Didi & Friends Rescue Squad

Didi & Friends Rescue Squad ialah sebuah siri animasi 3D Malaysia 2022 arahan Khairul Ammar Jamal (Gecko) dengan skripnya ditulis oleh Nur Shafiah Shafiee dan Ida Shaheera Azhar. Siri ini merupakan terbitan turunan baharu daripada francais Didi & Friends terbitan Warnakala Studios. Ia memulakan tayangan perdana di Astro Ceria bermula 8 September 2022 dan versi Bahasa Inggerisnya juga telah diterbitkan. Ia merupakan karya pertama diterbitkan oleh Warnakala Studios sejak ditubuhkan pada 2021.

Didi & Friends Rescue Squad
GenreAnimasi
Ditulis oleh
  • Nur Shafiah Shafiee
  • Ida Shaheera Azhar
PengarahKhairul Ammar Jamal (Gecko)
Pelakon suara
  • Nur Insyeerah
  • Adilia Myra
  • Adam Muqri
Penggubah lagu tema
  • Omar K
  • Iqie Hugh
PenggubahAsyraf Azizi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutif
PenerbitChedd Eddie Yusoff
PenyuntingRedzwan Haziq Dzul Karnain
SinematografiAmirul Arshad Abdullah
Tempoh siaran4-5 minit
Syarikat penerbitan
Warnakala Studios
Penyiaran
Saluran asalAstro Ceria
Astro Prima (Akan Datang)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal8 September 2022 – 26 Januari 2023
Pautan luar
Laman sesawang

Premis sunting

Didi & Friends Rescue Squad mengajar kanak-kanak cara untuk mengelak diri daripada keadaan yang berbahaya dan kaedah untuk bertindak dengan tenang semasa kecemasan.[1]

Pelakon suara sunting

Versi bahasa Melayu
  • Nur Insyeerah sebagai Didi
  • Adilia Myra sebagai Nana
  • Adam Muqri sebagai Jojo
Versi bahasa Inggeris
  • Anika Partridge sebagai Didi
  • Ramita Lotta sebagai Nana
  • Lele Zhang sebagai Jojo

Episod sunting

Catatan: Setiap episod bermula dengan awalan "Tolong!" (versi BM) dan "Help!" (versi BI).

Musim Episod Tarikh siaran pertama di Astro Ceria
Episod pertama Episod akhir
1 8 8 September 2022 (2022-09-08) 27 Oktober 2022 (2022-10-27)
2 8 9 Disember 2022 (2022-12-09) 26 Januari 2023 (2023-01-26)

Musim 1 (2022) sunting

No.TajukTajuk dalam Bahasa InggerisTarikh siaran asal
1"Tolong! Api! Api!""Help! There's Fire!"8 September 2022 (2022-09-08)
Ketika Bangau sedang membakar sampah sarap, separuh daripada ladang jagungnya dijilat api akibat ditiup angin. Dalam keadaan ketakutan, Bangau meminta bantuan Rescue Squad untuk memadamkan kebakaran.
2"Tolong! Tercekik Mainan!""Help! Papa Bear's Choking!"15 September 2022 (2022-09-15)
Ketika sedang mengemas rumah, Pak Beruang tergelincir selepas terlanggar papan luncur dan tercekik patung itik getah. Anaknya, Joni meminta bantuan Rescue Squad untuk keluarkan patung itik getah menggunakan gerakan Heimlich.
3"Tolong! Lif Rosak!""Help! The Elevators Broken!"22 September 2022 (2022-09-22)
Gara-gara menekan butang lif berulang kali sehingga rosak, Boon dan Roon terperangkap dalam lif. Mereka meminta bantuan Rescue Squad untuk keluarkan mereka dari lif tersebut.
4"Tolong! Tak Boleh Turun!""Help! I Can't Get Down!"29 September 2022 (2022-09-29)
Dalam keadaan panik dan ketakutan, Encik Mole tidak dapat turun dari bumbung sebuah banglo setelah membaiki piring satelit. Encik Mole kemudian meminta bantuan Rescue Squad untuk membawanya turun dari bumbung banglo.
5"Tolong! Sakit Perut!""Help! My Belly!"6 Oktober 2022 (2022-10-06)
Sewaktu bercuti di peranginan, Pak Atan mengalami keracunan makanan setelah termakan makanan yang telah tamat tempoh. Pak Atan kemudian meminta bantuan Rescue Squad untuk menerima rawatan.
6"Tolong! Tia Terjatuh!""Help! Tia's Fallen!"13 Oktober 2022 (2022-10-13)
Tia terjatuh dari longkang dan dihanyutkan oleh arus deras. Ibunya kemudian menghubungi Rescue Squad untuk menyelamatkan anaknya.
7"Tolong! Roon Tersangkut!""Help! I'm Stuck!"20 Oktober 2022 (2022-10-20)
Roon tersangkut kerusi selepas selesai membawa masuk kerusi dalam stor. Aunty Wendy kemudian menghubungi Rescue Squad untuk keluarkan Roon daripada kerusi.
8"Tolong! Mon Kena Serang!""Help! Bees Attack!"27 Oktober 2022 (2022-10-27)
Mon diserang oleh sekumpulan lebah selepas membaling batu ke arah sarang lebah ketika cuba mahu mengambil semula kapal terbang kertasnya. Mon kemudian menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan.

