Bahasa Melayu Sarawak

dialek negeri bahasa Melayu
(Dilencongkan dari Dialek Sarawak)

Bahasa Melayu Sarawak (tulisan Jawi : بهاس ملايو سراوق ) atau Dialek/Loghat Sarawak (klaka serawak) ataupun (kelakar sarawak) ialah bahasa pertuturan yang digunakan oleh orang-orang Melayu di Sarawak dalam kehidupan seharian mereka. Malah, Bahasa Melayu Sarawak juga bertindak sebagai "Lingua franca" atau bahasa perantaraan antara satu kaum dengan kaum yang lain di Sarawak. Bahasa Melayu Sarawak mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan dengan bahasa Melayu Piawai. Perbezaan ini terjadi hasil daripada perkahwinan campur dan pengaruh bahasa kaum-kaum tempatan yang lain khususnya bahasa Iban dan bahasa Bidayuh) dan juga bahasa-bahasa negara jiran (bahasa Melayu Brunei dan bahasa Indonesia). Sebagai contoh, Dialek Melayu Sarawak di bahagian Miri, Limbang, dan Lawas banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu Brunei dan Sabah manakala dialek Melayu Sarawak khususnya di bahagian barat negeri seperti Kuching, Samarahan, Sri Aman & Betong pula bahasa Melayu ini tersebar di Kalimantan Barat, seperti Bahasa Melayu Sambas & Bahasa Melayu Pontianak.

Bahasa Melayu Sarawak
بهاس ملايو سراوق
"Klaka Serawak"
Peta Negeri Sarawak.png
Asli kepada Sarawak
Kawasan Malaysia
EtnikMelayu Sarawak, Iban, Melayu Brunei, Bidayuh, Kedayan, Orang Ulu, Cina, Melanau, India, dsb.
Penutur asli
500.000 - 600.000 penutur asli
jumlah 2.4 juta
Austronesian
Tulisan Rumi, Tulisan Jawi
Kod bahasa
ISO 639-3
zlm-sar
GlottologTiada

Bahasa Melayu Sarawak boleh dibahagikan kepada dua jenis dialek utama bertumpu di kawasan barat Borneo iaitu Dialek Kuching (meliputi orang-orang Melayu di bahagian Kuching) & Dialek Rantau Persisir atau Bahasa Laut (meliputi orang-orang Melayu di bahagian Samarahan & Betong) yang mempunyai perbezaan dari segi sebutan perkataan. Sebagai contoh, bagi sesetengah perkataan, pengunaan vokal 'a' dihujung perkataan tersebut bagi dialek Kuching dan pengunaan vokal 'o' bagi dialek Rantau Persisir. Secara umumnya, dialek Kuching menjadi dialek Utama yang digunapakai di kebanyakan bahagian di Sarawak.

Contoh frasaSunting

Bahasa Melayu Sarawak Bahasa Melayu
Siapa/Pa nama kitak? Siapa nama awak?
Kitak mok gi sini? Awak hendak ke mana?
Sine/sini rumah kitak? Di manakah rumah awak?
Nak ne rumah kitak? Yang mana satu rumah kamu?
Mbiak/miak ya main bol di padang. Budak itu bermain bolasepak di padang.
Kamek dari Kuching. Saya dari Kuching.
tetak nya nangga Awang tegugok dalam parit. Dia ketawa apabila melihat Awang terjatuh ke dalam parit.
Pusak kamek tok!/kamek empun pusak tok! Kucing ini milik saya!
Kamek sik kerja hari tok. Saya tidak bekerja hari ini.
Ninek kamek polah bubur Nenek saya membuat bubur
Kacak na ompuan ya! Cantiknya wanita itu!

Perbendaharaan KataSunting

Perbendaharaan kata dialek Sarawak terdiri daripada perkataan yang digunakan dengan meluas di seluruh Sarawak dan perkataan yang hanya digunakan di kawasan-kawasan yang tertentu.

