Dewi Lasak merupakan siri drama aksi Malaysia 2013 arahan Pierre Andre terbitan Metrowealth Pictures. Ia dibintangi oleh Intan Ladyana, Atikah Suhaime dan Bella Dally,[1] siri ini bersiaran di Slot Aksi TV3 dari 26 Jun sehingga 2 Oktober 2013 menggantikan Karlos.[2][3] Ini merupakan siri TV kedua arahan Pierre selepas Ana lu'lu dan dikatakan telah dipengaruhi oleh Charlie’s Angels.[4][5]

Dewi Lasak
GenreDrama, aksi
Ditulis olehPierre Andre
PengarahPierre Andre
Dibintangi oleh
Intan Ladyana
Atikah Suhaime
Bella Dally
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitDavid Teo
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
Metrowealth Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal26 Jun 2013 – 2 Oktober 2013
Kronologi
MengikutiKarlos
Diikuti olehAku

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang tiga adik-beradik iaitu Seri, Qistina dan Andalia yang dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Jiman. Meskipun tiga beradik ini dibesarkan bersama-sama sejak kecil namun personaliti mereka amat berbeza dengan penampilan mereka.

Seri merupakan kakak sulung dan bekerja sebagai wartawan jenayah. Seri mempunyai raut wajah yang jelita tetapi dia seorang yang tegas dan amat sensitif dengan isu wanita. Selepas hubungan cintanya dengan seorang lelaki berantakan tidak lama dulu, Seri terus menjarakkan dirinya daripada lelaki dan menyibukkan diri dengan tugasnya.

Dewi adik kedua yang mempunyai sifat tomboy, sememangnya tidak suka berdandan. Walaupun sikapnya agak lasak, namun Dewi seorang yang setia dan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Izani. Dewi ingin berkahwin dengan Izani tetapi dia tidak mahu melangkah bendul. Jadi Dewi bersungguh-sungguh mencari calon suami yang sesuai untuk kakaknya.

Qistina pula adik bongsu yang manja dan masih lagi menuntut pengajian di sebuah kolej. Qistina pernah menjadi mangsa ragut dan sejak itu dia telah mendaftar diri di sebuah kelas karate untuk menggilap keupayaan bertarungnya. Malah Qistina juga meminati pemilik kelas karate itu, Faiz.

Dewi mengikuti Qistina ke kelas karate dan bertemu dengan Faiz. Dewi merasakan Faiz adalah calon yang sesuai buat kakaknya, Seri. Dewi terus mengambil peluang itu untuk merapatkan hubungan Seri dan Faiz. Berkat sokongan Dewi, Seri akhirnya bersetuju untuk keluar bersama Faiz. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu dalam diri Qistina yang sememangnya meminati Faiz dalam diam.

Kemudian Qistina beralih arah kepada Joshua. Bibit cinta mula terkuntum. Tanpa Qistina sedari, Joshua sebenarnya sedang cuba memerangkap Qistina ke kancah jenayah. Qistina yang mula menjauhkan diri dari keluarganya akhirnya terperangkap dengan pujukan Joshua untuk menjadi pelayan di sebuah kelab. Rakan Qistina, Akil mendapat tahu hal itu dan terus memberitahu Dewi tentang niat buruk Joshua itu. Kedua-dua kakak ini terus mengetepikan masalah peribadi dan menyelamatkan adik mereka daripada terus terjerumus ke dalam kancah jenayah.

Sedang Seri mengintip Joshua, dia ternampak lelaki itu dengan satu kumpulan penjenayah, geng Tony yang terlibat dalam salah satu kes yang sedang disiasatnya. Seri cuba mempergunakan Joshua untuk mendedahkan kegiatan jenayah geng Tony. Namun, Seri menerima padah apabila geng Tony terus menangkap dan cuba membunuh Seri. Apakah yang akan berlaku selepas itu? Mampukah Seri dan Dewi mengembalikan Qistina ke dalam hidup mereka seperti dahulu? Sementara itu, apakah kesudahan hubungan Dewi dan Faiz? Siapakah yang harus berkorban untuk melihat orang tersayang bahagia?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Intan Ladyana, Bella Dally dan Atikah Suhaime dalam Dewi Lasak Sensasi Selebriti (21 Jun 2013). Diperoleh pada 18 Ogos 2013.
  2. ^ "Pertembungan Tiga Heroin Dalam 'Dewi Lasak'". mSTAR Online. 13 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-16. Dicapai pada 2014-09-18.
  3. ^ "Dewi lasak kini di Slot aksi". Sinar Harian. 15 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-16. Dicapai pada 2014-09-18.
  4. ^ Marina Sahabudin (27 Jun 2013). Charlie’s Angels Malaysia Karangkraf. Dicapai pada 18 Ogos 2013.
  5. ^ Izrinda Badrolhisham (26 Jun 2013). Dewi Lasak seperti Charlie’s Angels Diarkibkan 2018-08-18 di Wayback Machine Kosmo!. Diperoleh pada 18 Ogos 2013.

Pautan luar sunting