Didier Yves Drogba Tébily (lahir 11 Mac 1978 di Abidjan, Côte d'Ivoire) ialah seorang pemain penyerang bola sepak dari Côte d'Ivoire yang sekarang ini bermain untuk Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris.

Didier Drogba
Maklumat peribadi
Nama penuh Didier Yves Drogba Tébily
Tarikh lahir (1978-03-11) 11 Mac 1978 (umur 46)
Tempat lahir Abidjan, Côte d'Ivoire
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Chelsea
Nombor 11
Kerjaya remaja
1989–1991 Abbeville
1991–1993 Vannes
1993–1997 Levallois
1997–1998 Le Mans
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998–2002 Le Mans 64 (12)
2002–2003 Guingamp 45 (20)
2003–2004 Marseille 35 (19)
2004–2012 Chelsea 226 (100)
2012–2013 Shanghai Shenhua 11 (8)
2013– Galatasaray 25 (11)
2014– Chelsea 7 (1)
Pasukan kebangsaan
2002–2014 Côte d'Ivoire 104 (65)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 November 2014

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan di Abidjan, Didier Drogba menghabiskan masa kanak-kanaknya di Côte d'Ivoire, tempat asalnya, dan di Perancis, negara adopsinya. Dikenali sebagai 'Tito' oleh kawan-kawan dan keluarganya, Drogba meninggalkan negara asalnya ketika berumur lima tahun dan menuju ke Brest di Brittany, tempat tinggal bapa saudaranya, Michel Goba. Goba ialah seorang pemain bola sepak profesional. Drogba menghabiskan tiga tahun bersama-sama bapa saudaranya, dan tinggal di Brest, Angoulême, dan Dunkerque, sebelum pulang ke negara asalnya.

Selepas kemerosotan ekonomi, Drogba kembali untuk mendiami dengan bapa saudaranya di Dunkerque, walaupun beliau bergerak-gerak di seluruh Perancis sebagai seorang anak muda. Adalah semasa ini bahawa beliau mula main bola sepak. Pada tahun 1991, ibu bapanya juga ke Perancis, dan berpindah ke Vannes.

Drogba mengikat kontrak dengan Levallois F.C. ketika berumur lima belas tahun. Pada masa itu, beliau tinggal dengan sepupunya, Olivier Tebily, yang kini main untuk Bandaraya Birmingham. Drogba naik dari bawah di Levallois, dan main untuk kelab tersebut dalam pertandingan Ligue 2 ketika berumur 18 tahun

Anugerah sunting

Kelab

Rujukan sunting

  1. ^ "Galatasaray profile". Galatasaray. Dicapai pada 27 Oktober 2013.

Pautan luar sunting