Buka menu utama
Pertempuran Hastings seperti yang digambarkan pada Dewangga Bayeux

Dewangga Bayeaux atau Sulaman Bayeaux[1][2][3] (Bayeaux Tapestry atau Bayeaux Embroidery, disebut [ba-yeu]; Bahasa Perancis: Tapisserie de Bayeux, IPA: [tapisʁi də bajø], atau La telle du conquest; Bahasa Latin: Tapete Baiocense) adalah sejenis kain ditekat berukuran hampir 70 meter (230 kaki) panjang dan 50 sentimeter (20 inci) tinggi yang menggambarkan kejadian yang membawa kepada penaklukan England oleh orang Norman mengenai William, Adipati Normandy, dan Harold, Earl dari Wessex, kemudian Raja England yang memuncak dalam Pertempuran Hastings. Ia dikatakan telah bertarikh dari abad ke-11, beberapa tahun setelah pertempuran itu berlangsung. Ia menceritakan kisah penaklukan tersebut dari sudut pandang pihak Norman dalam gaya Inggeris-Saxon, menggambarkan askar pihak yang dikalahkan dengan penuh hormatnya.

Dewangga ini terdiri dari beberapa lima puluh adegan dengan tulisan gambaran dalam bahasa Latin (tituli) yang ditekat atau disulam pada kain linen dengan benang wul yang berwarna-warni. Terdapat kemungkinan bahawa dewangga ini dibuat atas permintaan Uskup Odo iaitu saudara seibu William, dan ia dibuat di England—bukan di Bayeaux—pada tahun 1070-an. Sulaman ini ditemui semula pada 1729 oleh para sejarawan ketika ia sedang dipaparkan setiap tahun di Katedral Bayeaux. Dewangga ini kini dipamerkan di Musée de la Tapisserie de Bayeux ("Muzium Dewangga Bayeux") di Bayeux, Normandy, Perancis (49°16′28″N 0°42′01″W / 49.2744°N 0.7003°W / 49.2744; -0.7003).

Reka bentuk pada dewangga ini tidaklah ditenun tetapi disulam, oleh itu ia secara teknikalnya tidak dikenali sebagai sebuah dewangga.[4] Namun, ia terus dipanggil sebegini sehingga beberapa tahun kebelakangan ini apabila nama "Sulaman Bayeux" lebih digemari oleh pakar seni yang mengkajinya. Ia dilihat sebagai karya seni Inggeris-Saxon yang terakhir dan terbaik yang dikenali; meskipun ia dibuat selepas England ditakluk orang Norman, ia dibuat di England dan mengikut tradisi Inggeris-Saxon - ciri-ciri ini dipersetujui para sejarawan seni Perancis.[5] Dewangga-dewangga sebegini menghiasi gereja-gereja dan rumah-rumah agam di England, namun ukurannya yang dikira 0.5 kali 68.38 meter (1.6 kali 224.3 kaki, dan tampaknya tidak lengkap) agak besar untuk tujuan ini. Hanya watak dan hiasan disulam pada kain latar belakang yang kosong, menunjukkan subjek dengan sangat jelasnya dan perlu untuk mengisi kawasan yang besar.

NotaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Caviness, Madeline H. (2001). Reframing Medieval Art: Difference, Margins, Boundaries. Medford, MA: Tufts University – melalui http://dca.lib.tufts.edu/caviness/. Yet in modern times, this piece of eleventh-century women's work has been wrongly called a "tapestry," a term that is readily associated with the large male-dominated workshops of northern Europe in the late middle ages that produced images woven into the fabric. The correct term "Bayeux Embroidery" evokes the manual work of women, probably the very reason that previous attempts to call this famous work a Broderie have not prevailed. 
  2. ^ Koslin, Desirée (1990). "Turning Time in the Bayeux Embroidery". Textile & Text. 13: 28–29. 
  3. ^ Bertrand, Simone (1966). La tapisserie de Bayeux. La Pierre-qui-Vire: Zodiaque. m/s. 23. et combien pauvre alors ce nom de broderie nous apparaît-il! 
  4. ^ Saul, Nigel. "Bayeux Tapestry". A Companion to Medieval England. Stroud, UK: Tempus. pp. 32–33. ISBN 0-7524-2969-8
  5. ^ Golden Age, 195; Dodwell (1982), 138–39. However a number of fringe theories persist – see the article. See also Henderson, pp. 168–77 for an extended appreciation.

Pautan luarSunting