Dhanin Chearavanont

jutawan Thailand

Dhanin Chearavanont (Bahasa Thai: ธนินท์ เจียรวนนท์), dikenali dalam bahasa Cina sebagai Chia Kok Min (Cina tradisional: 謝國民pinyin: Xiè GuómínPe̍h-ōe-jī: Chhía2 Kok1-Mín5) (lahir 1939) ialah seorang ahli perniagaan dan jutawan Thailand, yang berpusat di Bangkok. Beliau merupakan ketua kanan CP Group, syarikat swasta terbesar di Thailand. Dhanin adalah ketua keluarga Chearavanont, yang digolongkan oleh Forbes Asia pada 2017 sebagai keluarga terkaya keempat di Asia dengan nilai bersih AS$36.6 bilion.[3][4] Sehingga Ogos 2020, kekayaan bersihnya dianggarkan bernilai $14.3 bilion.[5]

Dhanin Chearavanont
ธนินท์ เจียรวนนท์
Kelahiran (1939-04-19) 19 April 1939 (umur 84)
Bangkok, Thailand
WarganegaraThailand
PekerjaanKPE & Pengerusi Charoen Pokphand
Nilai bersih AS$17.2 bilion (Januari 2021)[1][2]
PasanganThewi Chearavanont
Anak-anak5, termasuk Suphachai Chearavanont

Beliau juga merupakan seorang dermawan, menderma sebanyak AS$21.8 juta dalam memerangi pandemik COVID-19 di Thailand.[6]

Kehidupan awal sunting

Dhanin dilahirkan pada 1939,[7] anak keempat dan termuda dari Chia Ek Chor.[8] Beliau merupakan penganut agama Buddha.[9]

Dhanin bersekolah rendah di Sekolah Sarasit Pittayalai di Daerah Ban Pong, Ratchaburi, sehingga menamatkan pengajian pada 1949 dan lulus dari sekolah menengah pada 1951 dari Sekolah Tinggi Shantou No.1, China dan pendidikan tinggi pada 1956 dari Universiti Pendidikan Hong Kong termasuk latihan dari Kolej Pertahanan Kebangsaan Thailand.

Rujukan sunting

  1. ^ "Dhanin Chearavanont". Forbes.
  2. ^ "Dhanin Chearavanont". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-19. Dicapai pada 2021-09-25.
  3. ^ "Asia's wealthiest dynasties Chearavanont Family". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 November 2017.
  4. ^ "Dhanin Chearavanont, CEO & Chairman of CP Group" (dalam bahasa Inggeris). Thomas White International. November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2019. Dicapai pada 17 Disember 2018.
  5. ^ "Dhanin Chearavanont". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Oktober 2020.
  6. ^ "Billionaire highlights social contributions". Bangkok Post Public Company (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mei 2020.
  7. ^ "Profile: Erez Vigodman". 16th Nikkei Global Management Forum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Ogos 2015.
  8. ^ Ismail, Netty (14 Julai 2014). "Thai Brothers Emerge as Billionaires With CP Group Stakes". Bloomberg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Februari 2017.
  9. ^ Lee, Minerva (4 Jun 2017). "10 Buddhist Billionaires in Asia" (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar sunting