Dialog Perkongsian Pintar Global 2009

Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 diadakan di Speke Resort, Munyonyo , Kampala, Uganda,Afrika pada 26-28 Julai 2009. Ia disertai 700 orang termasuk 300 ahli perniagaan dan 9 orang presiden. Perasmian dilakukan oleh Presiden Uganda ,Yoweri Museveni.

Ini merupakan dialog ke-19 dan buat pertama kali sebuah negara Afrika menjadi tuan rumah kepada dialog ini buat kali kedua. Dialog 2009 merupakan susulan kepada Dialog Munyonyo 2001. Ini tepat pada masanya kerana Presiden Uganda juga merupakan Pengerusi Komanwel. Ia peluang terbaik komuniti Afrika Timur untuk bersuamuka dan berbincang demi pembangunan 'menang-menang'.[1]

Dialog Perkongsian Pintar dimulakan oleh Mahathir Mohamad di pulau Langkawi semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1995. Dialog ini merupakan pertemuan pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara-negara Afrika.

Tema kali ini ialah "Ke Arah Dunia Lebih Pintar: Perkongsian Pintar Bagi Merealisasikan Transformasi Sosio-Ekonomi Menerusi Integrasi Serantau".Semua pemimpin boleh berkongsi pandangan dan pengalaman.Ia merupakan satu landasan untuk berinteraksi dan menjalin hubungan dengan anggota rakan perkongsian pintar. Dialog ini bersifat partisipatif, berwawasan dan inovatif dari segi teknologi, dengan hasrat merapatkan jurang antara sektor swasta dengan awam.[2]

Peranan Uganda sunting

Presiden Uganda Yoweri Museveni menyifatkan Dialog Perkongsian Pintar Global sebagai peluang terbaik Uganda untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi cabaran dihadapinya.Masalah kekurangan makanan di Afrika berikutan cuaca yang tidak menentu. Jika tiada langsung hujan turun berikutan perubahan iklim, mungkin keadaan itu mengeruhkan keadaan di Uganda.

Usaha mencari penyelesaian untuk meningkatkan taraf kehidupan menerusi konsep memakmurkan jiran dan situasi yang menguntungkan semua pihak. Ia berasaskan kepada semangat muhibbah tetapi ia bukan hanya muhibbah. Ia juga dikaitkan dengan rangka kerja bersepadu perkongsian pintar membabitkan semua elemen masyarakat termasuk kemanusiaan dan sumber dalam proses transformasi sosial dan ekonomi bagi mencapai matlamat setiap masyarakat.[3]

Wakil Malaysia sunting

Wakil Malaysia kali ini ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin dan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad. Rombongan Malaysia ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Dr Maximus Ongkili dan pegawai-pegawai kanan Wisma Putra.

Malaysia akan mengemukakan Iskandar Malaysia, wilayah pembangunan utama kawasan selatan di Johor, bakal menjadi model pelaksanaan projek pembangunan di negara-negara Afrika.

Mahathir akan turut membincangkan kejayaan pembangunan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia .Putrajaya adalah hasil pelbagai perkara yang kita lakukan untuk menjadikannya satu realiti

Ahli perniagaan Malaysia perlu meneroka peluang-peluang di Uganda kerana ia merupakan pintu masuk pasaran serantau yang lebih besar.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting