Dia Random Guy ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Tania Hudson, Afiq Muiz, Scha Elinnea dan Nazim Othman. Sebuah adaptasi novel bertajuk sama (Dia Random Guy) karya Farah Husain, siri ini memulakan tayangan perdana di TV Okey pada 14 Februari 2020.

Dia Random Guy
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Dia Random Guy karya Farah Husain
PengarahMP Roslin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV Okey
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 Februari 2020 – 4 Mac 2021

Sinopsis sunting

Pertemuan pertama Amzar dan Alina hanyalah kerana salah faham. Alina yang tak mahu digelar 'loser' sebab masih belum berteman di kala umur sudah menjejak 30-an, pantas menarik lengan Amzar yang kebetulan berada di situ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiran Zufa, musuh tradisinya sejak zaman persekolahan.

Hidup Amzar menjadi huru-hara selepas tercetusnya kisah tunangan segera itu. Bagaikan sudah tersurat, selepas peristiwa itu mereka dipertemukan pula di tempat kerja Alina dan Amzar diperkenalkan sebagai bakal majikan barunya. Amzar menggunakan peluangnya untuk membalas rasa sakit hatinya pada Alina sehingga Alina dibuang kerja dengan alasan untuk mengurangkan beban kewangan syarikat.

Pertemuan Alina dengan Zafril, abang kepada Amzar membawa kisah Amzar dan Alina ke fasa yang lain. Daripada perasaan benci kepada sebaliknya. Bunga-bunga dalam hati mula berkembang tapi tiba-tiba datang pula gangguan daripada Hairi, bekas teman lelaki Alina yang pernah mencoret luka dalam hidup Alina. Gangguan demi gangguan dari Hairi dan juga bekas isteri Hairi membuatkan Amzar mengambil kesempatan untuk mengikat Alina dengan syarat.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting