Di Ambang Kasih
Filem Di Ambang Kasih merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1984. Filem Di Ambang Kasih diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Di Ambang Kasih | |
---|---|
Pengarah | M. Amin |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1984 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Di Ambang Kasih mula ditayangkan pada 1984 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Yusof Haslam, Rubiah Suparman dan ramai lagi.
Pengarah
suntingFilem Di Ambang Kasih diarah oleh pengarah M. Amin pada 1984.
Sinopsis
suntingSebuah filem yang menarik iaitu sebuah filem Cinta Tiga Segi di antara seorang kakak (Haryati), seorang adik (Hidayu) dan juga seorang suami (Dato' Rosdi), kepada isteri yang pertama (kakak) dan juga isteri yang kedua (adik). Hilang ingatan selama 15 tahun akibat terjadinya satu kemalangan di jalan raya. Dato' Rosdi (suami) tidak dapat melupakan sepanjang ingatannya kepada Haryati (isteri pertama) yang hilang tanpa dikesan selepas kemalangan (Sebenarnya selepas kemalangan, Haryati telah ditemui oleh sepasang suami isteri yang sudah berusia di kawasan kemalangan).
Ayah mertua kepada Dato' Rosdi telah nampak akan perubahan sikap menantunya itu lalu mengambil keputusan bersetuju untuk menjodohkan anak keduanya (Hidayu) dengan Dato' Rosdi. Pengorbanan seorang adik yang sanggup menjaga anak saudaranya (Murad) telah juga membuka hati Dato' Rosdi untuk terima Hidayu sebagai pengganti isteri pertama yang telah dipercayai meninggal dunia selepas kemalangan.
Selepas 15 tahun berlalu, Dato' Rosdi telah mengecapi kebahagiaan selepas mendirikan rumah tangga dengan Hidayu (isterinya kini). Namun, sebelum keadaan berubah buat seketika, Dato' Rosdi tiba-tiba mengimbau kembali kenangan manis bersama isteri pertamanya Haryati. Tidak lama selepas itu, Dato' Rosdi telah mendapat panggilan telefon dari hospital dan membawakan berita gembira kepadanya. Dato' Rosdi terus bergegas ke hospital untuk menemui isteri yang amat dicintainya iaitu Haryati. Keadaan Haryati yang sudah jauh berubah selepas lama tinggal berjauhan dengan suami dan anaknya sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Dato' Rosdi. Dia masih lagi menerima rawatan hospital sehinggalah Haryati dibenarkan pulang atas nasihat doktor. Akan tetapi, doktor telah memberikan nasihat untuk menjaga hati dan perasaan Haryati apabila dia kembali semula ke rumah.
Selepas menerima rawatan daripada doktor, ingatan Haryati telah kembali pulih seperti biasa. Akan tetapi pada keadaan yang tertentu (seperti dia dalam perjalanan berkereta untuk pulang ke rumah, bayangan kemalangan terimbau seketika akibat trauma dengan pengalaman buruk sehingga dia hilang ingatan begitu lama). Haryati keluar dengan tergesa-gesa dari hospital tanpa nasihat doktor. Tetapi perkara ini tidak mengejutkan kerana doktor yang merawat sakitnya di hospital telah terlebih dahulu tiba di rumah Dato' Rosdi sebelum ketibaan Haryati.
Atas nasihat doktor, Hidayu merahsiakan perkahwinan dia sepanjang 15 tahun yang lepas bersama dengan Dato' Rosdi. Di sinilah konflik rumahtangga antara mereka dan cinta tiga segi di antara Dato' Rosdi, Haryati dan Hidayu. Semuanya dirahsiakan akan tetapi Haryati tetap mengesyaki sesuatu perkara yang telah berlaku sepanjang ketiadaan lamanya di rumah. Perkara yang menjadi kemusykilan utama timbul apabila Haryati telah melihat gambar anak kedua Dato Rosdi iaitu Jojoe (anaknya dengan Hidayu yang masih bersekolah lagi).
