Dia Menantu Rahsia (novel)

Dia Menantu Rahsia ialah sebuah novel 2015 nukilan penulis novel Malaysia, Indah Hairani terbitan Buku Prima. Ia diadaptasikan sebagai sebuah siri drama televisyen oleh TV3 pada 2019.

Dia Menantu Rahsia
Umum
PengarangIndah Hairani
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik komedi
Penerbitan
PenerbitBuku Prima
Tarikh penerbitan
2015
Jenis media
Cetakan
e-Buku
Halaman624
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789674461942

Sinopsis sunting

Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?

Adaptasi drama sunting

Pada 2019, sebuah drama bersiri berdasarkan novel ini telah diterbitkan lakonan Raysha Rizrose, Ashraf Muslim, Syazuwan Hassan dan Mona Allen.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama PDia Menantu Rahsia (TV3)". MyInfotaip. 25 Disember 2018.

Pautan luar sunting