Nephthys

(Dilencongkan dari Dewi Nephthys)

Nephthys atau Nebet-Het dalam Bahasa Mesir purba (Yunani: Νέφθυς; Jawi: نيفثيس) adalah seorang dewi dalam agama Mesir purba. Selain ahli Ennead Heliopolis dalam mitologi Mesir, dia juga anak Nut dan Geb. Nephthys biasanya di sisi saudara perempuannya, Isis, dalam upacara pengebumian[1] kerana mereka penaung mumia dan pelindung dewa Osiris. Dia juga isteri saudaranya, Set, dan ibu Anubis.

Nephthys
Alt
Nephthys biasanya digambarkan sebagai wanita muda, mengenakan penutup kepala berbentuk rumah dan bakul
Dewi perkabungan
Nama dalam hieroglif
O9t
H8
Pusat kultus utamatiada khusus, Diospolis Parva
Ibu bapaGeb dan Nut
Adik-beradikIsis, Osiris, Horus dan Set
PasanganSet

Dia dikaitkan dengan perkabungan, malam/kegelapan, khidmat (khususnya di kuil), bersalin, orang mati, perlindungan, sihir, kesihatan, pengawetan mayat dan bir.

Etimologi sunting

Nephthys ialah gelarannya dalam Yunani (diterjemahkan sebagai Nebet-hut, Nebet-het, Nebt-het, daripada hieroglif Mesir nbt-ḥwt). Asal-usul dewi Nephthys tidak jelas tetapi terjemahan harfiah namanya biasanya Ratu Rumah atau Ratu Kuil.

Gelaran ini, yang mungkin julukan yang menerangkan fungsi dia daripada nama, mungkin menunjukkan kaitan Nephthys dengan suatu kuil tertentu atau beberapa aspek tertentu dalam upacara kuil Mesir.[perlu rujukan] Bersama saudara perempuan dia Isis, Nephthys mewakili tonggak pedaka atau pintu masuk kuil yang turut menampilkan tiang bendera. Pintu masuknya lambang bagi ufuk atau akhet.

Peranan sunting

 
Nephthys – Musée du Louvre, Paris, Perancis

Pada zaman Teks Piramid Dinasti Kelima, Nephthys menjadi dewi dalam Ennead Heliopolis. Dia adalah saudara perempuan Isis dan pasangan dewa perang, Set. Sebagai saudara Isis dan Osiris, Nephthys ialah dewi pelindung yang melambangkan pengalaman kematian, sama seperti Isis mewakili pengalaman kelahiran. Dalam beberapa kuil Mesir purba, Nephthys dikenali sebagai "Dewi Pembantu" atau "Dewi Luar Biasa".[2] Teks-teks kuil Mesir lewat ini menggambarkannya sebagai dewi yang mewakili pertolongan dan perlindungan tuhan.

Nephthys dianggap sebagai ibu kepada dewa pengebumian Anubis (Inpu) dalam beberapa mitos.[3][4] Anubis pula juga digambarkan sebagai anak Bastet[5] atau Isis.[6] Di Nubia, Nephthys dikatakan adalah isteri Anubis.[7]

Walaupun dia biasanya ibu saudara Horus, dia sering digambarkan sebagai ibunya. Dia juga dianggap sebagai isteri Horus.[8] Sebagai "ibu susuan" Horus, dewa firaun, Nephthys juga dianggap sebagai pengasuh firaun yang memerintah.[9] Meskipun dewi-dewi lain dapat mengambil peranan ini, Nephthys yang paling sering digambarkan melakukan peranan ini. Akan tetapi, Nephthys terkadang digambarkan sebagai dewi yang agak ganas dan berbahaya, mampu membakar musuh-musuh firaun dengan nafasnya yang berapi.[10][11]

Para firaun Ramesses Kerajaan Baru, khususnya, sangat mengagumi Ibu Nephthys seperti yang terbukti dalam berbagai stele dan banyak prasasti di Karnak dan Luxor, di mana Nephthys anggota Ennead kota besar itu dan mazbah dia ada di dalam kompleks besarnya.[12]

 
Hiasan kuil di Dendera, menggambarkan dewi Isis dan Nephthys yang mengawasi jenazah saudara mereka Osiris

Nephthys biasanya di sisi saudara perempuannya Isis dalam upacara pengebumian[1] kerana peranan mereka sebagai pelindung mumia dan Osiris dan sebagai isteri dan saudari Set. Walaupun kurang difahami berbanding Isis, Nephthys tidak kalah pentingnya dalam agama Mesir seperti yang disahkan oleh karya E. Hornung[13] bersama dengan karya beberapa sarjana terkemuka.

Naik dan turun; turun dengan Nephthys, tenggelam ke dalam kegelapan dengan Tongkang Malam. Naik dan turun; naik dengan Isis, bangkit dengan Tongkang Siang.
Teks Piramid, ujaran 222, baris 210[14]

Simbolisme sunting

 
Isis (kiri) dan Nephthys (kanan) sebagai burung lang di usungan mumia, abad ke-13 SM

Dalam peranan pengebumian, Nephthys sering digambarkan sebagai burung lang atau wanita dengan sayap falkon, biasanya ditebar sebagai simbol perlindungan. Nephthys dikaitkan dengan lang atau hering Mesir (dan bunyinya yang menusuk dan memilukan) kerana ia mengingatkan orang purba dahulu tentang ratapan yang biasanya dilaungkan untuk si mati oleh wanita-wanita. Kerana ini, kita dapatfaham kenapa Nephthys dikaitkan dengan kematian dan pembusukan mayat dalam Teks Piramid. Dia hampir tidak pernah digambarkan tanpa mahkotanya yang mengandungi hieroglif namanya, yang menggabungkan perkarangan kuil (ḥwt) dan tanda nb atau puan (ratu) di atas tanda perkarangan.[15]

Nephthys memainkan peranan penting dalam peralihan ke firaun akhirat, kemudian untuk semua si mati. Dalam kepercayaan Mesir, firaun mendapat kekuatan untuk perjalanan ke akhirat melalui pengaruh Isis dan Nephthys. Kuasa dewi-dewi ini juga dianggap penting bagi si mati, yang dinasihatkan untuk meminta Nephthys menemankan mereka. Menurut Teks Piramid, Nephthys, bersama Isis, memiliki kuasa yang dapat membuat syaitan takut dan mantera ajaibnya adalah perlu untuk menelusuri pelbagai peringkat Duat, rantau akhirat.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Abeer El-Shahawy books.google.co.uk The Funerary Art of Ancient Egypt (106 halaman). American University in Cairo Press, 2005 ISBN 977-17-2353-7 [Diakses 12 Disember 2011]
  2. ^ Wilson, P. (1997). A Ptolemaic Lexikon: A lexicographical study of the texts in the Temple of Edfu. OLA. 78.
  3. ^ Wainwright, G.A. (February 1941). "Seshat and the Pharaoh". The Journal of Egyptian Archaeology. 26: 30–40. doi:10.1177/030751334002600105. S2CID 192254249.
  4. ^ Schomp, Virginia (2007). The Ancient Egyptians. Marshall Cavendish. m/s. 27.
  5. ^ Györy, Hedvig (2003). "On a topos in Egyptian medical history". Dalam Eyma, A.K. (penyunting). A Delta-man in Yebu. Universal Publishers. m/s. 219.
  6. ^ Redford, Donald B. (November 1967). "The literary motif of the exposed child (cf. Ex. ii 1-10)". Numen. Jil. 14 no. 3. m/s. 209–228. Diskusi tentang Isis sebagai ibu Anubis terdapat di halaman 222-223.
  7. ^ Lévai, Jessica (2007). Aspects of the Goddess Nephthys, Especially During the Graeco-Roman Period in Egypt (dalam bahasa Inggeris). UMI.
  8. ^ Lévai, Jessica (2007). Aspects of the Goddess Nephthys, Especially During the Graeco-Roman Period in Egypt (dalam bahasa Inggeris). UMI.
  9. ^ Kitchen, K.A., penyunting (1993). Ramesside Inscriptions. Blackwell.
  10. ^ Sauneron, Elephantine, Beitrage Bf. 6, 46 n.d.Templat:Full citation
  11. ^ Traunecker, Karnak VII, 184 n. 2; Cauville, 'Essai,' 152 n.7Templat:Full citation
  12. ^ Porter, B.; Moss, R. (penyunting). Theban Temples. Topographical Bibliography of Ancient Egyptian Hieroglyphic Texts, Reliefs, and Paintings. II (ed. Second). Oxford, UK.
  13. ^ Lloyd, A.B., penyunting (1992). "Versuch über Nephthys". Studies in Pharaonic Religion and Society in Honour of J.G. Griffiths. London, UK. m/s. 186–188.
  14. ^ Faullkner, R.O., penyunting (1969). Ancient Egyptian Pyramid Texts. Oxford, UK: Oxford University Press.
  15. ^ James P. Allen, Peter Der Manuelian, 'The Pyramid Texts' SBL, 2005

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Nephthys di Wikimedia Commons