Pada awalnya, Jojoe telah disembunyikan di rumah Jasmin, tunang kepada Murad (anak Haryati) iaitu sejurus selepas Haryati tiba di rumah. Akan tetapi, sebagai seorang anak yang kecil dan rindukan belaian kasih sayang seorang ibunya, Jojoe itu telah nekad untuk lari dari rumah Jasmin dengan berjalan kaki untuk pulang semula ke rumah ayahnya Dato' Rosdi. Hasratnya Jojoe telah tercapai, namun rahsia terbesar yang berlaku di dalam rumahtangga telah diketahui sendiri oleh Haryati. Tambah menyakitkan keadaan, Jojoe telah menyatakan bahawa Haryati (ibu tiri Jojoe) telah disebut dari mulut ayahnya sendiri sebagai seorang perempuan yang gila dan Jojoe mengaku bahawa Hidayu adalah ibu kandungnya yang sebenar.
Pada penghujung cerita, Dato' Rosdi yang tertinggal beg pejabatnya di rumah telah selamat kembali di rumah. Akan tetapi keadaan berubah menjadi babak yang menyayat hati apabila Haryati telah mengetahui perkara yang sebenar-benarnya. Ayah mertua Dato' Rosdi telah menyedari dan mengakui kesilapan dalam membuat keputusan dengan membenarkan Hidayu untuk berkahwin. Dia berfikiran seperti itu hanya untuk melihat kebahagiaan menantunya, cucunya dan juga kebahagiaan kepada anak keduanya Hidayu.
Haryati memberontak. Marah. Menjerit. Memekik dalam keadaan tertekan. Hidayu sendiri tidak dapat menenangkan keadaan kakaknya yang seakan-akan hilang ingatan dan kesedaran untuk berfikiran normal. Haryati telah diberikan ubat penenang oleh doktor. Namun selepas bangun daripada tidur, keadaannya masih tidak berubah. Sebagai satu usaha jalan yang terakhir, Jasmin telah memohon keizinan daripada Dato' Rosdi dan juga Hidayu untuk menenangkan keadaan Haryati.
Usaha Jasmin telah pun berhasil akan tetapi nasi telah pun jadi bubur. Tidak mungkin berlaku perkahwinan poligami di antara adik beradik seperti yang dinyatakan oleh ayah mertua Dato' Rosdi. Salah seorang daripada mereka harus dicerai dan ditalakkan untuk berpisah. Rahsia telah disimpan dengan sulit dan rapi oleh Jasmin atas permintaan Haryati sendiri. Ini adalah kerana selepas diselidiki, Jasmin telah mengetahui bahawa Haryati tidaklah gila dan masih lagi siuman. Haryati mengakui di hadapan Jasmin bahawa, kasih sayangnya yang begitu tinggi terhadap adik kandungnya, Hidayu telah mengubahkan wataknya kembali semula seperti orang kurang siuman. Haryati berbuat demikian demi untuk melihatkan kebahagiaan rumah tangga antara adiknya dengan suami yang pernah dikahwininya dahulu.
Akhirnya, ambulans pun sampai ke rumah Dato' Rosdi dan keadaan Haryati telah kembali seperti dahulu (seperti hilang ingatan, akan tetapi dia berpura-pura di hadapan mereka yang dikasihinya). Babak terakhir dalam filem ini ialah apabila Hidayu mengejar ambulans yang sedang membawa Haryati kembali ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
Pelakon
sunting- Yusof Haslam sebagai Dato' Rosdi
- Rubiah Suparman sebagai Haryati
- Rosnah Mohd Noor sebagai Hidayu
- Raffi Hussain sebagai Murad/Boy
- Idris Hashim sebagai Dato' Rusdi / Ayah Mentua Haryati & Hidayu
- Dino M. Borhan sebagai Jojoe
- M. Rajoli sebagai Doktor
- Minah Yem
- Rozie Othman sebagai Jasmin
Lagu
sunting- Di Ambang Kasih nyanyian Noreen Noor