Dhranee Nathan Gopinathan

Dhranee Nathan Gopinathan (dilahirkan pada tahun 1968 di Melaka) merupakan seorang penulis. Beliau mendapat pendidikan awal di SR Convent dan SM Convent, Johor Bahru sebelum menyambung pelajarannya di SK Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau pernah menjadi juru rawat di Johor Bahru sebelum memulakan pengajian di Jabatan Penulisan, Universiti Malaya.

Beliau pernah memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Cerpen Maybank-DBP III dengan cerpen sulungnya, "Hibiscus Rossa" dan dimuatkan dalam antologi Menara 3 (DBP: 1990).

Pautan luar sunting