Perbendaharaan Kata UmumSunting

  • Polah = buat / lakukan
  • Molah - buat / lakukan
  • Sik - tak / tidak
  • Aok - Ya
  • Iboh/Sikboh - Jangan
  • Ney - mana
  • Gago - Sibuk
  • Dudi - Kemudian
  • Nemiak - Budak
  • kelakar/kelaka- bercakap/cakap
  • Biak - muda
  • gilak - sangat
  • Tukuk - ketuk
  • Entingal - degil
  • Nerais - berteriak/menjerit
  • Sidak/Cdak - Mereka
  • Nyerin - Bunyi yang kuat
  • Nor-mo-encet - Kedudukan Terakhir
  • Lejuk - Jemu
  • Lan - Jom
  • Juh - Jom
  • Bait - Baik
  • empun - punya
  • Ngelayo - Merayau
  • Nyaman - Sedap
  • Raon-raon - Berjalan-jalan
  • Putit-memutit - Kutip-mengutip
  • Heng - Mabuk
  • dipirit - digilis
  • Angol - Pening
  • Nilit - Skodeng
  • Bisak - Koyak
  • Serda - sendawa
  • Puluk - sapu ubat
  • Licak - Lembut/Becak
  • Lowek - memuntahkan semula
  • Entam - disebabkan/belasah
  • Setegal - disebabkan
  • Melungak - mendongak
  • Nge-redak - mendidih
  • Be-bante - mem-belasah
  • Gugok - Jatuh
  • Manas - Marah
  • begasak - sesuka hati
  • Berumbak - bergaduh dengan tarik
menarik
  • Mungkas - Bengang/Amarah/Marah
  • Kenak - Kenapa/terkena
  • Mengarey-ngarey - Bersepah-sepah
  • Tikam - Baling
  • Terusuk - terhempas

Kenak - Kenapa/kena

  • Tanggar - Tengok/Lihat
  • Diat - Lihat/Tengok
  • Tunggah - Panggil
  • Padah - Beritahu
  • Engkah - Letak
  • Menongkeng - jatuh dengan kepala
dahulu
  • Embak - Bawa
  • Mbikik - Baiki
  • Kepak - Penat
  • Nekik - Daki
  • Tempek - Tepek / Tampal
  • Lonjong - Panjang
  • Geruk - Leher
  • plen-tey - Bergurau
  • Pem-bulak - Penipu
  • Berolah - Nakal
  • Sinun - Sana / Situ (nun di sinun =
nun di sana)
  • Sitok - Sini (di sitok = di sini)
  • Sine - Di mana (di sine = di mana)
  • Tapak - Pinggan
  • Cangkir - Cangkir / Cawan
  • Kedak - macam (polah kedak tok juak =
buat macam ni juga)
  • Di-debah - Di bawah
  • Paloi - Bodoh
  • Lawa/Lobo- Sombong
  • Ingga - Menyampah
  • Ngeso - menunjuk-nunjuk
  • Tapok - Bersembunyi
  • Tapuk - dimasukkan
  • Tepuk - memberi makan atau barang dengan banyak
  • Gan-jor - Tinggi Lampai
  • Mancal - nakal
  • Cer-re-dit - Petah berkata-kata
  • Tunok - Bakar
  • Karan - Elektrik / karan
  • Rubit - robek / terkoyak sedikit
  • Sumpong - membotakkan kepala
  • Pejal - Paksa
  • Ngetak - kelim
  • rumpong - Berlubang-sedikit
  • betekang - Sangat kotor
  • Petang-peti - Gelap
  • Anggong - Membawa
  • Tebiut/ter-ber-liyut - Bengkok
  • Gerek - Teman lelaki/Teman Wanita
  • Begerek - Bercinta
  • Kunin - Kuning
  • Camne/Camni- Bagaimana
  • juak-juga
  • Camya - Macam itu
  • ngek - pandai
  • Jeraya - Jalan Raya
  • Kalas - Merah Jambu
  • Gadong - Hijau
  • Eng-kor-dork - Ungu
  • Kacak - Cantik (untuk wanita/gadis dll) / kacak (untuk lelaki/budak lelaki)
  • Jaik - Hodoh/Jahat
  • Manok - Ayam / manuk (arkaik)
  • Pusak - Kucing
  • Asuk - Anjing / asu (kurang digunakan)
  • Pusuk - Ikan Bilis
  • Semangka - Tembikai / semangka
  • Tetak - Ketawa
  • Mauk/Maok - Nak/ Mahu
  • Babo - Nyanyuk
  • Peen-too - Pintu
  • Penjan - Tingkap
  • Sik-Air-ran/X-heran - Tak-hairan/Tidak hhairan
  • Ceridak - Pengotor
  • Endak-maok - Tidak Mahu
  • Muji - Pujian/Puji/Memuji
  • Ngeso - Menunjuk/tunjuk
  • Olahan - Perangai/Sikap Peribadi
  • Agik-maok/Are-girk - Hendak lagi/Mahu lagi



Penggunaan perkataan "kamek" dan "kitak"

Penggunaan perkataan kamek dan kitak ialah ungkapan halus, lembut atau hormat yang umumnya diucapkan oleh anak-anak atau golongan lebih muda terhadap orang yang lebih tua. Perkataan tersebut juga digunakan untuk berbicara sesama ahli keluarga, digunakan terhadap orang yang lebih dikenali dan tidak kurang untuk pasangan kekasih.

  • kamek - saya
  • kitak - awak

Penggunaan Kata PenguatSunting

Penggunaan kata penguat dalam dialek Sarawak tidak jauh lainnya dengan bahasa Melayu Piawai. Contohnya, penggunaan perkataan gik sama maksud dengan perkataan lagi/lah.

  • belaja gik - belajarlah
  • udah gik - sudahlah
  • sik ada gik - tiada lagi
  • agik - lagi

Perkataan indah berfungsi sebagai kata penyudah di akhir ayat dan menguatkan ekspresi maksud perkataan sebelumnya.

  • sakit indah - sakit pula
  • manas indah - marah pula
  • makan indah - makan pula

Perkataan lok berfungsi untuk menguatkan ekspresi maksud perkataan sebelumnya dan sebagai kata penyudah di akhir ayat. Sebutan lok perlu panjang bukannya pendek.

  • nunggu lok - tunggu dulu
  • nangga lok - tengok dulu
  • klaka lok - bercakaplah dulu

Perkataan koh, juak, ya dan bah ialah penambahan perkataan untuk menguatkan lagi ekspresi maksud perkataan sebelumnya. Huruf a,oh dan ah dipanjangkan atau ditekan untuk menunjukkan ekspresi maksud perkataan sebelumnya.

  • aok bah - yalah / baiklah
  • iboh camya bah - janganlah macam tu
  • udah gik ya - sudah lah
  • lamak juak - lama betul
  • nyalah koh - itulah

Perkataan nya mempunyai banyak makna dan juga digunakan untuk menguatkan ekspresi maksud perkataan sebelumnya. Sebutan nya bergantung kepada keadaan sama ada dalam nada marah atau biasa.

  • nya - dia / betul
  • lamak nya juak nya tok koh - Sudah lama betul dia ini

PenyampaianSunting

Cara penyampaian dialek Sarawak dan bahasa Melayu Piawai agak berlainan. Sebutan dialek Sarawak yang ketara adalah pada huruf r yang ditekankan dengan nada yang berat sepertimana sebutan orang Melayu di utara Semenanjung.

  • mirah - merah
  • geruk - leher

Terdapat juga pertukaran huruf f kepada huruf p menyebabkan sebutan huruf f menjadi p.

  • tepon - telefon
  • paham - faham
  • pikir - fikir

Pertukaran huruf o kepada huruf u menyebabkan sebutan huruf o menjadi u.

  • urang - orang
  • tulak - tolak
  • rusak - rosak

Selain itu, terdapat perkataan yang mengabaikan sama sekali sebutan huruf vokal.

  • krusi - kerusi
  • brani - berani

Dialek Sarawak LamaSunting

Terdapat juga dialek Sarawak Lamak yang digunakan oleh orang-orang tua Sarawak terutamanya di Bahagian Kuching. Dialek Sarawak Lamak jarang digunakan oleh generasi muda pada masa sekarang. Berikut ialah beberapa perkataan dialek Sarawak Lamak:

Perkataan Maksud
Bekukut Bertahan (mengenai

sesuatu benda)

Ngebor Labuh
Belukuk Malang
Nyerindin Naik bulu roma/meremang
Belunyak Berguling atas tilam
Betinjak Pijak
Bekunto Berlawan
Betandak Menari
Bebukut Bergaduh
Besendik Bersebelahan
Nerebes Hampir-hampir di tebing
Loar pontong seluar pendek
Tempa Marah
Buk Buku
Unipom Uniform
Bulu Mansu Bulu Kening
Ladin Pisau
Lang Pintu
Sukut Sisi
Pagu Para
Telok Bilik
Diniari Subuh / dinihari
Pagi awal Awal pagi
Gadong Hijau
Beghal Lapisan
Beshedo Bersolek
Kalas Merah jambu
Ngkodok Ungu
Minak Cuma
Baju Panas Baju T
Baju Telok Belanga Baju Batik
Ngetor Jalan-jalan

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting