Album himpunan lagu-lagu popular nyanyian penyanyi tersohor Misha Omar ini diberi judul Dia..Misha yang antara lain memuatkan kesemua 8 buah lagu single penyanyi ini yang pernah menginjak tangga pertama carta-carta muzik Malaysia sejak tahun debut pada 2002. Juga memuatkan beberapa buah lagu popular Misha yang lain.

Dia...Misha
Album himpunan oleh
Dilancarkan pada14 Mac 2011
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSony Music Entertainment Malaysia
PenerbitRamli MS
Kronologi Misha Omar
Misha Omar
(2008)
Dia...Misha
(2011)
Set Pilihan Misha (2012)
Single daripada 'Dia...Misha'
  1. "Berlalu"
    Dikeluarkan: 1 Februari 2011
  2. "Detik Antara Waktu"
    Dikeluarkan: 8 April 2011
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini ditambah lagi dengan 2 buah lagu baru berjudul Berlalu & Detik Antara Waktu serta sebuah lagu nyanyian asal kugiran Alleycats ciptaan sifu Misha sendiri, M.Nasir yang berjudul Kerana. Majlis pelancaran album kompilasi ini telah diadakan di Celebrities Hall of Music, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 28 Mac 2011.

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa


Single sunting

Tahun Tajuk Tarikh Terbit Posisi tertinggi
MUZIK fm ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2011

Berlalu

  • Wain Gideon / Ad Samad
1 Februari 2011 - - - -

Detik Antara Waktu

  • Kuncidemak
8 April 2011 - - - -

Penerimaan sunting

Lagu Berlalu yang dijadikan single pertama gagal memikat hati pendengar kerana bunyinya lebih kedepan berbanding muzik semasa manakala lagu Detik Antara Waktu juga gagal menyaingi populariti lagu penyanyi Alyah - Kisah Hati. Bagaimanapun, Misha menyimpan rasa terkilan kerana promosi album barunya itu tidaklah sekuat mana. Bagi Misha, peminat yang memang menantikan karya barunya tidak pernah berfikir dua kali bagi membelinya. Malah, paling menggembirakannya, reaksi mereka juga positif.

Misha terkilan ekoran lagu daripada album itu masih gagal menembusi beberapa stesen radio. Mereka tidak mahu memutarkan dan memberi alasan yang difikirkan begitu longgar. Tapi itulah hakikat dan sebagai seorang penyanyi, apa lagi yang mampu kita lakukan. Misha membuat kenyataan bahawa beliau tidak kesal walaupun meletak sepenuh komitmen dan fokus kepada pembikinan album itu kerana semua itu adalah tanggungjawab. Ujarnya, mungkin ia tidak dimainkan sekarang namun, jika punya peluang dan rezeki lagu itu diputarkan 10 tahun lagi, pendengar akan mengenal pasti identiti Misha dalam merakamkan album dimana kualitinya begitu kemas dan Misha sendiri kagum dengan semua pihak yang terbabit dalam proses pembikinan album kompilasi ini.

Album Video sunting

Untuk album video sila rujuk, MTV Dia...Misha

Rujukan sunting

Pautan luar sunting