Nur Fadila Nadia Abu Bakar (lahir 23 September 1984) atau lebih dikenali sebagai Dia Fadila ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Bakatnya mula dikesan selepas menyertai pertandingan Bintang Gala RTM 1999. Biarpun tewas kepada penyanyi, Nur Fatima, namun bakatnya berjaya memikat hati penggubah, Jari. Malah, Jari juga yang memperkenalkannya kepada Warner Music. Pada tahun 2018, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelima, dinobatkan sebagai naib juara.

Dia Fadila
Nama lahirNur Fardilla Nadia binti Abu Bakar
Kelahiran (1984-09-23) 23 September 1984 (umur 39)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
GenrePop, Balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1999–2011, 2018–kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Hattan, Andy Flop Poppy

Kehidupan peribadi sunting

Beliau telah berkahwin dengan Redza Tan Sri Dr. Hj Abdullah Sanusi di Masjid Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober 2010[1] dan dikurniakan 2 orang anak perempuan. Beliau merupakan pelajar muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan berkelulusan Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik dari Universiti Malaya.[2]

Kerjaya sunting

Bakat Dia Fadila dalam industri muzik mula diasah setelah pernah menduduki tempat kedua dalam pertandingan Bintang Gala 2 RTM pada 1999, dan mewakili Malaysia ke pertandingan Asia Bagus di Bali, Indonesia, setahun sebelumnya, iaitu pada 1998. Beliau mendapat tempat ketiga tetapi sekembalinya daripada pertandingan tersebut, Dia dilamar menjadi artis Warner Music Malaysia. Pun begitu, pada awal kemunculan Dia, imejnya yang berambut kerinting, memang sukar diterima peminat sehinggalah beliah mengubah gaya rambutnya menjadi lurus, penampilannya kali ini tampak lebih segar dan sesuai dengan usia remajanya.

Album sulungnya, Dia yang berkonsepkan pop bebas, dikeluarkan pada Januari 2004 di bawah Warner Music Malaysia. "Andai" dan "Aku Masih Setia" dikeluarkan sebagai single utama sekaligus mengangkat nama Dia berada di kedudukan selesa untuk memberi saingan kepada artis baru seangkatannya sehingga beliau menjulang trofi Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2005 (APM'05) di Singapura, baru-baru ini dan dalam masa sama tercalon ke peringkat akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 (ABPBH2004) di Arena of Stars, Genting Highlands.

Gegar Vaganza 2018 sunting

Dia merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelima pada 2018. Beliau telah dinobatkan sebagai naib juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 5)
Konsert Tema Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Oh Dia Ke? "Aku Masih Setia" Dirinya sendiri Ke-4 SELAMAT
Minggu 2 Dalam Diam Aku Mencintaimu "Cerita Cinta" Noryn Aziz Ke-10 SELAMAT
Minggu 3 Lain Macam "Dondang Dendang" Whitney Houston Ke-2 SELAMAT
Minggu 4 Bergegar Bergabung "Tangisan Marhaenis" (duet bersama Rahmad Mega) Dirinya sendiri bersama Hattan Ke-9 SELAMAT
Minggu 5 Lama Tak Dengar "Menghitung Hari" Salamiah Hassan Ke-9 SELAMAT
Minggu 6 Terbaik, Bos! "Bencinta" Faizal Tahir Ke-6 SELAMAT
Minggu 7 Road To Final Pusingan 1: "I Don't Wanna Miss A Thing"
Pusingan 2: "Pematah Hati"
Aerosmith
Nabila Razali
Ke-4 SELAMAT
Minggu 8 Final Round Duet Platinum: "Makin Aku Cinta" (duet bersama Ajai)
Battle (Hip Hop): "Where Is The Love" (bersama Noryn Aziz)
Anang Hermansyah & Krisdayanti
The Black Eyed Peas
Ke-5
Pertama
NAIB JUARA

Diskografi sunting

Album studio sunting

Album kompilasi sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

  • Juara Bintang MPPJ 1998
  • Pertandingan Akhir Asia Bagus! 1998
  • Tempat kedua Bintang Gala RTM
  • Naib Juara Gegar Vaganza 2018

Rujukan sunting

Pautan luar sunting