Di Persimpangan Dilema

"Di Persimpangan Dilema" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Nora, dikeluarkan pada 1994 sebagai single kedua untuk album sulungnya, Sandiwara.[1][2] Lagu ini dicipta oleh Adnan Abu Hassan manakala liriknya ditulis oleh Elyna dan diterbitkan oleh Johan Nawawi. Lagu ini menjadi kejayaan komersial di Malaysia apabila berjaya menaiki carta muzik tempatan dan telah dirakamkan semula sebanyak beberapa kali.[3] Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini.

"Di Persimpangan Dilema"
Single oleh Nora
daripada album Sandiwara
Dikeluarkan padaJun 1994
Format
GenreBalada
Panjang5:19
SyarikatWarner Music Malaysia
PenulisAdnan Abu Hassan, Elyna
PenerbitJohan Nawawi
Kronologi single Nora
"Interlud"
(1993)
"Di Persimpangan Dilema"
(1994)
"Sandiwara"
(1994)
colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
  1. B0C4DE;" | Senarai runut Sandiwara
"Kau Angin Yang Membantu"
(Trek 2)
"Di Persimpangan Dilema"
(Trek 3)
"Citra"
(Trek 4)
Video muzik
"Di Persimpangan Dilema" di YouTube

KomposisiSunting

"Di Persimpangan Dilema" ialah sebuah lagu berentak balada melankolik yang berkisarkan tentang hubungan sesama manusia yang di ambang kemusnahan.[4][5] Lagu ini berdurasi selama 5 minit dan 19 saat, digubah oleh Adnan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Elyna. Suami Nora, Johan Nawawi berkhidmat sebagai penerbit.

Muzik videoSunting

Muzik video untuk "Di Persimpangan Dilema" dikeluarkan pada 1994. Sehingga 2021, muzik video lagu ini telah meraih lebih 1 juta tontonan di YouTube.

SambutanSunting

"Di Persimpangan Dilema" dikeluarkan sebagai single kedua Nora untuk album sulungnya, Sandiwara. Lagu ini melancarkan kerjaya muzik beliau dan disifatkan sebagai lagu tandatangannya. Nora meluahkan rasa terharu terhadap sambutan peminat terhadap lagunya ini dalam satu temubual bersama Harian Metro pada Februari 2021: "Mungkin ramai yang tidak tahu sejarah lagu ini sudah berusia 28 tahun [...] Sehingga hari ini, melodi lagu ini seolah-olah tidak pernah pudar. Sehingga kini, lagu ini adalah lagu wajib di setiap persembahan saya".[2][4]

Lagu ini juga pernah mendapat anugerah khas Lagu Sepanjang Zaman dan telah dirakamkan semula sebanyak beberapa kali. Pada tahun 2003, "Di Persimpangan Dilema" dirakamkan semula oleh Nora dengan menampilkan duet bersama penyanyi dan bekas juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong yang mana versi baru lagu ini diberi tajuk "Dilema '03".[2]

"Di Persimpangan Dilema" juga menjadi kejayaan komersial di Indonesia apabila ia telah dirakamkan semula oleh Kris Dayanti dan Terry Shahab. Muzik video 2017 oleh Terry telah mencatatkan 55 juta tontonan di YouTube.[6]

Persembahan secara langsungSunting

Lagu ini juga telah dipersembahkan secara langsung oleh Nora di konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ketiga pada 16 Oktober 2016.

Senarai runutSunting

No. Tajuk Masa
1. "Di Persimpangan Dilema"   5:19

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia Jun 1994 Single CD Warner Music Malaysia

CartaSunting

Carta (1994) Kedudukan
carta
Carta Muzik Muzik 1

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
1995 Anugerah Video Malaysia 1995 Video Muzik Terbaik "Di Persimpangan Dilema" Menang [7]
Anugerah Juara Lagu 1995 Terbuka (Balada) Tercalon [8]

RujukanSunting

  1. ^ "Nora mahu tampil identiti sendiri". Berita Harian. 27 Jun 1994. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  2. ^ a b c Georgie Joseph (10 Februari 2021). "Nora terharu Di Persimpangan Dilema masih diminati". Harian Metro. Dicapai pada 26 Disember 2021.
  3. ^ Hartati Hassan Basri (10 Oktober 1994). "Nora Ariffin di persimpangan dilema". Harian Metro. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  4. ^ a b Kenneth Chaw (18 Februari 2021). "Nora's 'Di Persimpangan Dilema' a hit again 28 years later in Indonesia". The Star Online. Dicapai pada 26 Disember 2021.
  5. ^ Zulkifli Ali (18 September 1994). "Di Persimpangan Dilema, lagu cinta menyentuh perasaan". Berita Minggu. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  6. ^ Syahirah Mokhtazar (16 November 2017). "(Showbiz) Nora moved by Indonesian who covered her song". New Straits Times. Dicapai pada 26 Disember 2017.
  7. ^ Zainuri Misfar (26 Mac 1995). "Di Persimpangan Dilema terbaik". Berita Minggu. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  8. ^ "Kemampuan penyanyi jadi penentu juara". Harian Metro. 16 Disember 1995. Dicapai pada 26 Disember 2020.