diadakan ialah Pilihan raya negeri Sarawak ke-18 yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020 namun ditangguhkan dengan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia sehinggalah pengisytiharan tersebut ditamatkan pada bulan Disember 2021 dan pilihan raya negeri dijalankan.
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan di DUN Sarawak ialah 42 kerusi dan majoriti 2/3 ialah 55 kerusi. Gabungan Parti Sarawak GPS memenangi 76 kerusi iaitu melebihi 2/3 kerusi manakala Parti Sarawak Bersatu PSB menang 4 kerusi dan Pakatan Harapan PH melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) menang 2 kerusi.
Kerajaan | Keyakinan & Perbekalan | |||||
GPS | PSB | PH | BEBAS | |||
76 | 3 | 2 | 1 | |||
48 | 13 | 11 | 4 | 2 | 1 | |
PBB | SUPP | PRS | PDP | PSB | DAP | BEBAS |
Susunan tempat duduk DUN (2022)
Setiausaha Kewangan Negeri |
ڤنصيحة ڤرونداڠن نڬري Penasihat Perundangan Negeri |
ستياءوسها نڬري Setiausaha Negeri |
ڤڬوام نڬري Peguam Negeri |
||||||||
بنترا Bentara |
|||||||||||
N68 Tanjong Batu | N12 Kota Sentosa | N58 Balingian | N65 Belaga | N35 Saribas | كوسوڠ Kosong |
||||||
N64 Baleh | N3 Tanjong Datu | N48 Meluan | N19 Mambong | N22 Kedup | N45 Repok | ||||||
N62 Katibas | N1 Opar | N59 Tamin | N32 Simanggang | N5 Demak Laut | N29 Beting Maro | ||||||
N57 Tellian | N21 Tebedu | N25 Simunjan | N78 Mulu | N72 Lambir | N77 Telang Usan | ||||||
كوسوڠ Kosong |
N51 Bukit Assek | N28 Lingga | N6 Tupong | N16 Muara Tuang (Timbalan Speaker) |
N24 Sadong Jaya | N80 Batu Danau | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
N49 Ngemah | N74 Pujut | N23 Bukit Semuja | N20 Tarat | N73 Piasau | N31 Bukit Begunan | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
N39 Krian | N17 Stakan | N18 Serembu | N27 Sebuyau | N42 Semop | N67 Jepak | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
N38 Kalaka | N40 Kabong | N61 Pelagus | N60 Kakus | N30 Balai Ringin | N47 Pakan | كوسوڠ Kosong | ||||
N13 Batu Kitang | N75 Senadin | ||||||||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N50 Machan | N46 Meradong | N15 Asajaya | N76 Marudi | N52 Dudong | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N66 Murum | كوسوڠ Kosong |
N69 Kemena | N55 Nangka | N8 Satok | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N43 Daro | كوسوڠ Kosong |
N56 Dalat | N79 Bukit Kota | N54 Pelawan | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N81 Ba'kelalan | N14 Batu Kawah | N34 Batang Ai | N63 Bukit Goram | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N9 Padungan | N82 Bukit Sari | N7 Samariang | N70 Samalaju | ||||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N33 Engkilili | N37 Bukit Saban | N4 Pantai Damai | N36 Layar | ||||||
كوسوڠ Kosong |
N10 Pending | N53 Bawang Assan (Ketua Pembangkang) |
چوقمر Cokmar |
N26 Gedong (Premier) |
N41 Kuala Rajang | N44 Jemoreng | |||||
كوسوڠ Kosong |
N11 Batu Lintang | ستياءوسها Setiausaha |
N71 Bekenu | N2 Tasik Biru | |||||||
يڠ د-ڤرتوا ديوان اوندڠن نڬري Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri |
|||||||||||
يڠ د-ڤرتوا نڬري Yang di-Pertua Negeri |
Rujukan
Lihat juga
Pautan luar