Nordiana Mohd Naim

(Dilencongkan dari Diana Naim)

Nordiana Mohd Naim atau lebih dikenali sebagai Diana Naim atau Ina Naim, adalah seorang penyanyi yang berasal dari Johor, Malaysia. Beliau dilahirkan pada 19 Mac 1984 [nota 1] di Muar, Johor namun dibesarkan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor. Beliau mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia .

Diana Naim
Ina Naim semasa ditemuramah oleh media.
Kelahiran
Nordiana binti Mohd Naim

(1984-03-19) 19 Mac 1984 (umur 40)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2000–kini
PasanganSuhaimi Saad (k. 2007; m. 2023)
Anak-anak4

Keluarga sunting

Diana pernah bertunang dengan Mawi pada 10 Februari 2004, namun putus pada 10 Julai 2006. Namun setahun selepas itu, Diana telah berkahwin dengan Suhaimi Saad yang juga bekas anggota kumpulan In-Team pada 12 Ogos 2007.[1] [2] Hasil perkahwinan tersebut, beliau dan Suhaimi dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Salman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014).

Kerjaya sunting

Diana telah belajar vokal dengan Syafizawati Sharif yang terkenal dengan panggilan Cikgu Syafi, bekas guru vokal Akademi Fantasia musim keempat.

Diana pernah mucul dalam album kompilasi raya Hijjaz, Lembaran Syawal menerusi lagu Tak Punya Siapa dan berpadu suara dalam Joget Lebaran. Diana menghasilkan album mini solonya, Duhai Hati yang menampilkan beberapa penggubah ternama tanah air seperti anggota kumpulan Hijjaz, Fauzi Marzuki dan Yasin sebagai pencipta lagu dan penulis lirik.

Diana khabarnya telah mengambil keputusan mahu bersara daripada bidang nyanyian. Lagipun, kontraknya bersama Hijjaz Record Sdn. Bhd. sudah tamat. Sebaliknya, beliau mungkin berlakon atau menjadi pengacara.[3]

Diskografi sunting

Album sunting

  1. Duhai Hati (2006)

Lagu-lagu sunting

  1. Duhai Hati
  2. Lukisan Hati
  3. Sempurna
  4. Bersarang Di Hati
  5. Rebah dan Mencari Dia

Filemografi sunting

Drama bersiri sunting

Catatan sunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi Farawahida yang setahun lebih muda daripadanya. Ini kerana, Ina dilahirkan pada 19 Mac 1984, manakala Farawahida dilahirkan pada 19 Mac 1985.

Rujukan sunting