Dalam bidang falsafah, dialektik[a][1] (daripada Yunani: διαλεκτική, dialektikḗ; seakar dengan perkataan "dialog") atau kaedah dialektik pada asasnya merupakan suatu wacana antara dua atau lebih orang yang memegang pandangan yang berbeza mengenai sesuatu subjek tetapi ingin mendirikan kebenaran melalui hujah-hujah yang beralasan. Konsep ini menyerupai perbahasan namun tidak termasuk unsur-unsur subjektif seperti rayuan emosi dan takrifan moden terhadap retorik.[2][3] Ia boleh dibezakan dengan kaedah didaktik di mana satu sisi perbualan mengajar suatu pihak yang lain. Ia boleh juga difahamkan secara alternatifnya sebagai suatu "logik kecil" berbanding dengan kritikan yang dilihat sebagai "logik besar".

Aspek ini diterapkan dengan tujuan menyelesaikan pertelingkahan pendapat melalui perbahasan dan perbincangan yang penuh rasional[4][5] serta mencari kebenaran dalam perkara yang dibincangkan tersebut.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "dialektik" yang dieja tanpa huruf a ialah pinjaman terus kata bahasa Inggeris (dialectic) dan lebih digunakan di Malaysia dan Singapura, manakala "dialektika" lebih digunakan di Indonesia.
  2. ^ rujuk Gorgias, 449B: "Socrates: Would you be willing then, Gorgias, to continue the discussion as we are now doing [Dialectic], by way of question and answer, and to put off to another occasion the (emotional) speeches [Rhetoric] that [the Sophist] Polus began?"
  3. ^ Corbett, Edward P. J.; Robert J. Connors (1999). Classical Rhetoric For the Modern Student (ed. ke-4). New York: Oxford University Press. m/s. 1, 18. ISBN 9780195115420.
  4. ^ Pinto R.C. 2001. Argument, inference and dialectic: collected papers on informal logic. Argumentation library, vol 4. Dordrecht: Kluwer Academic. pp138–139
  5. ^ Eemeren F.H. von 2003. Anyone who has a view: theoretical contributions to the study of argumentation. Argumentation library, vol 8. Dordrecht: Kluwer Academic. p92