Musim 2 (2022–2023) sunting

No.TajukTajuk dalam Bahasa InggerisTarikh siaran asal
1"Tolong! Ada Kala Jengking!""Help! There's a Scorpion!"9 Disember 2022 (2022-12-09)
Mumia terkejut mendapati ada kala jengking dijumpai di rumahnya, kemudian menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan.
2"Tolong! Abang Kobi Tersekat!""Help! I'm Trapped!"16 Disember 2022 (2022-12-16)
Sofi dan Tatak sedang bermain di taman permainan sehingga Kobi datang menunjukkan kemahiran bermain dalam gelongsor. Kobi tersekat dalam gelongsor dan mereka berdua kemudian menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan.
3"Tolong! Ada Budak Jatuh!""Help! A Baby's Falling!"23 Disember 2022 (2022-12-23)
Bel perlu menjaga adiknya yang masih kecil, namun terleka dengan permainan video sehingga tidak menyedari bahawa adiknya itu memanjat balkoni dan hampir terjatuh. Rescue Squad datang menyelamatkan keadaan.
4"Tolong! Happy Bear Hilang!""Help! Happy Bear's Lost!"30 Disember 2022 (2022-12-30)
Happy Bear, Tatak dan Paan berkhemah bersama-sama. Namun, semasa berjalan di sekitar hutan, Happy Bear hilang dan ini merisaukan Tatak dan Paan mengenai keberadaannya. Mereka berdua menghubungi Rescue Squad untuk mengesan Happy Bear.
5"Tolong! Virus Dah Merebak!""Help! The Virus Has Spread!"5 Januari 2023 (2023-01-05)
Kimi sedang menjalani kuarantin di hospital dan berada di bawah pemantauan doktor. Namun, dia menghilangkan diri untuk menonton sarkas. Doktor dan jururawat meminta bantuan Rescue Squad untuk mencari Kimi.
6"Tolong! Bas Terbabas!""Help! A Bus Accident!"12 Januari 2023 (2023-01-12)
Rudy dan Jax sedang bermain dalam bas dan menyebabkan Pakcik Zirafah hilang kawalan terhadap bas yang dipandunya. Mereka menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan.
7"Tolong! Tanah Runtuh! (Bahagian 1)""Help! A Landslide! (Part 1)"19 Januari 2023 (2023-01-19)
Datuk Bandar dan pemandunya dalam perjalanan ke destinasi yang mereka tuju, namun mendapati ada tanah runtuh. Mereka terperangkap dalam kereta dan menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan.
8"Tolong! Tanah Runtuh! (Bahagian 2)""Help! A Landslide! (Part 2)"26 Januari 2023 (2023-01-26)
Rescue Squad berjaya menyelamatkan Datuk Bandar dan pemandunya setelah menyedari ada satu lagi kejadian tanah runtuh dan batu besar yang cuba menghempap mereka.

Rujukan sunting

  1. ^ "SAKSIKAN 'DIDI & FRIENDS RESCUE SQUAD' SELAMATKAN PEKAN HOREY". Farhana Jafri. 5 September 2022. Dicapai pada 20 Mac 2023.

Pautan luar sunting