Diammu Gunung Berapi

Diammu Gunung Berapi merupakan album studio ketiga kumpulan Exist dan dikeluarkan pada tahun 1995. Album ini juga merupakan album pertama Exist yang bernaung sepenuhnya di bawah syarikat rakaman BMG Music, setahun selepas meninggalkan Jojo's Production. Exist juga memperkenalkan vokalis baharu yang berasal dari Kedah Darul Aman, Ezad yang berusia 16 tahun pada ketika itu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mamat. Lagu hit dari album ini ialah Alasanmu, Diammu Gunung Berapi dan Masih Terserlah Ayumu.

Diammu Gunung Berapi
Album studio oleh Exist
Dikeluarkan pada1995
GenrePop rock
SyarikatBMG Music
PenerbitAlong, Ajai, Musa, Ujang
Kronologi Exist
Anugerah
(1993)
Diammu Gunung Berapi
(1995)
Jangan Gentar (1997)
Single daripada album Diammu Gunung Berapi
  1. "Alasanmu"
  2. "Diammu Gunung Berapi"
  3. "Masih Terserlah Ayumu"

Pada masa yang sama, Exist telah melebarkan sayap ke Indonesia dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di sana. Album ini menjadi album pertama Exist yang dibuat bungkusan semula dengan judul Mencari Alasan pada tahun 1996 dan album bungkusan itu telah terjual melebihi 750,000 unit di Indonesia.

Senarai runutSunting

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Diammu Gunung Berapi"  Habsah HassanSaari Amri 5:24
2. "Teater Mimpi"  X-Boy, Musa ExistAdamas 5:45
3. "Alasanmu"  Lukhman SRahim Othman 5:22
4. "Pertama"  LYLY 4:46
5. "Kembali"  Ajai, Ujang, MusaAlong 4:42
6. "Di Sendi Dan Nadi"  Azrie, LYAdamas 4:27
7. "Takdir"  X-BoyX-Boy 5:52
8. "Anak 90-an"  Azhrul, Rahmad MegaAdamas 4:03
9. "Anugerah II"  LYLY 5:04
10. "Dalam Kenangan"  EzadEta 5:18
11. "Roler Koster"  Along, UjangMusa 3:55
12. "Masih Terserlah Ayumu"  Fitri AmriSaari Amri 5:33
Jumlah masa:
60:11

Line-upSunting

  1. Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim (Ezad) - vokal
  2. Azhrul bin Nasir (Along) - gitar utama
  3. Mohd Faizal bin Maas (Ajai) - keyboard
  4. Musa bin Radhi (Musa) - bass
  5. Saharudin bin Saniman (Ujang) - dram

TriviaSunting

  • Album Diammu Gunung Berapi telah memperlihatkan kesabaran 4 anggota Exist iaitu Along, Ajai, Ujang dan Musa dalam mencari vokalis baharu untuk menggantikan Mamat. Penantian mereka berakhir apabila mereka bertemu dengan Ezad dalam beberapa sesi uji bakat yang dikendalikan oleh mereka, yang kemudiannya dijadikan sebagai vokalis Exist yang baharu.
  • Rahmad Mega merupakan insan yang telah mencadangkan Exist untuk menguji bakat Ezad (yang ketika itu dikenali sebagai Izad) selepas menjadi juri jemputan dalam pertandingan realiti Bintang RTM peringkat negeri Kedah pada tahun 1994.
  • Ezad merupakan peminat tegar Exist pada awal kemunculannya dan turut membeli album pertama Exist yang dikeluarkan pada tahun 1991, namun akhirnya beliau sendiri yang terpilih untuk menjadi vokalis baharu kepada kumpulan ini.
  • Dalam album ini, terdapat beberapa lagu yang telah dirakamkan semula oleh mereka dengan menggunakan suara Ezad dan terpaksa mengubah nama komposer dan penulis lirik dengan nama samaran mereka. Ini untuk mengelakkan mereka daripada terpalit dengan isu hakcipta dengan syarikat rakaman terdahulu iaitu Jojo's Productions.
  • Kehadiran Ezad ternyata membawa sinar baharu buat Exist apabila album ketiga mereka turut meletup sebagaimana judul albumnya juga dengan mencatatkan jualan mencecah ratusan ribu unit di Malaysia.

Pautan luarSunting